Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

.review : KONGSI.







Aku rasa satu Malaysia tau ni cerita apa kan? dengan promotion dia yang agak meluas, maka ramai lah yang teruja dengan filem ni. Aku baru berkesempatan tengok filem ni malam tadi. Tapi sebelum nak tengok tu memang dah ramai lah yang cakap-cakap "tak payah tengok, tak best, sucks, ending tergantung, and whatsoever". So kat situ aku dengan kawan-kawan aku dah sedikit down, tapi takpe, kita tengok je lah dulu, lain orang lain cara dia kan. dan selepas tengok, sumpah aku nak jerit "FUCK YOU" kepada yang cakap kongsi tak best.

Bagi aku Kongsi filem yang seronok. aku penat gelak, aku tak sempat nak rasa bosan. Memang lah cerita tu sekejap je, satu jam 20 minit aku rasa. tapi tetap seronok bagi aku. Aku confirm, siapa yang cakap Kongsi tak best tu mesti dalam panggung buat keje lain. raba-raba pelok-pelok yelah sejuk kan dalam panggung tu yang tak sempat nak fahamkan cerita tu macam mana. dan apa yang susah na nak faham plot cerita? susah na nak paham kenapa itu kenapa ini? bagi aku satu jek masalah orang Malaysia ni, suka sangat complain.

mari kita bincangkan beberapa pertikaian pasal cerita ni.

1 - Plot/Sinopsis
- susah sangat ke nak faham kenapa sorang g Malaysia, sorang g India, sorang g Jepun? hadoi, Kempedu tu ketua kongsi gelap paling berpengaruh kat Thailand kononnya, so dia hantar budak-budak dia kat tempat tu untuk hura-harakan kongsi gelap kat negara yang dihantar tu. dan itu menjawab persoalan kenapa Temulak tu bunuh budak-budak geng kongsi gelap 1 M'sia tu. Geng 1 M'sia tu (Pak Maliki, Jimmy & Victor) tu leader kongsi gelap paling berpengaruh, kau sendiri tengok lah sampai polis pon kenal macam tu. dan kau cakap kenapa Temulak pegi M'sia? sebab ada Sharif bin Sahrifuddin tu. Dia berdendam dengan si Sharif tu sebab tak bagi dia menang masa lawan tomoi dan sebab dia kalah lah dia kena jadi hamba Kempedu sampai mati.

mana dia dapat kete biru lawa tu? hadoiyai, kalau dia boleh bunuh orang tetak orang, setakat curik kete ape ade hal kan? kenapa dua waja tu dilayak sampai habis dan evo tu relax takde calar? come on, bajet filem M'sia tak begitu tinggi untuk memusnahkan sebiji evo tu begitu sahaja. satu balai polis hanya dibekalkan sebijik jek evo tu. plus, time kejor-kejor kan waja yang kat depan kan? kat situ dia nak tunjukkan yang kete M'sia tetap the best. paham?

2 - Camera Study
- bagi aku satu kelemahan cerita ni cuma dekat camera. itu jek. aku perhatikan camera akan fokus kepada orang yang bercakap sahaja dan banyak shoot yang kabur. itu Farid Kamil je lah boleh jawab kenapa kan. dia banyak gunakan shoot MCU (medium close-up) untuk scene bercakap dan wideshoot lah untuk action kan.

3 - ending tergantung
- apanya yang tergantung pon aku tak paham. ending macam mana yang korang nak? we talking about movie, movie mesti ada mesej. biasalah, mesej tipikal orang jahat mesti kena tangkap juga. so same goes to this movie. Temulak yang hebat tu last-last kena tengkap jugak. hah, apenye lagi yang tergantung? kenapa polis nak tangkap dia? gila kau dia dah bunuh berapa orang dah tu nak biorkan jek lah?

4 - aksi lawan-lawan, kejar-kejar
- biasalah, cerita pon pasal kongsi gelap kan? fushoo lah mesti nak ada part berlawan part berkejar part bertumbuk. satu fakta yang korang harus tau, semua aksi stunt dalam cerita tu pelakon buat sendiri okay. part tergantung-gantung apa semua tu. korang ingat ramai ke pelakon Malaysia yang nak buat stunt sendiri? dan pelakon Kongsi memang wajar ditabik. tau nak mengutuk si polis Olla tu boobs bergoyang time kejor Temulak, bodoh je kau. Perempuan mana yang berlari boobs tak bergoyang? pfttt~

5 - skrip
- skrip cerita ni bagi aku mantap. tak perlu ayat belit-belit sangat lah ntok pahamkan apa yang dia cuba nak sampaikan.

