Thursday, February 09, 2012

.awak dah lupa ke dulu saya yang awak gila.


awak,
awak kata awak sayang saya,
tapi kenapa awak asyik dengan dia?
kenapa awak asyik lupakan saya?
sayang awak tu maksudnya begitu ke?

awak,
awak kata awak rindu saya,
tapi kenapa hari-hari dia yang awak jumpa?
kenapa bbm saya awak selalu Read jek?
kenapa call saya awak selalu operator yang jawab?

awak,
awak kata kalau kita couple awak nak setia,
awak kata kalau ada saya awak bahagia,
tapi kenapa bukan itu yang saya rasa?
kenapa saya rasa sedih tiap masa?

awak,
saya boleh terima kalau awak sibuk lepak dengan member,
saya paham kalau awak ketagih DOTA apa semua,
tapi masalahnya tak,
awak tak hiraukan saya,
awak dah lupa ke dulu saya yang awak gila?

awak,
dulu awak sweet tiap masa,
jarak jauh semua bukan alasan,
awak kata "demi awak semua saya sanggup",
tapi kenapa sekarang nak reply mesej pun susah?
sampai hati awak.

awak,
saya penat.
saya penat bercinta sorang-sorang.

awak,
BYE!


Wednesday, February 08, 2012

.merajuk.

Assalamualaikum,

hye hey hui hoi.

okay dah lama tak menulis penulisan panjang. anggap saja aku sibuk menguruskan kerjaya. entah kenapa mahu menulis mengenai isu merajuk. alah, masalah biasa dalam rumah tangga kan. masalah yang memang dari dulu menjadi isu dua jantina. tak pernah ngam tak pernah padam.

Merajuk? sering saja dikaitkan dengan golongan perempuan. ya aku sendiri sebagai perempuan mengakuinya. nak buat macam mana, dah memang lumrahnya golongan perempuan terlalu mudah merajuk. kerap sangat ikut emosi, mana pernah nak pikir panjang. tau bila dah sentap terus merajuk. Persoalannya sekarang berapa lama merajuk tu, tahap kesukaran nak pujuk dan kegigihan seorangf boyfriend nak pujuk.

Wahai seorang girlfriend, kau jangan nak asyik merajuk jek. Sekarang ni zaman urban golongan lelaki dah makin bijak. Kalau zaman dulu yelah dia nak layankan jek, nak pujuk kita. Zaman sekarang jangan harap, dorang dah ada konsep sendiri. Konsep dorang "kalau makwe merajuk biarkan jek. penat merajuk dia datang cari kita balik". cisss. bullshit sangat. Rahsia kaum perempuan dah terkantoi di situ. Malang sekali bagi kita, sebab tiap kali merajuk kita sendiri yang akan stress. kita sendiri yang akan rindu dia. Mengada betul kaum perempuan ni. Tak paham betul aku.

Jadi sebagai kaum perempuan, jangan kerap sangat merajuk. Merajuk pada benda yang perlu sahaja. Lelaki ni tak berapa nak tajin nak pujuk, senang kata dorang akan buat tak paham jek bila kita merajuk. Tapi kesian gak lah kat dorang, kau ingat dia mesin pujuk kau ke? dorang pon reti penat jugak.

Aku sendiri sebagai perempuan yang kerap merajuk akui agak sukar nak tahan diri dari merajuk. Al-maklum lah kononnya hati tisu. Dapat pulak kekasih hati tak rajin nak pujuk, hah lima belas tahun lah tak bertegur. Cadangan aku, pujuk sahaja hati sendiri. Rindu dia kan? Jadi cari dia dan mintak maaf sahaja. memang lah kalau nak ikutkan salah dia, tapi biarkan jek. Biarkan dorang simpan ego dorang tu.

Tapi apa yang aku nak pesan kat sini, jangan merajuk lama-lama. Kalau bf/gf kau boleh merajuk lebih dari tiga hari itu bermakna ada yang tak kena dalam hubungan kamu berdua. Aku cadangkan baik tengok apa yang tak kena tu. Kalau benar sayang, kau takkan merajuk lama-lama atau kau takkan biarkan dia merajuk lama-lama. Kalau kau mampu bertenang jek tanpa rasa rindu tu aku cadangkan baik single jek lah.

