Saturday, July 09, 2011

.izinkan aku berbicara tentang kau sayang.


izinkan aku berbicara tentang kau sayang.

izinkan aku.


#terdiam

kau tahu sayang, di kala setiap detik semua manusia mencari bayang yang hebat, mencari bayang yang gagah tegap perkasa, di kala itu lah hati aku sudah melekat pada kau. perlu aku tekankan di sini ya pada kau. pada kau yang mata-mata lain seakan mencebik jeling fikir apa yang ada. jiwa-jiwa lain yang mengejek membabikan aku pertikaikan mengapa wujud rasa itu.

mereka tak tahu, jiwa yang berdiri depan aku ini sungguh hebat kasih sayangnya, sungguh terbuai cintanya, sungguh realistik mimpinya. mereka tak tahu semua itu. apa yang mereka tahu kau itu hati batu jiwa kaku. mereka tak percaya kau dapat cairkan aku. ketawa besar dalam hati.

#terdiam

ya, mungkin kau juga macam mereka. masih wujud lagi sisi sial celakanya. kau bukanlah sempurna mana yang perlu ditabik oleh satu dunia. bagi aku. cukup aku dapat tahu dapat nilai sisi baiknya insan depan mata aku ini.

#senyum


kau mungkin ego. tapi mereka taktahu kau itu lah peragut duka yang lalu dalam garisan masa aku. kau beri aku apa itu maksud bahagia tiap kali berjaya buat aku ketawa. ya, kau mungkin satu monumen kaku depan mereka. tapi saat kita berdua kau itu umpama pelawak antarabangsa. ada saja idea, ada saja yang mahu dibicara. dan mereka perlu tahu, jiwa kau itu sungguh halus ciptaannya. kau kisah kau ambil peduli tentang perkara kecil yang tak pernah mereka ambil peduli. dan tahu apa yang mengagumkan? kau itu ibarat guru beritahu aku tiap benda baru yang perlu aku tahu.


#senyum


biarkan mereka yang suka bercerita. mereka terlalu mudah meneka. menebak setiap inci ruang peribadi manusia lain. biarkan. itu kegemaran mereka. usah dihalang.


dan,


izinkan aku terus jadi bayang kau sayang.

izinkan aku.


4 comments:

Taufan Bin Ribut said...

so sweet beb ..hahaha..


Entri terkini : Diorang ni lesbian??
Entri sebelum :All day i do about sexs
Watch my video songs ^_^

Zulfahmi Abidin said...

atas sebab yang same aku suke bace blog ko dari dulu. tengs bagi aku inspirasi nk tulis entry aku yg terbaru nie jgk.http://bit.ly/oLpSKA

Miera Aziz said...

This is so lovely dear! :D

Shasha Ryzal said...

ah, tersyok sendiri pulak baca entry you ni. I'm reading this and imagining other people in my mind. blerggh. hahaha