6 - watak perwatakan
- bagi aku watak-watak dalam tu menonjol. Temulak tu tak payah nak cerita lah kan. watak Sharif bin Sharifuddin (fizo) bagi aku tak annoying. selalu kan kalau watak-watak polis muda ni mesti annoying kan? plus, watak isteri Sharif bin Sharifuddin (Fida) tu menonjol kot walaupun sekejap jek. watak Mikail (azad) sangat funny! ahli kongsi gelap yang gelabah. haha. watak Olla, Yati dan Boboy pon menonjol. Boboy dia punya pengenalan watak agak menarik, baju set pink dengan bunga jadi sanggul. haha



dah. ape lagi yang korang tak paham lagi? meh aku terangkan.

sumpah aku tak faham kenapa nak cakap tak best, tu lah orang Malaysia, tau complain jek. cube suruh kau buat filem, kite tengok macam mana. dan lagi satu, masalah yang aku nampak bila orang yang taktau pape pasal macam mana proses buat filem nak complain pasal filem. nak complain pasal kenapa camera shaking kenapa tu kenapa ni. dan kau patut tau buat satu produksi ni bukan benda yang mudah, lagi-lagi dengan bajet yang rendah.

aku bagi 9.5/10 ntok kongsi.
ada pape masalah?


ktanxbye


Wednesday, May 04, 2011

.CUN!.





siapa tengok cun! ?
sumpah aku menyesal tak tengok kat movie.
ingatkan cerita biasa jek.
then bila dah tengok, Ya Allah, sumpah best & sweet cerita neh.
plus, Faezah Elai sangat cantik dalam ni.



aku suka soundtrack dia.
Remy Ishak & Maya Karin yang nyanyi sendiri.





Aku Suka Bila Kau Ketawa
Kau Buat Aku Senyum Ke Telinga

Aku Suka Bila Kau Tersipu
Merah Muka Hendak Sembunyi Malu

Aku Disini Dengan Kamu
Kalau Boleh Biar Selalu
Kerna Kau Kini Ada Dalam Hatiku

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata
Kita Berdua Sama Saja
Hanya Ingin Cari Bahagia
Aku Jumpa Waktu Kita Bersama

Buangkan Tisu Basah Airmata
Pimpin Tanganku Untuk Selamanya

Jangan Biarkan Hati Kamu Resah
Kasih Aku Temu Percayalah

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata

Kau Dalam Diri Ku Selalu }
Engkaulah Yang Aku Mahu } 2x

Hanya Ingin Bersamamu… } 4x
Hanya Ingin Bersama Kamu….



"siapa cakap KLCC dengan sawah padi tak boleh bersatu"

"kalau dah ada cinta dalam hati, itu maksudnya ada Allah dengan kita"


serius sweet. g download cepat!


:)

Wednesday, April 28, 2010

.Kick-Ass.

tendang bontot!haha

okeh.film review again.

Kick-Ass



sinopsis :
[copy jek.malas nak taip.haha]

The film tells the story of an ordinary teenager, Dave Lizewski, who sets out to become a real-life superhero only to get caught up in a bigger fight. He meets Big Daddy, a former cop who, in his quest to bring down the evil drug lord Frank D'Amico, has trained his eleven-year-old daughter to be the ruthless vigilante Hit-Girl. Kick-Ass has generated some controversy for its profanity and violence, particularly for the character Hit-Girl. It received mostly positive reviews.


kesimpulan :
  • siyes klako!!! :D
  • bukan cter sampah lawak semate,still ade mesej.
  • everybody will be a hero.
  • tak rugi tgok lebih dr skali.

Thursday, April 22, 2010

.shutter island.

psycho.psycho.psycho.
okeh.tu best words nak desribe citer neh.

.shutter island.



sinopsis
Citer neh mengisahkan Masrshal AS,Teddy Daniels [leonardo DiCaprio] dan partnernye Chuck Ael [Marc Ruffalo] yang dapat job kat Hospital Ashecliff kat Shutter Island.Hospital neh merupakan hospital yg menempatkan penjenayah gile yang kronik abes dah. mereke be2 neh dapat job carik serang pesakit yang konon-konon ilang iaitu Rachel Solando. So mereka neh diberi maklumat oleh Dr. John Cowley,doktor psikiatri yg jage pesakit-pesakit kat situ. so mereke gigih mencarik dalam mase yg same teddy neh ade hidden agenda iaitu dia nak carik Andrew Laeddis,org yg btggjawab bunoh bini dia.so suddenly,Solando yg ilang uh da ditemui tnpe ape-ape kesan.Teddy pelik and siasat pasal kes.pastuuu~[aku malas nak taip,g tgok sendiri bole?]


komen
.gile psycho citer neh!.
.tak bole tlepas even 1 saat,nanti kowg lost.
.ending bikin pening.
.sesuai ntok budak psycho.

citer org gile yg carik org gile kat tempat org gile dan ditudoh org gile padahal tak sedor dia uh org gile.

whooooo!



