Wednesday, July 20, 2011

.rindu.

#mengeluh


rindu adalah salah satu perasaan yang sungguh kompleks binaannya. kita takkan akan pernah tahu sama ada rindu itu tanda bahagia atau tanda si dia sudah semakin jauh jaraknya dari kita. rindu juga pernah dikatakan derita yang bahagia bak kata ahli fikir.

ah manusia terlalu mudah dibuai perasaan rindu. rindu itu tanda cinta kah? tidak sama sekali bagi aku. kerana apa? kerana kita terlalu mudah merindu. terlalu mudah lafaz I MISS YOU. ah apa salahnya, i miss you tak semahal i love you. boleh saja diucapkan jika perasaan itu benar wujud dalam hati bekumu itu. boleh saja sayang.


#senyum


rindu juga bagi aku mengajar kita menjadi manusia yang lebih sabar. yang sabar tahan hati tahan rasa menanti detik untuk bertemu lagi dengan si dia yang engkau rindu itu. ya. sesabar mana engkau boleh bertahan, sekuat mana engkau mampu melawan rasa itu. itu semua mencabar minda dan hati engkau itu.


#terdiam



tak perlu banyak bicara. aku rindu kau sebenarnya.



#kesat air mata



ya. engkau.



No comments: