takut satu hari nanti kau sendiri kecewa.
tapi bagaimana mahu mengawalnya?
kau bercakap tentang perasaan, tentang manusia.
perasaan memang tidak boleh dikawal,
dan manusia memang streotaipnya tidak pandai mengawal.
ah mana mungkin mahu dikawal,
bila kau marah, kau rindu, kau sakit,
boleh kau kawal rasa itu?
penipu tampal di dahi jika kau kata boleh.
begitu juga dengan rasa sayang, rasa cinta,
memang tidak boleh dikawal.
rasa itu tak boleh dikawal,
cuma apa yang boleh dikawal adalah luahan itu,
ekspresi kau, cara kau menunjukkannya,
hah itu memang boleh dikawal.
jadi, kawallah cara kau menunjukkan rasa sayang itu,
aku paham, kau sayang dia seluruh jiwa raga,
tapi kawal lah penampakkan perasaan itu,
jangan sampai dia buat rasa bangga buat kau macam hamba,
takut satu hari nanti kau sendiri yang kecewa.
kawal. ingat tu.
2 comments:
hai, may i copy this?
:)
nice one..n yeah..agreed! :)
Post a Comment