Align Center

Sunday, April 18, 2010

.when in rome.

Tajuk : when in rome
tarikh : 17 april 2010
tempat : GSC Pavillion
partner : my encik lebah



sinopsis[copypaste]
An ambitious young New Yorker (Kristen Bell), disillusioned with romance, takes a whirlwind trip to Rome where she defiantly plucks magic coins from a "foolish" fountain of love, inexplicably igniting the passion of an odd group of suitors: a sausage magnate (Danny DeVito), a street magician (Jon Heder), an adoring painter (Will Arnett) and a self-admiring model (Dax Shepard). But when a charming reporter (Josh Duhamel) pursues her with equal zest, how will she know if his love is the real thing?

kumen[kompom bukan copy paste]
seriously best gile citer neh.dr 10 bintang boleh bg 9 setengah.lawak dia okeh,pelakon ensem!,jalan cerite menarek,plot tersuson,semue pon okeh lah.lawak dia serius wat air mate aku mengalir.once ko terleke,ko akan terlepas lawak yang best.seriously.

mesej tersirat
love always be there.
kamu yang kene carik and pilih dengan betul.
and bukak hati kamu ntok terime.

sekian.mekaseh.
class dismiss.

Sunday, April 11, 2010

.date night.

okeh.movie lagi untuk minggu ini.
tadi g tgok DATE NIGHT.
partner - encik lebah,akak dan adek encik lebah.




sinopsis [skit jek]
Phil and Claire Foster pasangan laki bini yg menjalani kehidupan normal mcm laki bini yang laen.kehidupan dowg seems so bored sebab amalkan rutin yang same jek tiap-tiap hari. so one night neh, dowg g date jap. and Phil neh nak lah malam tu laen skit, sbb kesian kat bini dier. so dowg konon-konon nak makan kat hotel mewah, ngan selambe badak g amek reservation org laen.malangnye,reservation yg dy amek uh milik couple bangsat yang upe-upenye wanted.so huru hare jap lah sebab penjahat ingat merekalah couple jahat uh.

kesimpulan
cter neh best la gak.boleh tahan lawak gak.tapi lawak dy on words.and rasenye budak yang selalu maki-maki hamon jek yang paham lawaknye.hohoho.gelak gak aku tgok cter neh.huhu.bagi 3 bintang sudahlah.


Friday, April 09, 2010

.semerah cinta stileto.

well.again.film review.so tadi jalan-jalan.then aleh dia cakap,'eyh,arini cter yg kamu nak tgok sgt tu kuor kan?'.haha.so ktowg pon g lah tgok.cter SEMERAH CINTA STILETO.



sinopsis cter.[ringkasan]
cter pasal Siti Laila [Stila] seorang anak org kaye dan Sulaiman Toyol [Leto] seorang anak org biase yang sangat berbeza life dan personaliti. Stila yang sangka hidupnya bahagia rupenye mak ayah dia ade relationship problems.mak & ayah dia 2-2 ade org laen.Leto plak,budak biase yang baru kene buang keje[sebab stila] yang dok uma flat yang rase life dia terok.sebab mak ayah dia asyik gadoh berebot tv.haha.so them meet,then bercinte lah kononnye.but ditentang keras oleh family,sebab alasan tak setaraf.so then Leto korban dengan let stila go.then konon-konon bile da berjaye,stila dtg jumpe leto balik.

kumen aku?
1.plot citer ntah ape-ape.
2.point cter lambat nak sampai.
3.ending macam haram.

kesimpulan,biase jek citer neh.salah aku high expectation sgt awal-awal.

tapi,mesej citer neh aku dapat dengan mudahnye.

.sempurna tu tak wujud,
sebab bila kita dah bahagier dgn situasi n org tu,kita akan rase sempurna dah.

