Thursday, June 09, 2011

.lelaki mahal.

Assalamualaikum..

hye hoi hui huk

Dewasa ini news feed facebook kita, timeline twitter kita mahupon dada dashboard blogspot kita ni dipenuhi dengan rintihan keluhan para-para ajruna yang sibuk yang girlfriend macam tu, nak awek macam ni, nak kekasih hati macam tu. konon nak yang lemah lembut lah, nak yang ayu berbaju kurung lah bla, bla bla. ewahh bajet macam kaum adam jek berhak demand nak bakal bayang yang macam mana kan. kami kaum perempuan nak gak demand-demand ni.

okay, pernah dengar istilah LELAKI MAHAL? aku suka dengan lelaki mahal ni. ingat lelaki je ke nak perempuan yang mahal? perempuan yang rare? perempuan yang limited edition? ewah. perempuan pon nak lelaki yang macam tu gak tau. paham?





kau tanya aku apa maksud lelaki mahal? aku cuba terangkan dengan beberapa ciri lelaki mahal dari sudut pandangan aku. maaflah kalau kau tak setuju sebab aku masih lagi mengamalkan konsep ini-blog-aku-suka-hati-lah-aku-nak-tulis-apa. marilah kita mulakan ciri-ciri tersebut.

pertama. lelaki mahal adalah lelaki yang bukan senang-senang nak panggil perempuan "sayang", "baby", "honey" dsb. panggilan manja istimewa tersebut hanya untuk cinta hati dia. ini tidak, baru kenal kat facebook 4-5 hari dah panggil sayang, dear hape jadah. yeah, kau panggil konsep tu sebagai being nice tapi cuba fikir, kalau dah semua perempuan kau nak panggil sayang baby kejadah, awek kau nanti kau nak panggil apa? dah hilang nikmat panggilan tu bila kau dah selalu guna. kau dah takkan rasa berdebar-debar dah bila someone panggil kau sayang sebab bagi kau panggilan tu dah biasa.

kedua. lelaki mahal adalah bukan jenis lelaki yang dok suwit-suwit bunyi hamster tu bila nampak awek lalu kat tepi jalan. bukan jenis lelaki yang dok sibuk tanya "eh awak sorang je ke?" "hye awak" bla bla bla bila ada awek lalu depan dia. lelaki mahal hanya akan mengurat/mengusha perempuan yang dia betol minat. tak wujud istilah saja nak test market ke, saje nak hilangkan bosan ke hape ke. tambahan peribadi, lelaki paling kurang hajor pernah aku jumpa bila dia berkata "hey awak sorang jek" then aku senyum jek lepas tu dia cakap "hah sombonglah. kat depan tu kena ragut baru tau". bodoh gila. aku rasa nak lempor jek helmet kat dia.

ketiga. lelaki mahal adalah lelaki bersikap manis-gula-gula bila dengan cinta hati dia atau bakal cinta hati dia. dia layan perempuan tersebut macam beliau tu lah satu-satunya perempuan kat dunia. bukan bermaksud dia tak melayan perempuan lain dengan baik, tapi lebih kepada melayan seadanya. bukan melayan semua perempuan dengan manis gulanya.

haaa..tiga jek lah pon yang aku mampu bagi. ladies, siapa yang ada idea tambahan sila lah bagitau eh, nanti saya tambahkan.





serius kan siapa yang taknak lelaki mahal. saya nak. anda nak tak?


ktanxbye.

4 comments:

Surat Untuk Hujan. said...

Saya pulak suka lelaki pendiam tapi suka senyum. HEHE. Terasa misteri dan mahal. HEHE.

maizatul suraya said...

lelaki mahal yg jadi mahal dpn aku. HAHA.

ezzah said...

ya betol! saya agree!

eynarosess said...

kak fatin . mohon copy yerr .