hye guys!
tadi waktu aku tengah blogwalking, terperasan la kenapa ramai sangat yang tiba-tiba patriotik sangat promote u masing-masing kan. UKM lah, UiTM lah, UPM lah, dan semuanya universiti tempatan. setelah disiasat akar umbinya, rupanya perkara ini berlaku disebakan oleh BLOG PILIHAN MALAYSIA.
so selepas membaca entri tersebut, memang sah la kan aku layak join sekaki setangan dengan mereka-mereka yang teruja menjoin perkara tersebut.
mari kita lihat data-data yang sepatutnya.
nama suspek : Fatin Razali
U suspek : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Jurusan : Komunikasi Media (atau mass comm nama glamournya)
Pusat Pengajian : Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (MENTION)
Fakulti : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Sesi : Jun 2008 - Mac 2011
sekarang aku berada di semester akhir dan sedang menjalani latihan industri selama 3 bulan di Unit Hal Ehwal Semasa, RTM. insya-Allah grad nanti aku akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Komunikasi Media) dengan kepujian. lebih kurang macam tu lah kan.
Bila bercakap mengenai apa yang seronoknya jadi pelajar UKM, mostly semua pelajar akan jawab perkara yang sama. apa dia? perkara paling best jadi pelajar UKM ialah UKM tiada had masa keluar masuk. TIADA. saya ulang, tiada. dengan berbekalkan kad matrik dan juga muka yang suci maka anda akan dapat keluar masuk sesuka hati anda seperti u tersebut kepunyaan jiran tetangga anda. seronok kan?pukul 4 pagi lapar pun tiada masalah, call bf ajak pergi McD atau mamak. haha. okay, itu khas untuk pelajar yang konon-kononnya sosial macam aku la.
Dan perkara kedua apa yang menarik menjadi pelajar UKM ialah jurusan aku sendiri, iaitu Komunikasi Media. sumpah best! seronok. banyak perkara yang aku dapat belajar. macam mana nak tulis berita, macam mana nak buat iklan, macam mana nak handle live show, dan pelbagai lagi macam mana. dan sekarang, passion aku memang dalam bidang broadcasting. insya-Allah, i wanna be somebody in this world. broadcasting world. pray for me. :) macam-macam pengalaman yang aku dapat sepanjang belajar kat UKM.
bila bercakap pasal pengalaman, sumpah pengalaman yang aku tak boleh lupa ialah proses mematangkan diri dengan buat THESIS. Ya Allah, tuhan je tahu macam mana seksanya aku nak siapkan benda alah tu. sumpah seksa, tapi alhamdulillah, siap gak, dah dapat markah pun kan. okay lah. :)
dan antara perkara lain yang best jadi pelajar UKM adalah :
- UKM di Bangi, dekat dengan pelbagai tempat makanan!
- dekat dengan putrajaya, tempat melepak kat jambatan tu lah kan.
- UKM ada library yang terbesar di Asia Tenggara. cool, boleh sesat dalam tu.
- UKM ada pak guard yang 'sangat' berbudi bahasa dan kacak-kacak belaka.
- UKM mempunyai identiti sendiri dengan bangunan yang tidak bercat.
tak kesah la U mana pun anda masuk, anda mesti sedikit menyukainya. seperti saya. dan saya rasa, saya sedang rindukan UKM sekarang. :)
p/s : AIm, kamu buat life kat UKM saya jadi berwarna. sebelum ni hitam putih je. :)
13 comments:
haha. xd limit mase 2 mmg haven!!
jeles ngan UKM!
suka part p/s : sahaja :)
salam perkenalan..saya rozuan..jom singgah blog saya..
hahaha.bangga kan jadi student nie sebenarnyer.tapi ko punyer buku serious tabal gile vavi kot.^__^
salam perkenalan hantu gigi dari UIA!!!aummmm!
salam perkenalan...
wah bestnyer tak de limit waktu...
jeles3x..
saya belum ada pengalaman lagi nak siapkan thesis...sem ni bru nak buat proposal...
dgr senior cerita mmg peningkan kepala...harap dapat mengharungi sem Thesis ni dengan jayanya..
=)
:)
wah best nye..de lib yg beso..nk gak la rase cmne sesat slm lib..hehe
salam..ukhuwah..:)
owh,ukm~~~ me tooo
nk jugak blaja broadcasting :(
nak tnye,,, thesis tu sbenanye ap bnde?, n dy pasai pa?...ty
Nak tanya. For spm level layak ke mohon ukm for jurusan psikologi?
Assalam kak,saya nak tanya, blh ke kalau saya nak masuk UKM jika saya pelajar sosial sains dan bukan sains tulen lepas SPM?
Post a Comment