.perbezaan itu hanye satu alasan.

n u noe what,
sumpah terase mcm situasi aku ngan dia bile tgok cter uh.
tp tbalek ah..hahaha

lg-lg part dialog
"klo nak bkawan tgok gak ape yg kamu pakai,ape yg dia pakai"

huuuu.sentap!ahhahaha


p/s : beli kasot baru.heee~



Saturday, February 27, 2010

Percy Jackson Pencurik Kilat!

best tp khurafat!

tu jek kesimpulan bg cter neh.
huhu.Percy Jackson (PJ) sgt cute okeh!haha



sinopsis :

Trouble-prone Percy Jackson is having problems in high school – but that’s the least of his challenges. It’s the 21st century, but the gods of Mount Olympus seem to have walked out of the pages of Percy’s Greek mythology texts and into his life. Percy has learned that his real father is Poseidon, god of the sea, which means Percy is a demigod – half human, half god. At the same time, Zeus, the king of all gods, has accused Percy of stealing Zeus’ lightning bolt...the original weapon of mass destruction.

Now, Percy must prepare for the adventure of a lifetime, and the stakes couldn’t be higher.

With ominous storm clouds brewing over the planet and his own life now in peril, Percy travels to a special enclave called Camp Half Blood, where he trains to harness his newly discovered powers and prevent a devastating war among the gods. There, Percy meets two fellow demigods – the warrior Annabeth, who is searching for her mother, the goddess Athena; and his childhood friend and protector, Grover, who is actually a brave but untested Satyr.

Grover and Annabeth then join Percy on an incredible transcontinental odyssey that takes them six hundred stories above New York City (the portal to Mount Olympus) and to the iconic Hollywood sign, under which burn the fires of the Underworld. At journey’s end rests the fate of the world – and the life of Percy’s mother Sally, whom Percy must rescue from the depths of Hell itself.

cter neh mmg sgt best ntok ditonton.
duration slame 1jam 59minit [hasil temebual bsame abg kaunter yg ensem.haha]
tak bosan pon tgok cter neh.

but carefull people,
aku da hampir2 nak khurafatkan dri da.
sebab pcye mcm tu upenye kilat jadi.[mengucap balik]
tapi tak pe lah,jangan songsangkan akidah korang.
tengok n enjoy jek lah menikmati muke PJ yg cute tu.
tak rugi klo nak tgok lagi sekali!

Friday, December 25, 2009

Scene Tak Lojik!

Okeh!bile tgok movie@drama@telenovela@cerekarama dll. mesti kowg akan ade terpasan scene-scene yg tak lojik kan?bohong ah klo tak pnah!klo tak pnah mungkin kowg tak pasan scene tu tak lojik or mungkin kowg terlalu taksub ngan khenseman@kchantekan pelakon shingge mgabaikan bnde laen.[ayat sumpah cam esei bm!].klo kowg pasan plak,paling-paling kowg akan cakap "name pon cter kan?", tak pon "da director sroh wat gtu"..

so mari kte tgok scene ape jek yg tak lojik selalu ade!!

1. Bayangkan scene pelakon beli ape-ape barang kat kedai. tak payah tanye bape arge, bayor dwet tros blah!wahhh..dan-dan plak dwet dy cukop kan,plak tu siap tak de balance kan?huk..

2. okeh,neh scene parking kete lak.selalu pelakon uh akan dapat park kete dekat-dekat ngan pintu utame bangunan!tak payah pusing-pusing carik park wpon mase uh kte tgok park kete mmg ngah padat!da tu konpiden gle tinggalkan kete tanpe perlu kunci!

3. neh scene gado-gado lak. hero or heroin sgt terer ngan sekelip mate dapat kalahkn pjahat yg bpistol bagai wpon dy tak pkai pape.plak uh siap kebal uh,tak kene satu peluru pon.dowg pkai ilmu itam kot..kan?

4. bile scene joget-joget or hero/heroin nyanyi, dan-dan plak org laen yg lalu lalang joget same.padahal tak kenal pon.da tu da abes joget,masing-masing wat mcm tak ade pape yg berlaku.

5. neh plak scene komputer,teknologi bagai uh. selalu sgt dan-dan watak utame uh terer gle gune komputer or alat2 tekno uh,siap tau password lak uh. da tu klo teke password 2-3 kali test jek!gile hebat!

6. scene keja-kja ngan polis lak. klo owg jahat uh kejo-kejo ngan polis,mesti kete polis uh ade jek dapat probs kan?tlanggor paip air la,kete laen la,lampu merah la sedangkn kete owg jahat uh senang-senang jek dapat lalu tanpe ragu-ragu.

