Thursday, February 10, 2011

.masalah BOSAN : edisi perempuan.


Assalamualaikum.
Hye awak! -.-'

berdasarkan daripada topik di atas, aku akan buat masalah bosan edisi perempuan pula. Siapa baca TERFAKTAB.blogspot.com? sila baca laman tersebut. serius terbaik. thanks to Cik Doyah sebab dia yang promote blog tu. so dari sana, Encik Penulis.sahaja ada buat masalah bosan edisi lelaki. so aku pon gedik-gedik nak buat edisi perempuan pulak.

Bosan?Bosan mengikut Kamus Dewan Bahasa adalah sudah tidak suka atau tidak gemar ; jemu. Perkataan yang bersinonim dengan perkataan jemu, jelak, dan boyak ini sering kali menjadi persoalan dalam satu-satu perhubungan. Bahagia happy selalu pon bosan, bergaduh selalu pon bosan, ada je yang tak kena. Mungkin manusia-manusia yang bercinta ni patut belajar makna bersyukur kan?

Aku tak nak bercakap pasal siapa yang cepat bosan. lelaki atau perempuan, gay atau lesbian *tiba-tiba. Macam yang aku selalu cakap, masalah dalam satu-satu hal tu bukan bergantung kepada jantina badan, tetapi bergantung kepada individu tu sendiri. Jantina bukan kayu pengukur yang tepat dalam nak meletakkan atau mewujudkan satu-satu persepsi. Memang dah ada pandangan-pandangan sterotaip yang kita tak boleh elak, tapi come on lah, ini 2011, fikir matang sikit. -.-'

berbalik kepada topik, BOSAN. so para gadis, para bunga-bunga sekalian, anda mesti pernah terfikir benda-benda macam ni. benda-benda ini mungkin pernah atau sering kali terjadi kepada anda.

- Hadoi. asyik bola je memanjang. borak dengan aku pon nak cerita pasal bola ke?pergi la couple dengan kaka sane! *hentak-hentak kaki

- Eleh dia neh, tak ada baju lain ke apa? pantang aku puji dia kacak pakai baju terus 2 bulan tak tukar baju dah.

- dia neh cita-cita zaman kanak-kanak polis ke apa?semua benda yang aku buat mesti dia nak tahu, mesti kena bagitau.

- asyik-asyik lepak dengan kawan dia. dengan kawan-kawan aku punya lah segan. bila masa nak berdua macam ni pon tak tau lah! tak boleh nak manja-manja.

- aku je yang kena start text morning, nite, miss you apa semua! dia setahun 15 kali je nak start dulu. tu pon time buang tebiat.


Ada tak anda-anda semua terfikir macam tu para gadis? tak ada? bagus, anda mempunyai hubungan yang stabil, boleh berhenti membaca sekarang. Ada? haha. normal, even aku pon pernah rasa macam tu. haha. Masalah bosan ini memang akan ada walaupun sikit. normal. lain la kalau kau dapat boyfriend yang freaking awesomeeeeee. untung lah you kan. ;D

Bila hubungan dah menginjak ke jangka waktu yang boleh dikatakan lama, contohnya melebihi setahun dua maka jika perkara sama boleh menjadi bosan. Kenapa? sebab perkara tersebut menjadi rutin harian kita. bangun pagi celik mata capai henpon text dia "morning hansome!have a great day okay.ily". tengah hari text lagi "B,jangan lupa makan tau biar you gemok,takde la I nampak hodoh", petang sikit text lagi "suddenly i miss you, wish you were here" lepas tu malam text lagi "Nanite bucuk. tido elok-elok, mimpi indah jangan mimpi basah.ilyfdm". okay ini belum masuk yang tiap 1 jam nak suprise call pulak, sebelum tidur bergayut sejam dua lagi. benda-benda macam ni sedikit sebanyak boleh jadi bosan kalau kita tak kreatif.


okay, cakap pasal point bosan 1st kat atas tu, pasal BOLA. well, aku rasa biasalah, tipikal lelaki semua akan minat bola. tak boleh nak elak, tak boleh kata tidak. but, same goes to us ladies, tipikal perempuan, shopping bagai ada duit 5-6juta. tak dapat shopping, window shoping pon jadi lah. paham tak konsepnya kat sini?sama je lelaki atau perempuan,dua-dua ada satu subjek yang memang akan buat jadi gila. kalau dia boleh lenguh kaki teman anda pusing shopping mall, keluarkan duit sikit belikan baju idaman anda, kenapa anda tak boleh nak luang masa dua jam teman dia lepak mamak tengok bola? bukan susah sangat, duduk dan tengok, orang jerit gol anda pon jerit lah! haha. tips, dah tau apa team feberet nak mati dia, google lah sikit. ambil tahu siapa player team tu, negara mana, lawan untuk liga mana (aku buat benda ni). jangan malas nak usaha sikit. plus, kan boleh tambah knowledge. dan, percaya lah, anda akan nampak sedikit cool di mata lelaki bila ambil tahu pasal bola ni sikit. TAK MINAT TAK BERMAKNA TAK PERLU AMBIL TAHU.

pasal baju? well, biasalah, bukan anda seorang nak nampak elok kat mata pasangan. dia pon sama juga. so bila anda dah puji dia nampak kacak hebat bergaya dengan baju tu, dia akan jadi sedikit gembira dan mulalah nak pakai baju tu jek. lelaki bukan macam kita, dorang tak ada 3-4 gobok yang penuh dengan baju pelbagai kategori. paling-paling pon dorang ada t-shirt dan kemeja. bukan macam kita, ada tshirt, dress lah, top lah hape jadah la kan. plus, lelaki shopping 5-6 bulan sekali, bukan macam kita shopping tiap hari. -.-' so collection dorang tak banyak ye.



