dan ramai gak budak yang tak hisap rokok,fuck penghisap rokok tetapi dengan banggenye hisap shisha.dan bile ditanye mengape,mereke akan jawab 'xpelah,shisha tak bahaye'.ohhh.kau begitu pasti ye abang/akak.aku bukan penghisap 2-2 bende uh,tapi aku still berminat nak amek tau betul ke shisha tak bahaye.then geng-geng perokok bagitau aku 'sape cakap tak bahaye?same jek'.
jadi aku memulakan misi mencari kesan shisha.kesan rokok 1 dunia dah tau kan?
SHISHA sama berbahaya seperti menghisap rokok
+ apakah kandungan shisha?
ia mengandungi perisa buah-buahan dan juga bahan-bahan kimia serupa yang terdapat dalam rokok seperti tembakau, nikotin, tar , kotinin dan logam-logam berat(seperti timah hitam, arsenik dan kromium).
+ mengapakah menghisapnya tidak menyihatkan?
ia tidak menyihatkan kerana mengandungi nikotin dan tembakau. asap daripada shisha akan tetap memberi kesan ketagihah dan ia berbahaya seperti rokok kerana menghisap shisha akan menyedut bahan-bahan kimia yang sama yang terdapat dalam rokok.
+ tapi adakah ia kurang berbahaya berbanding dengan merokok?
ia sama berbahaya seperti menghisap rokok. menghisap shisha memberi kesan clastogenic(menyebabkan perpecahan kromosom) dan genotoxic (mengenai bahan beracun yang membahayakan organisme dan merosakkan DNA (asid deoxyribonucleic iaitu nama-nama kod dalam sel-sel untuk membentuk protein dalam tubuh.) Bukti-bukti telah menunjukkan bahawa pendedahan kepada sekitaran berasap rokok daripada paip shisha boleh membawa kepada penyakit pernafasan. air dan perisa yang digunakan dalam paip shisha sebenarnya hanya melindung rasa tembakau dan kerana itu ia juga menyembunyikan risiko yang boleh dialami perokok jika mereka menyedut asapnya.
petikan arikel mengenai shisha.
Bernama melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan baru-baru ini menegaskan "hookah" adalah tidak selamat untuk digunakan dan boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang khusus.
Chua berkata kajian juga mendapati bahawa pengguna "hookah" pada setiap satu masa biasanya akan menghisap asap tembakau dari alat ini dalam tempoh lebih lama berbanding menghisap sebatang rokok.
Beliau berkata menurut kajian itu juga, penghisap rokok akan menyedut lapan hingga 12 kali sedutan dalam masa
Menurutnya penghisap "hookah" pula menyedut 50 hingga 200 kali sedutan dalam mas 20 hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 hingga satu liter asap akan disedut.
Dr Chua berkata bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau terdiri daripada bara kayu atau arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana proses pembakaran menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam dan kimia yang boleh menyebabkan kanser.
Tambahnya, perbuatan berkongsi paip penyedut juga boleh membawa risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk "tuberculosis" dan hepatitis .-4/7/2005
Penggemar shisha hadapi risiko sakit jantung, TB
(Berita Harian, Khamis – 5 Julai 2007)
Kuala Lumpur (Malaysia) – Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada penggemar ‘hookah’ atau ‘shisha’, alat yang digunakan bagi menikmati asap tembakau bahawa mereka akan berhadapan dengan risiko menghidap penyakit paru-paru dan jantung selain itu terdedah kepada jangkitan hepatitis dan batuk kering (TB). Asap tembakau yang keluar dari balang air itu mengandungi toksin yang menjadi punca pelbagai penyakit berbahaya. Perbuatan berkongsi paip penyedut juga mendedahkan pengguna kepada risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti TB dan hepatitis.
so renung-renungkan.
selamat berpikir!
:)
7 comments:
naseb bek aku bukan perokok & pensisha,, hahaha
aku akan try stop tuk ank2 and bini nnt..haha...
good post btw..sgt informatif..
tengss sys 4 d info.
info yg sngt brguna :)
arh..mentang2 famie post pasal shisha trus bangkang eah..eee..geramnyer..tak nk pikir..wek..faten kejam...
yg melibatkan asap2 ni mmg bahaya pun. aish mcm2 sekarang ni :P
anywy tq fr sharing!
dh lama nk tahu pasal shisha ni..
sejauh mana bahaya dia..
nway..
tens 4 sharing..:)
shisha pki tembakau ke??xkot...
btw..shisha mmg bhaya jgak..hahah
Post a Comment