2010.
yup.memang belum habis pun,ada lagi sebulan setengah nak tamat tahun ni. 2010, secara peribadi, tahun ini tahun paling mencabar bagi aku. sumpah. macam-macam hal jadi. macam-macam benda berlaku. tak kesah lah dari side apa pun. family, love life, student life, friendship. serius, macam-macam. dan alhamdulillah, aku rasa dengan masalah dan pengalaman yang datang tu, aku menjadi sedikit matang, sedikit dewasa berbanding fatin razali yang dahulu. ya, memang masih lagi menangis, tapi sekurang-kurang aku sudah mampu tenang.
family matter?syukur sangat sangat aku dapat family yang sempurna di mata aku. mak yang sangat penyabar dengan karenah aku, yang tak pernah penat bagi kata-kata semangat.ayah yang buat aku makin mahu jadi yang terbaik. adik-adik yang walaupun nampak renggang tapi sebenarnya sayangkan aku. jarak yang jauh jadikan kami semakin rapat.mekaseh mak,ayah,angah,abang,uteh,una dan muaz. :)
love life?Ahmad Imraan@Azmi Sharuddin.kamu bahagian yang terbaik dalam hidup saya. terima kasih datang dalam hidup saya dan lengkapkan sisi gelap saya. siapa sangka kan, niat dulu nak main-mainkan each other tapi sekarang masih kekal. dah macam-macam kita hadap, macam-macam jadi kat kita even baru 10 bulan, tapi saya tahu saya perlu kamu. maaf saya tak boleh hidup tanpa kamu. semua perkara yang jadi antara kita buat saya lagi dewasa, buat saya lebih menghargai apa yang ada.terima kasih awak, sebab buat saya rasa bahagia.
student life?satu pesanan aku kepada budak sekolah,jika cikgu anda kata 'hidup kat U senang saja' jeritkan 'kepala hotak kau!' pada dia. nak mengenggam segulung ijazah sarjana muda sains sosial dengan kepujian (komunikasi media) ternyata satu perkara yang sukar. thesis, asgment, lecturer, semuanya buat aku rasa sakit kepala. hidup kat U tak senang, tapi ia seronok. :)
friendship. well coursemate, kita semua pun tahu apa yang jadi antara kita kan? dewasakan lah diri anda semua. kita kawan, buat apa nak berlawan. perkara yang jadi pada friendship buat aku sedar, bukan senang nak cari kawan yang betul-betul kawan. sangat susah. kita dibenci tanpa sebab, dikutuk dihina tanpa sebab. tak mengapa, doakan saja mereka cepat dewasa. :) Mazne Aznan dan Suhadah Azizan, terima kasih jadi kawan saya sejak 1st year sampai sekarang. terima kasih sebab tak pernah penat layan perangai buruk saya. Noy Mohamad, Hartini Su-ip, Nurul Shada dll pengalaman berkawan memang mendewasakan kita kan?
agak emosional kan?entah. aku rasa nak menulis macam ni. agak-agak sampah esok aku delete lah post ni.
pesanan aku.
1. keluarga adalah segalanya. tak kisah macam mana buruk pun mereka, darah yang mengalir tetap sama.
2. hargai orang yang sayang/cintakan kita. bukan senang nak cari orang yang sukakan kita, apetah lagi nak cari yang sayang/cintakan kita.
3. nikmati tiap saat dalam hidup. kita tak tahu bila kita mati.
4. berkawan biar ikhlas.
5. percaya itu sangat penting dalam sebuah hubungan.
tak perlu nak busuk hati, kejam pada orang lain. hidup ini sementara. entah esok lusa tuhan dah panggil kita. so minta maaf pada semua kalau aku ada salah apa-apa. peace.
*syahdu je rasa.
5 comments:
aku suka nombor 1.
Keluarga nombor satu.
menyentuh jiwa entry ni..sob sob sob
privacy :
yup. :)
ecah :
huuuuu~yeke?
suke entry ney :) <3
like dis..^_^
Post a Comment