Friday, August 13, 2010

.kelebihan&kekurangan.

hidup ni, kita tak pernah berpuas hati dengan apa yang kita ada. sentiasa menganggap kehidupan orang lain sempurna. menganggap kehidupan orang lain lebih bahagia. kita mahu itu, kita mahu ini. kita minta itu, kita minta ini. tak pernah penat berkata 'kalau lah aku macam dia..'. tak pernah jenuh berkata 'kalau lah aku ada apa dia ada..'. manusia. mahluk yang tak pernah puas.

tapi sedarkah anda. disebalik keluhan, ratapan pilu kononnya anda itu bahawa ada orang lain yang juga berharap mempunyai kehidupan sempurna seperti anda. berharap dia juga ada apa yang anda ada. berharap dia mampu jadi seperti anda. yang berkata 'kalau lah aku ada apa dia ada ', berkata 'kalau lah aku macam dia..'.

jadi tak perlu mengeluh, tak perlu meratap kerana Allah sudah mencipta hamba-Nya sebaik-baik ciptaan-Nya. setiap inci dari kita didatangkan dengan kelebihan & kekurangan yang tersendiri. pada anda ia mungkin kekurangan, tapi pada yang lain ia satu kelebihan. tidak kiralah daripada segi apa sekalipun. rupa anda, personaliti anda, kemahiran anda, otak anda atau mungkin pasangan anda.

jadi, percayalah. sekurang-kurang ada 5 orang yang sedang cemburu dengan kehidupan anda sekarang. :)

p/s : jeles kat im sbb dy pndai maen gitar. :(


.

4 comments:

Zulfahmi Abidin said...

^_^ gud life thought

saya_arief said...

hurm..betol gak tu..
masing2 ade kelebihan dan kekurangan nye kan.

am said...

ish mana tau skg ni de 5 org tgh jeles kt kte ? haha .tak pecaya aaa

Fatin Razali said...

famy :
heeee~just tbe2 rase gtuu. :)

arief :
yuuppp..semue pon mcm 2. :)

am :
hahahha.siyess.ko mane tauu.xkn dorg nk ckp dorg jeles kt ko.