Tuesday, August 03, 2010

.MIDAS kini kembali.




Radio Midas (Media Informasi Di Alam Siber) adalah salah satu daripada tiga komponen latihan amali bagi pelajar tahun tiga yang mengikuti Program Komunikasi Media di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara amali kepada para pelajar tentang penggunaan serta pengurusan media elektronik dan komunikasi. Pelajar akan diberikan pengajaran dan latihan dalam bentuk kuliah, bengkel serta amali untuk memenuhi objektif kursus. Genre dan konsep siaran Radio Midas semester ini adalah pelbagai, segar dan mesra khalayak sambil menyalurkan maklumat dan pendidikan yang bersesuaian dengan falsafah UKM iaitu panduan antara iman dan ilmu.

Berpegang kan kepada tagline 'We Rock!' kami mempersembahkan satu pasukan yang produktif serta segar tetapi masih bersifat informatif.

ROCK membawa maksud :
R - Relax
O - Outshine
C - Creative
K - Knowledge

Kami akan bersiaran setiap hari Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang di mana pelbagai segmen yang pastinya akan menjadi pilihan anda.

Segmennya adalah :

09.00 - 09.15 - Selamat Pagi UKM
09.15 -09.55 - Sawan Pagi
09.55 - 10.05 - Berita
10.05 - 10.35 - Vattaram
10.35 - 11.35 - Top 10 Gempak
11.35 - 12.05 - Gam Yat Wa Nei Ji (Let You Know today)
12.05 - 12.35 - Drama
12.35 - 1.05 - An-Nur
01.05 - 02.00 - Break
02.00 - 02.30 - Kotak Muzik
02.30 - 02.40 - news
02.40 - 03.10 - Suara UKM
03.10 -03.40 - Hallyu Zai Xian (K-Pop Online)
03.40 - 04.10 - His Brain Her Brain
04.10 - 04.40 - Deportes Di Midas
04.40 - 05.00 - Its Relax 4.40


Butiran Segmen

1. Selamat Pagi UKM
  • Dikendalikan oleh Wong Chui Han & Suraya Rambly
  • Memberi tips dan motivasi pelbagai aspek kehidupan
2. Sawan Pagi
  • Dikendalikan oleh Fatin Razali, Mazne Aznan & Puvaneswaran
  • Membincangkan isu panas atau topik menarik setiap minggu melibatkan banyak aspek seperti kewangan, kesihatan, pergaulan dll.
  • Juga ruangan 'what is the best part became UKM student' dimana setiap minggu 2 pendapat akan disiarkan.
3. Berita & News
  • Dikendalikan oleh Ng Gen Soon & Wong Chui Han
  • Menyiarkan berita utama setiap minggu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
4. Vattaram
  • Dikendalikan oleh Puvaneswaran.
5. Top 10 Gempak
  • Dikendalikan oleh Norsahila Noh, Suraya Rambly & Fatin Razali.
  • Merupakan carta lagu terkini yang akan diundi sendiri oleh pelajar UKM.
6. Gam Yat Wa Nei Ji (Let You Know today)
  • Dikendalikan oleh Wong Chui Han, Tan Shu Yin & Hee Ting Lee.
  • Bersiaran dalam bahasa kantonis.
  • Mengajar bagaimana untuk berkomunikasi dalam bahasa kantonis secara betul.
7. Drama
  • Diuruskan oleh Tan Huey Shi.
  • Setiap minggu berlainan isu akan dijadikan tema utama drama melibatkan pelbagai aspek.
8. An-Nur
  • Dikendalikan oleh Suraya Rambly
  • Segmen agama ini akan mengupas isu-isu mengenai agama sambil menyiarkan lagu-lagu nasyid.
9. Kotak Muzik
  • Dikendalikan oleh Nurul Shada, Emily & Mazne Aznan
  • Segmen yang membolehkan pendengar meminta lagu permintaan masing-masing. Permintaan boleh dibuat di fan page facebook.
10. Suara UKM
  • Dikendalikan oleh Mohd Ayub.
  • Ruang bagi membolehkan pelajar UKM memberi pendapat atau menyalurkan masalah yang dihadapi oleh mereka.
11. Hallyu Zai Xian (K-Pop Online)
  • Dikendalikan oleh Emily & Ooi Chun Seong
  • Segmen yang memaparkan isu-isu mengenai Korea.
12. His Brain Her Brain
  • Dikendalikan oleh Syakirin Salleh & Ooi Chun Seong
  • Segmen yang berkisarkan isu gender.
13. Deportes Di Midas
  • Dikendalikan oleh Hartini Su-ip.
  • Segmen sukan yang berkisarkan sukan yang berlaku di UKM atau di Malaysia dan antarabangsa.
14. Its Relax 4.40
  • Dikendalikan oleh Ooi Chun Seong.
  • Segmen terakhir yang fokus kepada lagu semata-mata.

Radio midas boleh didengari di laman web www.ukm.my/midas yang mana hanya berfungsi melalui Internet Explorer. Anda juga boleh membuat permintaan lagu, memberi pendapat dalam suara UKM di laman fan page facebook kami. Cuma taip dan cari midas r.o.c.k dan anda boleh berhubung terus dengan kami.

Wajib dengar untuk pelajar UKM. :)

p/s : mcm taip esei.huh

1 comment:

aya said...

wahh. best nyaaaaa.