Monday, October 18, 2010

.positif negatif.

"manusia selalu berfikiran positif untuk sedapkan hati sendiri. takut berfikiran negatif kerana takut berhadapan realiti" (fatinrazali,2010)



kita sering diomokkan dengan ayat 'cuba pikir positif' bila membuat satu-satu perkara atau dalam satu-satu hal. sumpah aku muak dengar.

apa salahnya berfikiran negatif? kau kata "kalau fikir negatif sampai bila nak maju?". ahh alasan. sedangkan kau takut berhadapan dengan realiti, sedangkan kau takut dengan keputusan yang belum tentu menjadi. kau sangat takut dengan kata-kata dunia yang gemar menghukum mengejek bila kita jatuh terduduk sementara.

memang benar berfikiran positif membuatkan hati kita tenang dan kononnya mampu membuatkan kita mencapai tahap yang lebih tinggi dari tanggapan semua orang. berfikiran positif mampu membuatkan kita rasa dunia ini tiada derita. ahh bullshit itu semua.

tidak ada salahnya berfikiran negatif. seperti tidak ada salahnya kita bersedih. kita sudah tahu, kita hidup di dunia yang nyata di mana derita ada di mana-mana. berfikiran negatif bagi aku mampu membuatkan kitta berpijak di alam nyata. kita tidak akak terlalu meletakkan harapan yang tinggi dalam satu-satu perkara, jadi apabila kita jatuh, rasa sakit tiu hanya sementara tetapi jika kita berjaya kita akan rasa bahagia puas tersenyum bangga.

berfikiran negatif bagi aku menyedarkan kita perkara-perkara mustahil atau halangan yang mampu perlahan-lahan menolak kita jauh. tetapi jika kena dengan caranya, halangan itu lah yang akan jadi pemangkin kepada kejayaan kita. ahh maaf, mungkin cara aku tak sama dengan kamu semua.

jadi, jangan takut berfikiran negatif.
tiada siapa berhak menghalang cara anda berfikir.
:)

5 comments:

Zulfahmi Abidin said...

wohohoo.dis is deep dear..tapi.pada fahmie.fahmie pikir berperingkat.dan pikir negative tuh yg paling penting.then baru pikir positive...lepas kite puas pikir negative baru la boleh pikir positive.ape yg kamu buat tuh dah betul.cume jgn lupe pikir positive jgk.sbb tak smua bnde leh pikir negative semate2..


Entry terbaru Fahmie Hari Ini:
Orang Tua-Tua Cakap Kalau Tidur Lama-Lama, Ada Potensi Untuk Berjaya

am said...

terbaik !

Fatin Razali said...

famy :
yup.pandangan tiap orang lain-lain kan? :)

am :
mekaseh am. :)

aydan said...

oyeahhh...sukung!
*santeekkk laa header blog tuhh*
;)

star itu bintang said...

kadang2 yang -ve tu lagi cepat efek kita untuk bangun . kan .