Assalamualaikum..
hye hoi hui..
Well, rangkaian sosial memang dekat di hati kita kan? err..di hati aku mungkin. di hati mereka yang mempunyai bb atau iphone mungkin. atau di hati penghadap laptop atau pc 24jam mungkin. lewah sungguh intro tersebut. phew.
okay, bercakap mengenai rangkaian sosial, terus terang facebook terutamanya (sebab ia mempunyai aplikasi gambar, notes dll) ada tak anda mengagumi insan-insan di dalam dunia sosial tersebut? anda menjadi stalker beliau siang dan malam hanya kerana mengagumi beliau atas beberapa faktor. aku sendiri, mengagumi beberapa orang manusia di dalam dunia facebook. antara faktor yang mendorong rasa kagum tersebut adalah kecantikan beliau tidak dapat dinafikan, atau mungkin cara pemakaian yang cantik dipandang atau beliau sentiasa mengeluarkan status yang menarik perhatian atau mungkin sahaja sering meletakkan muzik dari youtube yang sesuai dengan halwa telinga. sebab atau faktor itu bergantung lah kepada anda kan.
anda mengagumi beliau dan jika anda bertuah anda dapat lah memandang beliau daripada jauh atau mungkin sekali dua bertegur sapa. dan tahukah anda sedikit kecewa bila insan yang kita kagum itu sebenarnya pekertinya tidak semenarik yang kita sangka. ah aku dah alami perkara ini. sayang sekali kenapa perlu dihancurkan rasa hormat begitu sahaja. betullah kata orang "don't judge a book by it's cover" sebab yang cantik luar itu tak semestinya cantik dalam.
tidak menjadi satu dosan untuk manusia-manusia itu yang menjadi dirinya sendiri tapi entah kenapa bila mendengar cerita sebenar dari sumber yang dipercayai rasa hormat terus hilang. hilang begitu sahaja. jadi bagi aku, itu adalah sedikit sebanyak keburukan yang akan datang kalau kebenaran itu timbul. phew.
pengajaran lain mungkin kita tak perlu mengagumi manusia-manusia itu terlalu beriya. anggap dia sama sahaja seperti kita, insan yang penuh cela. dan kepada kamu yang pernah aku kagumi, jangan risau, aku masih stalk kau. ktanbye.
:)
1 comment:
aku kagum dengan kecantikkkan mereka , ya , agak terasa bilaorang m'gutuk keburukkan dia hilang rasa hormat aku tapi manusia mana sempurna bukan :)
Post a Comment