Wednesday, August 25, 2010

.saya anak johor.

Ye. Saya anak kelahiran johor. Ye, PURE johor tanpa campuran mana-mana negeri lain. Al-maklum lah kampung mak ayah aku pun sebelah-sebelah jek. Jadi memang kat situ je lah kan. Bila aku cakap aku aku orang johor biase akan berlaku dialog di bawah :

A : Kau orang mane?
B : Johor.
A : Ohh.JB lah?
B : Ehh takk.johor.pontian.
A : Yelahh.JB lah kan?
B : T__________________T


B itu aku. Please ye rakan-rakan dan teman-teman, Johor dan JB merujuk kepada 2 tempat yang berbeza di mana Johor adalah negeri dan JB adalah daerah. Aku tak aching-aching nak mengaku aku budak JB. sorry, aku cuma budak PEKAN NANAS. kalau boleh bila orang tanya aku nak cakap aku budak Pekan Nanas, tapi memandangkan Pontian pon ramai yang tak tau, so kene la cakap Pontian.

Sebenarnya aku bukan nak bercakap pasal tempat daerah bagai neh, nak bercakap pasal bahasa pasar Johor. Senang cara nak detect budak Johor, tengok lah bahasa yang dia cakap or word yang dia guna. Aku neh jenis yang guna word Johor, kurang dari segi yang "or'.

Tak paham? Meh aku terangkan. Cuba korang g carik sorang budak Johor, and dengar dia cakap. Mostly akan jadi begini :

  • aku lapor ah.
  • ape?aku tak dengor ape ko cakap.
  • jangan la pakai slipor aku.
  • tampor kang!
Dapat tangkap tak?Johor banyak guna vokal o. aku neh jarang sikit macam ni, sebab tu ramai yang cakap aku bajet KL.bodoh jek. Aku jenis yang lagi satu. yang gunekan word pelik-pelik. takde lah pelik mane act.

So mari kita tengok ape jek word tu okeh. Korang boleh belajar gak. :) Aku tak nak masuk kan gebor ngan gobok sebab rasanya semua dah tau yang itu.kan? :)


1. Merendek
Maksud : dating
Cth Ayat : "merendek je keje ko eh"

2. Meronggeng
Maksud : jalan-jalan
Cth Ayat : 'nak g mane?' ' g meronggeng jap'

3. Epok-epok
Maksud : karipap
Cth Ayat : 'akak,bagi epok-epok sadin rm1'

4. Lanyak
Maksud : kerjekan/main-mainkan
Cth Ayat : 'yang kau g lanyak tilam tu pasal pe?'

5. Gohet
Maksud : go ahead/ke depan
Cth Ayat : 'aku soh gohet,bukan gostan'

6. Gostan
Maksud : reverse / ke belakang
Cth Ayat : 'aku soh gohet,bukan gostan'

7. ngalan / mengalan
Maksud : perli / menganjing
Cth Ayat : 'pehhh..mengalan kuat ko neh'

8. gebang
Maksud : borak lebih / cakap besar
Cth Ayat : 'tak payah percaya sangat dia.gebang jek lebih'

9. temper
Maksud : geram / fed-up
Cth Ayat : 'aku temper betol ngan dia tuh.tak dengor kate'

10. Garet
Maksud : luka/hiris
Cth Ayat : 'tangan aku tergarit kat cermin tadi'

11. Rewang
Maksud : gotong royong
Cth Ayat : 'ko tak nak g rewang ke'

12. Kendarat
Maksud : kenduri/orang yg membantu ketika kenduri
Cth Ayat : 'mak kene jadi kendarat,ank cik temah kawen'

13. Anu
Maksud : merujuk kepada sesuatu (benda atau perbuatan)
Cth Ayat : 'mak,abang dia anu adek'

14. Dono
Maksud : tak tahu
Cth Ayat : 'aku cakap ngan kau,kau boleh wat dono je eh'

16 . Belengging
Maksud : tak pakai baju
Cth Ayat : 'yang kau belengging kuor umah ni apasal'

17. hagol
Maksud : hantok
Cth Ayat : 'aku hagol kepale ko kat dinding baru tau'

18. Melat
Maksud : love bite
Cth Ayat : 'pssstt..ko tengok leher dia,penuh melat'

19. Ngening
Maksud : lebam
Cth Ayat : 'ishh..makin mengening luke ko aku tengok'

20. cinonet
Maksud : kecik/ comel
Cth ayat : 'geram tengok budak tu!cinonet jek!'

okeh. tu jek lah kot ayat-ayat yang aku dapat pikir. biase lah kan, time nak tulis memang hilang dah segale bende kat kepale otak neh. sekian, class dismiss.

11 comments:

c H i k said...

Kenapakah, ada ayat yang saya baru tahu. Rasanya kg kita sebelah2 je. T____T

adrinaqamarina said...

berjimba-jimba? hehe.

Fatin Razali said...

kecik :
hahaha.ape je yg kamu tak tau?

adrina :
yeahhhh!word 2 pon sgt rare okeh!

ecahmiaishika said...

ecah ad cmpuran negeri kedah~~
tp totally bhse dipengaruhi johor~~~Hoho..mklum r kadar duk johor ag lme dri kadar duk kedah~~~

sllu ckp anu~~tp sllu kna ktuk~~Huuu

saya_arief said...

kelas bahase ea ari ni..
bagus la cikguuu ni...
bangonnnnn..
terimaaaaaaa kasiiiiiih cikguuuu.
;p

Zarpeno said...

PAYGANG saya tau!

am said...

fatin ish .ayat bongek kte mne ? haha

kEtAQ said...

hoho
sy suke part gostan tuh
coz sy pown sebut gostan gak
hohoho

ecah mmg ske gne anu
hahahahaha

iein i s m a i l said...

ilove JOHOR :)

Fatin Razali said...

ecah :
hahaha.kat johor jek ckp anu,klo ckp kat sni irg pk laen.

arif :
same-same.jgn lupe siapkn keje uma.

zarep :
hahaha.aq xsbot gtu.

am :
bongek uh johor ke??huk

ketaq :
eh?kamu sbot gostan gak?hoho..

iein :
yeahh.me too.

fatynlicious said...

ohh awak owang johor rupanya
saya penang!
selamat berkenalan. tehee!