mereka sapa aku tiap kali aku lalu.
lalu di lorong kecelakaan hidup yang penuh dengan manusia dua muka.
sapa 'hoi, nak ke mana tu?' berborak berbual macam dah lama kenal.
berbicara perkara general, perkara sial celakanya hidup.
satu hari aku lalu di lorong itu,
mereka tetap sapa seperti biasa, bezanya aku tak seramah biasa,
hanya mampu senyum angguk kepala.
tiba-tiba aku di makin orang tepi jalan 'ah kau,belagak kau diva!' hanya kerana aku tak ramah berkata.
kau fikir aku apa? manusia tanpa emosi? manusia tanpa rasa sedih di hati?
ya, tiap hari aku gembira melompat teruja,
tapi akan wujud juga satu hari di mana aku rasa mahu mati.
rasa mahu tanam diri sendiri.
kau hanya orang tepi jalan, yang kau tahu hanya generalnya hidup aku,
kau bukan orang yang mengisi cerita hidup aku.
bukan orang yang buat aku masih bersyukur punya mereka.
jadi tolong diam, aku mahu tanya 'kau siapa?' yang mahu hakimi aku?
sumpah aku jelak, boyak, jemu rasa mahu ludah tepat ke sisi hidup kau.
aku punya sisi gelap sendiri, sisi mati hidup ini.
kau hanya orang tepi jalan, jadi tolong diam.
.
2 comments:
hiii...boyak tu apekah?mcm buncit je kan~~~agaagagaga~~~~
bile nk dtg bangi ni.....blnje cool blog~~hii
ecah :
haha.boyak tu same makne dengan jemu lah.
bangi?hoho.jaoh lah.haha
Post a Comment