Friday, October 05, 2012
.menangis.
menangis.
dan perkataan itu menjadi sinonim dengan perempuan. entah kenapa. lemah kah kita kaum hawa? rapuhkah emosi kita? kucar-kacirkah diri kita?
perempuan ini halus jiwanya. mereka ambil kesah, ambil rasa tiap perkara yang lelaki lupa. perempuan ini teliti perasaannya. ambil peduli segala apa yang ada keliling dunia. dan mungkin atas sebab itu, menangis itu seakan menjadi sesuatu yang sinonim.
menangis sedih.
ahh berapa kali seminggu anda menangis sedih kaum hawa? atas sebab disakiti hatinya? atas sebab tak dipedulikan kewujudannya? menangis sedih perempuan bukan cuma air mata. ahh lelaki kata perempuan suka guna air mata jadi senjata. tidak, hanya itu yang kami ada. kami menangis semahu kami, dan esok harinya kami kembali bangkit. kami punya rasa punya jiwa, kami tak hebat dalam pura-pura tiada perasaan sedangkan dalam jiwa berkecamuk hebat, berperang dengan perasaan sendiri. kami tak hebat dalam hal itu macam kamu. ah mungkin saja kami menangis sebab atas sebab bodoh sebab kecil. namun itu tandanya kami ambil kesah, ambil peduli.
menangis rindu.
pelik dengan kaum sendiri. rindu pon mahu menangis? rindu maka angkat saja ganggang telefon dan hubungi dia. mengapa perlu menangis? memang takkan dapat difahami. rindu itu sungguh menyeksakan. menangis rindu tanda kami betul ingat kamu, mahukan kamu.
menangis bahagia.
sedangkan rindu sudah pelik untuk ditangisi, mengapa bahagia mahu ditangisi? ah. takkan dapat disusun dalam otak perkara sebegini. menangis bahagia bila sedar hidup ini memang sedang elok keadaannya, segalanya sekurang-kurang indah untuk diharungi. menangis bahagia tanda syukur.
menangislah semahu kamu.
dan lelaki, jangan risau bila kami menangis, kekal di sisi kami, hulurkan bahu. jangan pernah penat. risau bila kami dah tak menangis, kerana itu petanda hati dah tak ambil peduli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment