Tuesday, July 30, 2013

.Kiri - Kanan.




Kadang aku keliru, dalam aku begitu mencintaimu hati terdetik, adakah kau turut begitu? Kadang perilakumu itu tak begitu membantu, dalam memberi apa yang sekurang-kurangnya aku mahu. Bukan, aku terima kau seadanya kau. Aku cintai setiap kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri kau. Cuma terkadang jauh di dalam hati, aku terfikir aku ini apa?

Kau tenang biarkan aku sendirian dalam kelam malam. Kau tenang lepaskan aku tanpa pimpinan kau. Tak sedikit pon dari hati kau bimbang? Tak sedikit pon dalam hati kau risau aku hilang?

Entah. Kadang aku rindu perasaan dikawal perilakunya, dikongkong gerak gerinya. Kerana yang mengawal itulah yang benar prihatin akan setiap keadaan aku.

Bila begini, aku rindu perasaan duduk sendiri.

1 comment:

Penglipur Insomnia said...

adakala perasaan terduduk itu bagus , mengenalkan kau dengan persoalan-persoalan yg kau rasa selesa sebelum ini atau duga aku salah ? *bersenyum-lah :)