Wednesday, July 13, 2011

.campuran rasa.

#terdiam


#mengeluh panjang


kau tahu apa yang menyesakkan? bila kau taktahu nak rasa apa. rasa itu atau rasa ini. bila kau tak tahu rasa mana yang harus didahulukan. rasa mana yang penuh dengan kepentingan peribadi. terlalu kompleks ciptaan rasa ini. kadang-kadang mampu buat kita senyum seperti si gila, kadang-kadang buat kita rasa menangis pon tak mampu nak ungkapkan rasa sedih dalam jiwa. campuran rasa yang mampu buat si pemegang doktor falsafah meroyan sini sana.

#pejam mata

kadang-kadang pernah tak rasa mahu mengabaikan seluruh rasa yang datang? mahu tutup mata tak hiraukan sekeliling? apa yang kau mahu saat itu hanya duduk tenang sebentar, nikmati setiap helaan nafas yang Dia beri cuba hargai apa yang sudah lama melekat pada diri.

campuran rasa ini sebenarnya bagi aku wujud bila kita tidak mementingkan diri sendiri. ia wujud bila kita mula memikirkan sisi pandangan orang-orang yang wujud kepentingannya pada kita. memikirkan apakah yang terbaik untuk kita dan untuk mereka. memikirkan apa yang akan sama-sama buat kita dan mereka rasa bahagia.

#senyum

#mengeluh

mengeluh tidak membantu menyelesaikan masalah campuran rasa ini. mengeluh melambangkan kau tak mampu kata apa-apa. kau hanya melepaskan melalui helaan nafas yang dalam atau panjang. ya. kedengaran agak sadis namun itu hakikat. hidup ini tak seindah mana. kau takkan dapat lelaki seperti Seth Tan kerana kau tak secantik Nora Elena. kau takkan dapat rasa gembira sentiasa keranan kau bukan span seperti Spongebob. Tapi itu semua petanda kau itu manusia manusia normal. yang boleh merasai pelbagai bentuk rasa. ya, ayat tipikal. aku tau itu.



sebenarnya, aku masih mencari penyelesaian kepada campuran rasa. ada idea?


#terdiam


mungkin aku hanya perlu bertenang seketika kan?



2 comments:

Zulfahmi Abidin said...

aku tak tau nak comment ape. aku termenung kejap terkenang nasib diri aku sendiri weh #foreveralone

aisara said...

kawin jang!!! hahahahaha