Monday, April 18, 2011

.perempuan pelik.



pelik sungguh perempuan itu,
bersabar tahan amarah tahan hati tahan tangis dalam jiwa,
berharap satu hari lelaki itu akan memahami dia.

pelik sungguh perempuan itu,
kekal ada dengan lelaki itu siang malam pagi petang,
berharap satu hari lelaki itu sedar akan kewujudan dia.

pelik sungguh perempuan itu,
menyayangi lelaki itu sepenuh jiwa menganggap dia nyawa dia,
berharap satu hari lelaki itu berkata 'kamu oksigen saya'.

pelik sungguh perempuan itu,
sanggup tahan perlian makian dunia berkata bodohnya dia,
kerana cuma berharap lelaki itu cintanya hanya untuk dia.

dan peliknya,
lelaki itu sebenarnya tidak pernah peduli.
tak pernah ada apa dalam hati.

dan peliknya,
rasa dalam hati si perempaun itu takkan pernah mati.

pelik.


.

6 comments:

.:padie_eyla:. said...

pelik. -.- memang.

Yaya Abu Samah said...

peliknya perempuan itu kerana dia tetap percaya pada hati .dan peliknya lelaki itu kerana dia buta tentang hati sendiri. #tetibaje

Teeha Mohd said...

mcm saya jee perempuan pelik tohh

Ana Syanaz said...

pelik itu unik!~teruskan dgn kepelikan itu yg mmbuat anda bebeza:)
aku pon mcm prempuan pelik itu :P

Nurul Shaheedah said...

pelik. dan..


kesian perempuan tu.

.cik aida. said...

baru sedar sy pn pelik.huhu.