Sunday, May 29, 2011

.manusia dabik dada.

muak.

*ludah

kau menjengkelkan.

*jeling tajam


kau dadik dada sini sana,
kau gebang hebat satu dunia,
kau rasa macam kau lah pewaris takhta DiRaja,
kau borak macam kau saja punya idea.

*pandang sinis

kau duduk tegak penuh bangga,
berdiri dadik tayang 6 petak dada,
pandang manusia seolah kau tiada dosa,
kutuk caci maki mereka seolah dia semua hamba.

*pilih batu

ah mengapa tidak kau bercinta dengan diri kau sahaja?
berkahwin dengan poster muka kau sana,
bergomol di ranjang dengan bingkai gambar muka kau tanda cinta,
kau kan hebat suci bersih mulia katanya.

*lempar batu

*terus pandang

baiklah, kekalkan lah ragam kau sana,
manusia mula muak malas sudah ada rasa,
kau boleh gebang boleh borak boleh dabik dada.

ah. mungkin kau lupa,
kau tak boleh tanam diri sendiri akhirnya.
masih perlukan manusia ini semua.


*tersenyum sinis



p/s : pe kejadah aku taip ni pon aku taktau.


-.-'


No comments: