Assalamualaikum..
Hye Hoi Hui..
Yup, topik kali ni memang dah common sangat kan? tipikal. muak, jemu sudah dengar. tapi aku pun ada point of view dari sisi manusia bernama FatinRazali ni. izinkan saya.
Bestfriend, boyfriend.
dua golongan insan yang tak boleh dinafikan keperluan dalam hidup kita. dua-dua kita perlukan bagi meneruskan keberlangsungan hidup seterusnya menjadikan kita insan yang normal dan sedikit sempurna dengan kehadiran mereka. okay, mungkin boleh dianggap sebagai nasi. walaupun kita cuba diet, elak makan nasi dua tiga hari tapi akhirnya kita tewas bila menghadap nasi panas bersama lauk pauk yang cukup mengancam. macam gitu juga kawan dan teman lelaki, walaupun kadang-kala kita rasa mahu bersendirian, penat menghadap dua muka dunia, tapi akhirnya kita tetap akan mencari mereka.
Bestfriend.
Entah kenapa, dari kecil kelompok kawan aku memang tidak ramai. selalu datang dalam skala yang kecil. aku senang berkawan rapat dengan beberapa orang dan stick selama mungkin dengan mereka. aku bukan manusia yang sering ingin rasa bertukar angin mahu mencari kawan lain. aku ke mana-mana dengan mereka, berkongsi rasa, bergaduh, berbicara bersama. jadi memang dari dulu aku sudah sedar kepentingan kawan baik ini. ya, tidak dinafikan kadang-kadang dalam satu-satu situasi aku terasa 'shit, apasal lah aku tak ramai kawan, susah nak mintak tolong' but then aku terfikir sendiri konsep hidup aku. aku lebih selesa berkawan dalam kelompok kecik, kau faham aku, aku faham kau, bergaduh bertumbuk tanpa rasa kecil hati.
kenapa masih perlu bestfriend bila ada boyfriend? simple saja jawapannya, bestfriend lebih kenal anda berbanding boyfriend anda. dia yang akan pinjamkan bahu bila anda bergaduh dengan boyfriend anda, dia yang akan dengar semua cerita bosan tentang hubungan anda dengan boyfriend tapi masih mampu tersenyum untuk anda, dia yang akan tolong sedarkan anda jika anda terhanyut dalam laut cinta, dan dia juga yang akan jadi orang yang akan ada di sisi anda bila boyfriend-cinta-mati anda itu tinggalkan anda.
bila dengan boyfriend anda mungkin kawal cara tertib makan, ketawa tutup mulut, jalan catwalk, duduk bersimpuh, cakap sopan santun tetapi dengan bestfriend anda boleh duduk terkangkang berehat baca majalah, anda boleh ketawa besar tanpa rasa bersalah, anda boleh jadi diri anda yang sebenar tanpa perlu takut kawan baik anda akan mereject anda.
boyfriend.
bila putus, orang akan kata, 'relax, kau masih ada teman dan keluarga'. katakan bullshit pada mereka, ini kerana mereka tak pernah ada boyfriend atau tak pernah putus. boyfriend dan bestfriend mungkin sedikit sama sisi kepentingannya. tapi kenapa kita masih perlukan boyfriend? ini kerana kita perlukan seseorang yang berlainan jantina untuk berkongsi perasaan. perlukan seseorang yang berlainan jantina untuk rapat dari segi perasaan.
mungkin kau rasa okay, happy hidup single, punya kawan-kawan tapi jangan bohong, mesti pernah terdetik dalam hati kau untuk punyai insan lain yang boleh berkongsi perasaan. kita mungkin rasa sedikit down bila hujung minggu tak ada kawan nak diajak keluar sebab semua kawan sibuk pergi dating. rasa down bila tiap malam kawan duduk bilik bergayut dan kita hanya mampu online di ruang tamu. haha.
okay, andai kata kau single dan masih berkata okay walaupun kau tak ada boyfriend, tapi jangan nafikan, mesti kau ada kawan berlainan jantina yang rapat sedikit sebanyak fungsinya menyerupai boyfriend tetapi munggunakan kata ganti nama yang berbeza sahaja. ada kan?
sebab itu, aku selalu bagi sedikit tips-tak-berguna langsung kepada mana-mana mereka yang ditinggalkan. 'cari je orang lain', mungkin nampak aku kejam tak berhati perut-pergi-mati-la-kau-perempuan tapi sedar atau tidak itu yang kita perlu. kawan-kawan memang sangat membantu bila kita baru di alam single selepas sekian lama berduet tapi kita masih perlukan orang lain. bukan untuk terus gantikan title boyfriend itu, tetapi untuk sama-sama berkongsi perasaan. dan mana tahu, yang datang itu mungkin yang lebih baik untuk anda. :) tak perlu terburu-terburu dalam soal perasaan. jika dia memang jodoh anda, anda tak perlu berlari mengejar dia. :)
boyfriend. bestfriend.
tapi mungkin bonus untuk mereka yang mempunyai boyfriend yang memerangkap sebagai bestfriend. bak kata Jason Mraz dan Colbie Calliet "lucky i'm in love with my bestfriend". itu merupakan bonus yang besar untuk anda. kenapa? anda tak perlu lagi ketawa tutup malau depan boyfriend, tak perlu lagi duduk bersopan santun, tak perlu lagi hipokrit-takut-kena-reject. untunglah bagi mereka yang berada dalam situasi ni. :)
tak perlu banyak kata, hargai dua-dua. hargai selagi mereka masih ada dengan kita, selagi mereka masih mahu melayan perangai kepala kita, selagi mereka masih mahu berkongsi rasa dengan kita. :)
bye!
p/s : 3 minggu lagi nak abes praktikal. yeay! :)
:)
11 comments:
aku pun suka part yg kecik tuh.
enab :
kan? aku lagi suka!
Hehehe. Miera ada bff yang macam bf. Smpai sekarang tak dapat nak terima dia jadi bf. Kesian dia. =,=
miera :
best lah kamuuu. takpe, mana tau tup tap datang perasaan tu. :)
aisy :
haha. yup. sebab diri sendiri yang rasa kot. hahaha
suka post ni and sebakk doh . haha .
tetiba menangis . haha
teeha :
hesh. tak mau nanges sayang.
jadi kenapa kita memerlukan keduanya..kerana ianya melengkapkan hari hari kita dengan gembira suka dan duka..kenapa dah gembira then ada suka..sebab ianya menenangkan kita..
jadi dua dua amat memerlukan..bukan tamak tapi ianya memang penting..
smoker baby :
kan?dalam hal macam ni jadi tamak tak salah rasanya. :)
aah sesekali tamak aper salah nya..baek sangat pon tak guna sangat kat dunia sekarang..hahahaha..
fara suka entry ni :) awesome !
Post a Comment