7. klo scene bom yg ade timer uh plak,knon-knon panic gle neh,kne potong wayor yg kaler mane-mane,dan-dan tinggal 2-3saat beliau dapat potong wayar yg btol.hero gile kan??

act byk lg scene tak lojik,tp ntok mase neh,yg ini je la yg dapat aku pk.
kang klo da dapat pk lg aku sambong lg.
:)

Thursday, November 05, 2009

Pbobia 2 memukau!

sumpah best!
okeh..2 baru starting ayt.
huw.

malam td,aku g tgok movie neh.
[hah?nak exam ko g tgok movie paten?]

PHOBIA 2



memang terbaek ah citer phobia neh.tak rugi g tgok.aku xde la nak puji melampaw,but owg thai mmg sgt terer wat cter seram-seram gini kan?mmg hobi dowg ke hape ek?huk

so,dalam phobia 2 neh de 5 cter..
1- novice
2 - ward
3 - backpackers
4 - salvage
5 - in the end


5-5 cternye laen2,plakon laen2,pengarah pon laen2 n sah2 la set pon laen2.
senang cter laen ah.
okeh..meh story skit psl 1-1 cter

1 - novice
part neh cter psl sowg dak nakal[ke jht?] yg dah bunoh ayah dy sndri tnpe dy sengaje,then mak dy anto la dy kat tmpat sami.soh dy btobat jap.tapi dak neh terejal,nak wat mcm mane,ade ke dy g curik maggi yg owg serve ntok antu lapor.kepercayaan owg sane ah kan.da tu dy de nmpak la antu lapor uh [lbh krg mcm antu raye kite].so sami laen, knon2 soh dy btape kat 1 tmpat neh,knon nak refresh blk,pe jek dose dy,tp mamat neh ati tisu,awl2 da blah.last2 dy mati care yg same mcm dy tbunoh bapak dy.tapi lg rare ah.aku menutop2 mate tgok.huuu..

komen aku - sound effect mmg mantap!!

2 - ward
yg neh lak cter psl sowg mamat neh kne dok kat wad,baru pas xcdnt,kaki dy kne balot sbb tmasok kace byk sgt.dy mntk wad pribadi[demand!] tp xdt sbb full.so dy dpt 1 blk ngan uncle neh.uncle neh lak mmg tggu ajal jek,dy idop pon gune sstm ape ntah.nak ckp pon xleh lgkan la nak jalan.mamat neh lak sengal,da tau sakit dok la diam2,neh x,gatal nak usha2 uncle uh.so mlm dy stay uh,pwas lah roh uncle tu kaco dy.cekik dy ah,pijak2 badan dy ah,bdiri sbla dy ah.huuu..then sador2 da pg..upenye2 roh uncle uh transfer kat mamat uh.

komen aku - mamat tu terer gle wat eksperision muke.

3 - backpackers
yg neh cam bosan skit. 2 owg jepon g thai,tumpang kete owg thai.owg thai tu lak bwk owg yg dlm lori dowg uh.dlm pwot owg2 yg owg thai tu bwk semue de dadah.ngah elok2 otw,dowg dga bnyi bising dr blkg,tgok2 semue da mati.da tu dan2 jd zombi.maen kejo2 la ngan zombi n bla bla bla

komen aku - time neh leh tdo.bosan.haha

4 - salvage
yg neh plak cter psl mama hot yg jual kete.kete yg dy jual uh semue bekas kete xcdnt yg dy da repair blk.terer tol.dy g keje uh de bwk anak dy.so mlm uh knon2 overtime,time dy nak blk,dy pasan anak dy tbe2 ilang.pwas da dy crk,so ngah crk uh de la unsor2 seram kan.yg aku xpaham ntah nape tbe2 kuor antu pompuan gemok tbe2.cam xde kaitan jek.da tu crk ank xjmpe,dy pon nak blah dr stu,bla bla bla dy sedor upenye ank dy de dlm tmpat enjin.da mati mlecor.

komen aku - minah uh mcm xtakot jek.