Jadi kaum girlfriend sekalian,
KURANGKAN MERAJUK.

semoga berjaya. till then, take care :)


Wednesday, February 01, 2012

.teruskan menulis.


tak kira macam mana urbannya,
tak kira macam mana mewahnya,
tak kira macam mana majunya,
menulis diari tetap klasik kan?
masih lagi realistik untuk dibuat.

menulis tetap akan menjadi penawar terbaik.
menulis tetap akan buat lega itu datang.
tiap aksara terjemahkan rasa kita.

teruskan menulis,
kalau itu yang buat kamu bahagia.


Tuesday, January 17, 2012

.nota cinta Fikri.



tiap kali pulang,
ada sahaja nota yang dititipkan.
nota ringkas atas kertas atas tisu,
tapi sudah cukup nak buat aku terharu.

entah bila, entah bagaimana,
ada sahaja idea dia,
nak buat aku tersenyum bahagia.

tulisannya, catatannya,
ahh itu antara perkara yang aku gemar tentang dia.
teruskan,
tiap nota cinta dari Fikri akan aku simpan,
akan aku semat dalam-dalam,
buat bekalan tanda kasih kita berdua.



FF - FikriFatin


:)


.mari, ikut aku.


hilang bayang wajah kelam,
sesak dalam ruang lapang,
entah apa lagi yang dicari.

menyusup masuk ke dalam manusia,
cuba cari makna bahagia yang mereka kata,
entah mana silapnya aku tak jumpa,
ah mungkin itu khabar angin semata,
konon bahagia boleh digapai semudah telan biji saja.

jalan penat berhenti jalan lagi,
ah hidup ini perlu usaha,
jatuh bangun itu biasa,
bahagia itu mungkin ada untuk tiap jasad manusia,
bezanya caranya saja.

mari,
ikut aku cari bahagia itu.


Tuesday, December 27, 2011

.urusan dunia.


#termenung

#senyum sendiri

aku masih lagi perempuan biasa. yang kadang kala sudah muak dengan perangai durjana arjuna. ya muak, rasa mahu dimaki diabaikan saja. penat sudah hati dirosak dikacau bentuknya. tampak saja ada garis bahagia di muka tapi di hati mampu kau teka? tak. tak akan. memang kau takkan mampu teka. bukan mudah untuk ditebak rasanya.

lelaki patut sedar perempuan ini tidak serumit mana. asalkan kau tahu langkah0langkah jaga hati dia nah hidup kau akan aman sentosa. ini tidak, kau lelaki 24 jam jenuh kau tatang ego besar atas kepala? untuk apa? buktikan kau hebat kau raja? kami perempuan sudah lama tahu hakikat itu. kau raja dan kami pemaisurinya. jangan lupa.

#senyum sinis

jadi dengar sini kaum adam budiman, apa kata kita mudahkan sahaja urusan dunia kita? kita dicipta untuk saling melengkap. kau faham aku, aku faham kau. hormat bezanya kita, hargai apa yang sama. yakin dan tidak bercabang antara kita berdua. aku percaya jika ini yang kita amalkan nescaya romeo akan tetap memuja juliet, Cinta akan terus kekal dengan Rangga dan kau akan terus ada di sisi aku.


.racun dunia.


dunia beginilah rencamnya,
siapa lagi kuat suaranya akan di atas sana,
siapa lagi cerah warna kulitnya akan kaya,
siapa lagi berharta akan jadi raja,
ironinya memang akan begitu.

otak yang bijak takkan dapat membantu,
takkan dapat buat kau disanjung,
otak penipu, yang itu yang kau perlu.
belit putar sana sini nah selesa kau disitu.
kejujuran tidak lagi perlu.
dunia tak mahu orang jujur,
dunia perlu orang bijak menipu.

diherdik dicaci maki itu makanan harian,
dihentam dipijak ditolak ah itu kebiasaan.
kau penat duduk bawah?
maka jana otak jadi penipu.
atur strategi satu persatu.
nah tiba-tiba saja duni mahu jilat najis kau itu.