Saturday, April 02, 2011

.dunia kejam.

Assalamualaikum..

hye hoi hui..

hari makin hari macam-macam hal jadi kan? yup, mungkin aku terlalu banyak masa terbuang sekarang (sangat banyak) sampai fikir benda yang sepatutnya tak perlu difikirkan lagi. segala macam hal, segala masalah celaka derita dunia kadang-kadang buat kita terfikir "kejamnya dunia ni". kita mengeluh panjang, mengeluh tak berhenti macam masalah-masalah tu semua memaksa kita untuk mati.




dengan segala macam masalah yang datang, kita akan selalu tertanya-tanya pada diri sendiri, pada tuhan, "kenapa aku", "kenapa aku, bukan orang lain". kita mengeluh panjang lagi. aku sendiri sampai satu tahap pernah begini, tertanya-tanya kenapa aku. dan kemudian, seseorang sedarkan dan berkata "kau fikir kenapa kau, orang lain fikir kenapa mereka, setiap orang ada masalah peribadi, jadi berhenti merungut". ya, sumpah masa tu aku terdiam.

setiap perkara yang jadi mesti ada sebab kan? mesti ada hikmah. cuma bergantung pada kita la nak nampak hikmah tu atau tak. dan hakikat sebenarnya adalah, dunia tak pernah kejam. manusia yang buat dunia ni tampak kejam. perangai celaka gampang dua muka manusia yang kadang-kala buat kita rasa sangat letih, sangat penat mahu hadap tahi yang sama setiap hari.



dan kemudian aku terfikir lagi, ini hidup kita, jadi kita yang akan tentukan apa yang kita mahu rasa. jadi, abaikan segala perkara duka derita itu, ya, hati kau sakit di dalam, sakit yang teramat, tapi ada siapa kisah? tidak kan? jadi berhenti bersedih dan senyum. yup, memang susah nak senyum waktu sedih, tapi itu dah jadi benda normal sekarang. aku percaya, berapa ramai manusia di muka bumi ni yang palsukan senyum sengih mereka untuk menutup sedih dalam hati. :)



kita tak tahu bila ajal akan datang, entah esok entah sebentar lagi. we never know. jadi sudahlah, berhenti bersedih, berhenti merungut dengan kekejaman dunia. sementara bernafas, mari jadi orang yang paling gembira. itu angan-angan aku sekarang, mahu jadi orang yang gembira semula. insya-Allah. :)

setiap orang ada fasa turun naiknya dalam hidup kan? kita tak tahu bila fasa turun naik kita. dan bila tiba masanya fasa naik di mana rasa bahagia, rasa gembira tiap masa, hargai la keadaan tersebut, masa tersebut, sebab nescaya, rasa itu tak akan kekal lama. hargai apa yang anda ada masa itu supaya anda dapat pertahankannya. dan jika tiba masa fasa turun di mana anda terluka, sedih, derita, jangan putus asa, teruskan hidup walaupun susah. dari situ juga kita akan dapat membentuk kematangan kita, cara kita berfikir, cara menghadap dunia. tak salah bersedih, tak salah, cuma kena lah dengan jangka waktunya. tak usah terlalu lama. :)



jadi, mari senyum dan jadi orang paling gembira.

:)

3 comments:

H said...

im movin on.

adventure mama said...

life is too short for regrets...let's enjoy it :P

Nurul Shaheedah said...

kadang2 kite kat atas. kadang2 kite kat bwh. jgn sedih2. semua bnde yg jadi ade hikmah kan :)