Wednesday, February 23, 2011

.balang cinta.

aku tahu aku tak mampu teruskan lagi,
teruskan sisa derita yang kau tinggalkan,
dan kau perlu sedar aku bukan patung kau lagi,
kau ranapkan percaya yang aku beri,
kau hancurkan segala cinta yang aku ada,
dan kini kau kata kau mahu kembali?

kau fikir kau siapa?
nak teus kawal permainkan hati aku lagi.
cuba nak tikam jiwa aku yang memang dah lama mati,
kau bodohkan diri kau sendiri,
cuba bermain dengan api ini,
tak perlu datang kembali,
rasa cinta ini dah lama mati.

bukan sekadar retak, bukan sekadar hancur,
kau lumatkan hati aku,
kau pecahkan balang cinta aku,
kau baling ke dinding,
kau sepak kau pijak kau ludah,
dan kini kau kata kau mahu cuba sekali lagi?
kau fikir kau siapa?

aku tak bodoh,
aku takkan pertaruhkan jiwa ini lagi,
tak perlu susah payah kau bertanya,
adakah masih ada ruang di hati untuk kau,
aku sudah muak sudah jelak,
rasa mahu buang telinga butakan mata.

kau fikir kau siapa?
mahu bunuh jiwa aku lagi?
kejam itu terlalu mulia untuk diberi pada kau,
ak pasti aku yakin,
satu hari kau sendiri akan terduduk menangis,
menyesal mahu jilat kembali ludah yang kau beri.

aku sudah lupa cara untuk senyum,
aku sudah terbiasa dengan dunia dua muka,
hipokrit kini nama kedua aku,
dan kini kau kata kau mahu kembali?
pergi mati aku tak perlukan kau lagi.

ya,
memang sayang ini sudah ada cacat celanya.


.

8 comments:

mimieismail said...

wahh,.ayt mkn dlm,..
dh lme x jenguk blog ni,..
skali bukak,.amik ayt mmg ley wat mendidih aty spe yg terase,..
hehehehehhe,....
suke karya awk!

http://mylifemimie.blogspot.com/

Fatin Razali said...

mimie :
hahaha. takde sape lah nak terase. :D thanks!

Teeha Mohd said...

mcm ada kena mengena dengan lagu jar of heart . kn kn

Fatin Razali said...

teeha :
pandaiiiiii!
act tadi homie tengah petik-petik gitar nyanyi lagu ni tibe-tibe terpikir nak buat in bm version, my own version.

tapi macam tak jadi sangat kan? *sigh

nurul farhana said...

patut mcm kenal ayt tp dlm bm plak. good one though. xla funny mcm lirik translation lain :)

Fatin Razali said...

farhana :
hahaha. tapi macam dah tak best.

Teeha Mohd said...

best gila lagu nehh .
wahh . teringin nak main gitar jugakkk :D

Fatin Razali said...

teeha :
nyanyi lagu ni smbil main gitar memang sangat best