Tuesday, December 14, 2010

.saya bukan perempuan biasa.

saya bukan perempuan biasa,
yang bila birthday harap bunga selori dua,
konon nak rasa romantik rasa istimewa,
saya cuma harap kamu ada bila birthday saya,
dan ucap 'selamat hari lahir sayang' itu saja.

saya bukan perempuan biasa,
yang marah merajuk bila bf futsal hobinya,
eh tak mengapa kan futsal tu madu saya,
itu hobi kamu apa salahnya,
bukan buat kamu terus lupa saya.

saya bukan perempuan biasa,
yang harap lelaki keluar duit tiap kali berjumpa,
saya tahu kamu belum kaya,
apa salah saya keluar duit juga,
kan kita nak happy sama-sama.

saya bukan perempuan biasa,
yang harap bf sempurna macam putera raja,
saya terima kamu seadanya,
kamu dah cukup sempurna bila kamu mampu buat saya bahagia.

saya bukan perempuan biasa,
kamu pun tahu saya macam mana,
saya nak cakap pada kamu agar kamu tak lupa,
nak cakap yang saya sayang kamu tanpa cacat cela.

:)

3 comments:

nub said...

nice lah!!

♥ fara myra ♥ said...

entry yg best :)

.:padie_eyla:. said...

ooouuuwww maaaakkkk aiihhh. ;p

tercairr jap. hehe. ;D