Thursday, May 26, 2011

.penat bercinta.


Assalamualaikum..

hye hui hoi huk..

Siapa single person here? kalau ye, anda boleh terus membaca sebab topik ni memang untuk orang-orang macam kita. kalau anda dah ada bayang dah memang hati tengah bunga-bunga, tak payah la susah-susahkan diri nak baca eh.

okay, for single hot ladies out there, or err and handsome gagah perkasa guy out there too, pernah tak korang rasa dah malas nak bercinta? dah penat nak bercinta? pernah tak? rasa malas nak fikir pasal lovey-dovey things ni. malas nak semakkan kepala pikir mana nak carik bf/gf baru. rasa penat walaupun salakan dan pandangan keji orang ramai terhadap orang single ni. yeahh, walaupon kadang-kadang terasa ada L besar tertampal kat dahi dan #foreveralone tapi kau masih malas dan penat gak nak bercinta. pernah tak? (amboi. kemain panjang aku nak explain kan)

entah, bagi aku usia 23 bukan lagi usia yang sesuai untuk mengamalkan konsep skandal-skandal haram jadah tu. dah tiba masa untuk serius relationship. tapi nak buat macam mana, bila kita serius ada aral pulak menlintang dan hubungan tu gagal. dan bila hubungan itu gagal, tiba-tiba ada satu perasaan dalam diri bila dah malas nak berfikir pasal cinta-cintu neh.





kenapa rasa malas? rasa penat? entah. aku dah penat nak kenal-kenal lelaki. nak mulakan balik sesi suai kenal. nak kena mula balik proses aku paham kau-kau paham aku. mulakan balik proses aku terima kau-kau terima aku. semua benda tu bagi aku memang ambil masa. dah la dengan perangai aku yang split personality ni, lagi lah amek masa untuk orang nak paham aku. so kesimpulannya dah malas, da penat. siapa yang ada rasa macam yang aku rasa?

jadi apa yang harus kita lakukan? kau tanya aku? aku cuma amalkan konsep "kalau ada, ada lah". so maksodnya just go with the flow. layankan jek apa yang jadi kat hidup ni. nikmati tiap saat yang ada. tak payah sibuk-sibuk nak pikir dengan siapa kau nak kawen ke, anak nak berape ke haramjadah semua tu. better lah kot kan.

rasa malas atau penat bercinta untuk waktu sementara mungkin tak mengapa. tapi jangan sesekali kau rasa serik nak bercinta. ye, mungkin kau dah dikecewakan berpuluh kali dengan jantina lawan, tapi itu bukan alasan. there are someone for you out there. jangan sesekali wujudkan pandangan streotaip kepada jantina lawan semata-mata sebab perangai celaka-gampang ex-ex kau yang mengecewakan kau. plus, bercinta ni menyeronokkan apa. thrill.


dah la, tu jek pon nak cakap. bye.



p/s : insya-Allah, kalau ditakdirkan aku bercinta lagi, aku janji, aku akan jadi girlfriend paling sweet kat muka bumi ni. haha. pergi mati la kau paten.

6 comments:

rose sensei said...

FR: saye pun rase penat bercinta...usia saya 3 tahun more than u...baru 3 minggu break...dan perasaan malas terase membuak2..sehingga saya rase cam sgt2 down sebabnye...sama seprti yg faten senaraikan...haihhhh

bujal X said...

saya tak pernah berhenti mencinta.hihi~

ceritanadiah said...

just go with the flow sis fatin .

- yuszieka - said...

FR: peh. situasi kite sgt sme ok. i pn dh xnk cintan cintun lg nie. i dh kne pnyakit 'love trauma'. haha. better skang kte enjoy dlu. haha.
well, if ade jodo utk kite ade la kn. klu xde, nk wat cmne. redha jek la. hehe

http://yuszieka.blogspot.com/2011/03/siapa-cakap-single-tak-best.html

Wawa.Wafiyyah said...

FR mmg suweet lah!.haha..ak penah rse mcm ni..follow the flow..tuptap dah ade bf sbb follow the flow.hehe...

Fatin Razali said...

rose :
3 minggu. baru je lagi tu. mungkin kecewa tu masih ada. :)

bujal :
haha. bagus. :)

nadiah :
sedang melakukan itu. :)

yuszieka :
hahaha. trauma la jugak kan? yeah. enjoy dlu apa yang ada skang.

wawa :
untunglah kamu. :)