5 - in the end
hah!yg neh feberet aku!huhu.part neh cter psl owg kat set yg ngah shoot cter seram.sgt poyo dan sengal mereke.huhu.ngah shooting,minah yg pgg watak antu 2 tbe2 sakit.so anta la g ospital.owg kat set da gelabah da,sbb mase da xde sgt nk delay2 shooting.dowg knon2 nk tuka ending cter,ngah nk shoot tbe2 minah antu tu dtg,dowg da lege da.ngah lyn minah uh,tbe2 sowg dpt call dr yg anta minah uh g ospital td,ckp minah tu da mati kat ospital.mau x gelabah dowg.ngah2 geng2 uh borak psl minah antu tu,1 set dgo[sbb teronkn walkie talkie].last2 1 set blah.tp yg geng mamat2 ensem neh berhati mulie,knon nak tunaikan hasrat terakhir antu tu.then bla bla bla..xnak cter,kowg g ah tgok!

komen - jatoh cinte jap ngan aey..huu..[sorry syg]


okeh.cukop pasal part.skang nak komen situasi dlm panggong tu lak.

1 - geng blkng asyik gelak.aku smpai tnye kat 'beliau' yg kte tgok cte antu ke cte lawak?huh.bongok sunggoh mereke.

2 - de minah kat blkg xreti tutop mulot.emosi gile.diam ah pompuan!

3 - seat hampir pnoh.[hall kecik je pon]


next movie??

pisau cukor!
[wajib tgok taw syg!]
n
raging phoenix!
[kte tgok movie awk gak!]


okeh..stop bebel..
-end-

Saturday, September 12, 2009

Orphans - Citer paling damn!

Jumaat aritu aku g bersuka0suki bersame coursemate tercinte. So pas buke same tu kami g la tengok movie. Selepasa bergado n berebot seketike, kami pon tengok la citer Orphan



tgok poster macam tak de prasaan jek..but bile da masok n tengok..damn!first time aku tak sabar-sabar nak kuor dari movie tu.naseb bek tengok ramai-ramai, so cool la skit kan. aku lagi sanggop tengok citer antu dari citer neh.

Si cilakak esther tu memang rare gile lah!sumpah kejam!di sebalik wajahnye yang cute tu**cute la plak! dy da bunoh ntah bape orang da.selambe jek dy bunoh macam maen pondok-pondok jek. orang da elok-elok amek dy jadi anak angkat, dy leh lak nak wat onar.shit!ntah brape kali ntah aku memaki amon dalam movie tu.geram gile kot.gle emosi aku mase tu.huh..

so ntok sape-sape yang kaki wayang tu, g la tengok..siyes tak rugi kot..





enjoy the show!

Wednesday, August 12, 2009

SETEM : Filem Yang Bukan Sekadar Cerita

Last week ketike aku kluar bersame si jantong ati,macam biase la,mesti nak tengok movie.Lokasi yang dipilih ialah Pavilion.Mule-mule beliau**si jantong ati nak sangat tengok G.I Joe,tapi aku tak mau,sebab aku tak suke filem action.So aku pon ajak la tengok cte SETEM ni sebab beliau jarang tengok cte melayu.Make kteorang pon tengok la cte tu..


So ni aku bagi serbe sedikit la sinopsis pasal citer setem yang best nih..

Ceritanya berkisar tentang Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 yang mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya.Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.

Pada sekitar tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan.Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.

Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat dengan setem itu selepas anak buahnya terdengar mengenai rancangan Sid dan Joe di kelab malam. Begitu juga dengan Manni seorang bekas banduan.Manni meminta kerjasama Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.

Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello.Sid dan Burn cube mengambil semula setem tersebut tetapi gagal kerana polis tiba di rumah kongsi tersebut.Setem itu teros melayang ke tempat lain.

Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.Manni yang mencari setem itu mula mengugut Iskandar dan kakaknya.

Selepas beberapa kejadian,mereka semua sedar rupa-rupanya setem tersebut hanyalah satu konspirasi jahat yang dirancang oleh Charles Barring IV.Mereka yang rasa tertipu pon wat la plan ntok tipu kenekan balik Charles ni.Then Sid dan Joe teroskan usehe carik setem,bile da jumpe,Sid bagitau perkare sebenar pade pemilik setem tu.Last sekali duet dari hasil jualan setem tu dorang share ramai-ramai.

Kesimpulannya,cite ni memang sangat best la.Khabir memang pandai masokkan unsor moral dalam citer ni.Wlaupon kite ketawe-ketawe tengok cte ni,tapi mesej yang cube nak disampaikan tu kite boleh tau.Teknik pengambaran dia pon bagos,cameraman pandai carik angle yang cantek ntok nampakkan kelainan kat filem ni.Setem ni memang lagi best la kalau nak dibandingkan dengan filem Sepi.

Aku bagi 4 dari 5 bintang ntok cite ni. :)





tgok movie bersame mereka