Thursday, March 17, 2011

.mesin pengukur cinta.

Assalamualaikum..

hey awak, hye kamu..

Hari ni, terjadi lagi satu peristiwa celaka cinta. kawan aku putus dengan teman lelaki dai lepas dah lebih kurang dua tahun. selama dua tahun tu kawan aku ni memang dah tak ada kawan lain, berdua dengan bf dia jek. bf dia pon nampak macam loving, sweet sangat. kitaorang pon suka tengok dorang. but then, bf dia tiba-tiba cakap nak putus sebab dah tak tahan dengan kawan aku ni. selama dua tahun dia pura-pura je sayang. WTH!

then aku terfikir, macam mana lah sebenarnya nak ukur cinta seseorang tu. lelaki yang nampak sweet, yang sanggup guna profile picture dengan gf sepanjang masa je last-last bagi alasan macam tu. Ya Allah, rasa macam kejamnya manusia zaman sekarang. memang dia takde jentik pon, cubit atau pukul pon. tapi dia dah hancurkan hati, bukan setakat hancur, lumat, berkecai siap pijak lepas pijak dia ludah. Apa salah kawan aku tu sampai kena main macam tu sekali?

kalau lah kita ada mesin pengukur cinta, kalau lah kita boleh baca hati, fikiran manusia, mesti tak ada masalah cinta dan tak ada orang yang kecewa kan? tak ada masalah keliru, masalah tak tahu nak pilih mana satu. haihh.. (mengeluh panjang).

lagi satu, please berapa kali nak pesan. jangan mainkan perasaan & hati orang lain. kalau dah kau tak suka, tak boleh nak sayang then jangan act macam kau sayang! tolong. jangan nak stay dengan dia, pura-pura semata-mata kau nak ada gf/bf. lambat atau cepat kau mesti akan dapat balasan. BALASAN. sekarang ni Allah balas cash je, CASH time tu gak kau dapat balik balasan. so pandai-pandai lah kau fikir. kalau kau rasa tak mampu nak ada komitmen, so then dah jangan mengatal nak usha anak dara orang. kalau kau dah ttau kau tak mampu nak ada hubungan perasaan, so then dah jangan nak bagi harapan kat lelaki. tolong eh.

kadang-kadang muak dengor segala macam cerita cinta celaka ni. muak. but then, tetap ni dunia kan? manusia tak pernah puas. berlumba-lumba nak tunjuk siapa lagi cool, lagi hebat, lagi mampu jadi jaguh. pergi mati semua tu.

sampai satu tahap, pernah rasa takut untuk bercinta. takut kan? tapi fikir balik. aku takkan serik untuk bercinta. kita tak boleh nak buat keputusan berdasarkan satu-dua keadaan je. plus, kalau kita tak cuba, mana kita nak tau kan? dia mungkin boleh jadi lelaki paling gampang pernah kau ada atau boleh jadi lelaki yang paling kau puja kau sayang yang inginkan kau setiap masa.

so then kawan-kawan, TOLONG JANGAN MAINKAN PERASAAN ORANG okay?
bye. tc.


:)

4 comments:

d said...

aku cm tekejut taw dak tue clash. die ngn bf die sweet sgt. xphm la.

Teeha Mohd said...

kesian ur friend :(

si ngokngek said...

kesiannya..kejam kan lelaki sampai hati...eii tlg tonyoh muka budak laki tuh

maizatul suraya said...

wahhh! takutlah nak bercinta! HAHA.