Hey Rockstar,
kau sangap hiburan syaitan,
bangga teguk air haram siang malam,
menari berdansa kepit si dara pujaan,
kau bangga kau suka mereka kagum terdiam.
Hey Rockstar,
kau sangap publisiti dunia,
kau kecoh kau kecah dabik dada,
konon kau lah pejuang manusia,
bantu mana-mana si malang si hina,
cuba fikir sejenak hati kata apa?
"ah ini untuk meraih perhatian dunia".
Hey Rockstar,
kau sangap perhatian media,
bangga tulis status facebook merata,
tweet tweet perkara yang cool sahaja,
kau tau aku rasa apa?
"sumpah kau poyo, pergi mati sana".
Hey Rockstar,
kau sangap perhatian khalayak manusia,
kau suka apa yang kami lupa,
kau benci apa yang kami suka gila,
kau jadi lain anggap kau istimewa,
kau berdiri atas paksi kau memang satu-satunya,
kau fikir dunia ini memang kau yang punya.
Hey Rockstar,
kau sangap nama ternama,
kau sarapan pagi di starbucks saja,
makan tengah hari di hotel ternama,
dinner bersama si dia di cafe high class semata,
lepak shisha sepam dua di bukit bintang sana.
ah geli sungguh aku rasa.
Hey Rockstar,
kau tahu kau sangapa apa sebenarnya?
kau sangap perhatian keluarga,
kau sangap kasih sayang dari si cinta,
kau sangap setia kawan tulus hatinya,
kau sangap ini semua..
kau sangap apa yang orang lain semua ada.
p/s : kehadapan stalker dan haters, saya tahu anda baca blog saya dan akan terus membaca. teruskan klik 'sampah'. kamu sangat gula-gula tahu. :)
-.-'
2 comments:
suka yang ni. kau gelabah! haha
gelabah apenye seyh?
luahan emosi neh. haha
Post a Comment