Tuesday, March 09, 2010

Kematian Kengerian

Bangi - Seorang pelajar Komunikasi Media disahkan telah mati akibat daripada desakan hidup sebagai seorang pelajar yang sangat mencabar. Beliau yang dahulunya merupakan seorang pelajar yang ceria kini ternyata tinggal kenangan. Beliau dijumpai mati di kawasan laluan MENTION FSSK tepat jam 6.39petang semalam.

Kematian yang agak tragis itu dikatakan berpunca daripada tekanan yang melampau oleh pihak universiti khususnya pensyarah apabila beliau dikatakan masih mempunyai 22 tugasan yang perlu disiapkan sebelum minggu peperiksaan bermula.

Saksi Aminah Binti Mamat, rakan sekuliah mangsa berkata "dia seorang yang ceria dahulu,namun tak tau apa yang berlaku sejak kebelakangan ini beliau seakan dirasuk mahluk lain.Apabila mendengar perkataan 'asgment' beliau akan mula meracau-racau dan seterusnya terkena sawan kude belang". Aminah yang merupakan rakan yang rapat dengan si mangsa kelihatan sangat bersedih dengan keadaan yang menimpa rakannya itu.

Mangsa dikatakn mula berperangai aneh apabila mula berkelakuan pelik sejurus selepas kuliah tamat. Beliau akan meracau-racau sambil matanya berpusing-pusing mencari sesuatu. Telinge beliau pula akan berdarah dengan agak kronik setiap kali mendengar perkataan 'asgment'. Pensyarah-pensyarah MENTION kelihatan agak bersalah dengan situasi ini namun mereka tidak mampu melakukan apa-apa berikutan ini adalah kehendak pihak universiti supaya pelajar diberi tugasan yang sewajarnya.

Selepas bedah siasat dilakukan, pihak Pusat kesihatan UKM mengesahkan bahawa mangsa telah mengalami kematian jiwa yang amat kronik dan tidak mampu dirawati. Kini kita hanya mampu berdoa agar beliau terus tabah menghadapi dugaan hidup seterusnya mampu menyiapkan 22 tugasan yang masih tergendala.

sumber - minah kecah mass comm

oleh : Wartawan Berwajib.

15 comments:

Jean Denise said...

haha..kreatif betul la u ni..senang je tulis benda2 macam ni ya..haha..cepat pulak post ni..hehe

.khai. @ drcomot said...

tambah lagi sorang. aku.
aku pon rase dah tak betul dah otak pikit keje2 nie..

ejaa said...

ku ingt betol..hahahahah

miaishika said...

hahaha~~lawak gilos cte dia~~isk kmoo ni ad2 sje...hoho

KaCaNg87 said...

hahaha..igtkn btol2 la mula2 2..tp pelik gk, nape x kecoh ukm nih..pdhl kne klepet je..adeii

pensel kontot said...

hahahah smpai mcm tuh skali ek...
kesian2....
wat asignment pelan2....

Yana@Nana said...

BARU nak fell bace..rupa2nyer rekaan smata2..adui..pape best gak..

Nur Diyana Mukhtar said...

terpecaya pulak

Nur Sakinah said...

erk? gila banyak assigment!
haha.
tak sanggup. mesti buat termuntah muntah ni.

ringo said...

ape kate kau tikam lecturer kau. macam berkesan je untuk kurangkan assignment.

hazliena85 said...

oo..ni kes paksa rela la nih kena buat asgmnt yg blambak2..hikks...buat pelan2 erk..

Rashid said...

salam

UKM? adoii naper gitu sekali. Itulah pentingnya sentiasa tenang.. damai.. bila menghadapi sesuatu cabaran.


i love UKM ..

liyanaKim said...

lah ingat kan betul la tadi.

Fatin Razali said...

2 all :
aq reply kumen skaligus k!
sorry bz nak reply..

kowg mmg suke ek klo aq mrepek gni.xpaham jap aq..huhu

Zulfahmi Abidin said...

seriously fahmie menyesal bace..hehe. but hell yeah i did..