Friday, March 25, 2011

.dasar hamba.

kadang-kadang kita keliru dengan doa kita.
kita keliru dengan apa yang kita rasa, apa yang kita mahu.
sekejap kita mahukan ini, sebentar lagi kita mahukan itu.
ah itu lah manusia, tak pernah puas dengan dunia.
suka pinta apa yang mereka tiada,
dan tak mahu hargai apa yanga da depan mata.

duduk termenung tadah tangan,
pinta pada tuhan sedikit peluang.
peluang untuk rasa bahagia hilangkan derita,
sedangkan tidak sedarkah dia,
bahagia sudah lama ada depan mata?
cuma dia yang buta, tak cukup celik untuk nampak bahagia.

kita pinta itu, kita pinta ini.
kita mahu itu, kita mahu ini.
kita rasa kita perlu ada segalanya.
suka meminta apa yang orang lain ada,
sedangkan tidak sedarkah kita,
ada insan lain yang cemburu lihat hidup kita?
ada insan lain yang mahu jadi seperti kita?

ahh aku baru sedar,
kita ini manusia.
manusia yang tak pernah puas.

huh..dasar hamba,
menyalak bertekak tuntut hak.

kau fikir lah.

.