pasal polis jadah semua tu?kau pernah dengar kan perkataan CARING?haa..itu lah dia. nak buat macam mana, cara caring dia macam tu, kau kena lah accept kan. dia sayang kau, so dia ambil berat pasal kau, so dia nak ambil tahu setiap inchi aktiviti kau. memang lah bila kau tak text dia marah, or bila kau text 'b,i nak drive pergi kelas ni' dia akan reply 'ok.tc' jek, tapi kau tak tahu dia sebenarnya risau menggelabah takut kau drive menyasor-yasorkan. alaa..lagipon apa la sangat 1sen tu kan nak text bagitau kau nak pergi mana, nak buat apa. tapi kalau sampai tahap pergi toilet, pergi dapur pon kena text, baik kau ikat je diri kau kat dia bagi dia puas hati tau kau buat apa. -.-'

lepak dengan kawan-kawan dia je?ni pon memang kerap jadi. aku pon ada pengalaman apa. :) anda bosan? come on lah, cuba fikir positif, dia sanggup bawa anda lepak dengan kawan-kawan dia, dia tak kesah kena bahan dengan kawan-kawan dia 'eleh.bawa gf je.tak bujang betul'. see, nampak tak kepentingan anda. plus, dia nak juga masukkan anda dalam life dia, bagi anda kenal siapa kawan-kawan dia, bagi kawan-kawan dia kenal siapa anda. plus, anda dah tak payah nak risau dia buat apa je time lepak kan? anda pon boleh je ajak dia lepak dengan kawan-kawan anda. tapi kena ada cara dia lah kan. :)



pasal text tu pulak?anda kenal lelaki kan?mereka memang terkenal dengan perkataan EGO. sikit atau banyak mesti ada. so mereka konon malu segan nak text 'morning baby.i michiu dem much.i wanna meet youuu!', so mereka tunggu je lah anda yang text. dah dapat text anda dia senyum satu hari. memang tak salah kita yang start mesej, penting okay mesej morning and nite. tunjok yang agi-pagi celik mata dia yang kau ingat, dan sebelum pejam mata dia yang kau fikir. tak perlu la nak touching 'eleh, dia tak pernah nak text aku dulu'. dalam hubungan ni, salah seorang kena mengalah, kena ikut rentak yang lagi sorang. terima seadanya dua-dua?bulshit semua tu. nak atau tak nak mesti kena ada satu pihak yang berkorban untuk pihak yang lagi satu. berkorban tak salah, janji kena dengan caranya. kalau kau dengan cara kau, dia nak dengan cara dia, macam mana nak bahagia?kan?


so untuk mereka yang hubungan dah lebih 2-3 tahun, tapi masih belum rasa bosan, tahniah. jangan lepaskan dia. macam bestfriend aku, dah dua tahun dia dengan boyfriend dia, tapi tetap happy angau macam sebulan bercinta, tetap tiap malam buat good night call cakap 'ily,muah muah' lagi. haha. jelous i, entah bila i nak dapatkan. *sigh

untuk yang dah rasa bosan, come on lah babe, what do you expect? happy tiap masa? ini bukan fairy tale, hidup ini ada pahitnya juga. so kau kena la kreatif nak bagi life kau dengan dia tak bosan. contohnya, kalau selalu panggil 'sayang-abang' apa kata tukor pulak 'honey-b' ke. then cakapbila berdua je, depan orang lain kau guna 'saya-awak' je. benda-benda macam tu pon kadang-kadang boleh datang keseronokkan yang tersendiri. kalau date asyik pergi mid valley je, apa kata pergi the mines ke pavilion pulak. tukor enviroment. kena buat-buat macam cara yang kena dengan kau. takkan ;ah nak putuskan hubungan yang dah bertahun semata-mata sebab bosan? dah tu bagi alasan dah tak serasi bersama. bodoh je. dah tu couple lagi, bosan ptus lagi, couple lagi, bosan putus lagi? macam tu 73 tahun pon kau tak dapat nak kahwin. kan.

so kaum sejantina ku,
kreatif sikit okay? fikir dengan logik akal, bukan dengan emosi terlampau anda tu. fahami dia sebagaimana anda mahu dia fahami anda. layan dia sebagaimana anda mahu dilayan. so selamat bercinta! bye.


8 comments:

Unknown said...

perghhh byk gila panduang.. hebat ah.

bosan aa ada awek. gaahahaha
(ayat org tak laku)

am said...

aten the best !!
pinjam eh . am nak share kot ..

Anonymous said...

superb entyr. byase dapat bf kaki bole. solayankan jelaa and amek tahu sal bola. lagi best kalau same same minat <3

Arine Romano said...

i loike(!)

Fatin Razali said...

nub :
hahaha.bosan ade awek?cuba ade bini pulak,tengok bosan ke tak. ;D

am :
hehe.share lah am. :)

iein :
tu lah.memang bonus kalau same-same minat. lagi menarik lain team, boleh gaduh-gaduh manje sikit. ;p

arine :
thanks!

fafa said...

besttt! :D

penulis.sahaja said...

nice one.
x sangka ada counter entri untuk perempuan pula. hihi.

Fatin Razali said...

fafa :
thanks!

penulis.sahaja :
hee~saje. :D