Tuesday, May 31, 2011

.24jam saya bernyawa.

awak,
awak tau tak awak buat saya bahagia?
awak buat saya senyum penuh muka,
buat saya terbang ke langit cinta.
awak buat saya saya lupa kewujudan lelaki lain di luar sana.
awak buat saya rasa hanya saya perempuan dalam dunia.

awak,
awak tau tak awak lagi manis dari gula?
awak bunuh saya dengan ragam sweet awak semua.
awak buat siang hari saya indah belaka,
buat malam saya penuh dengan gelak ketawa.

awak,
awak nak tak hidup dengan saya?
jadi tua sama-sama,
belek kedut-kedut muka berdua,
besarkan anak-anak jadi orang berguna.
jadi pasangan tua paling sempoi romantik manis gula.

awak,
pegang tangan saya selamanya boleh?
simpan jaga kunci hati saya sampai habis nyawa,
kekal berdua sampai akhir nafas kita.

awak,
saya tak mampu janji kita akan bahagia sentiasa,
tak mampu beri keseronokan dunia,
tapi kalau awak mahu saya, mahu jaga saya,
saya janji, siang malam saya untuk kita.

awak,
cukup awak tahu awak perlu ada,
untuk lengkapkan 24 jam saya,
untuk buat saya rasa bernyawa.


:)


5 comments:

Inspirationalefeks said...

cakap : kalaulah emuanya seperti yang kita inginkan, siapalah kita ni kan ? orang biasa yang inginkan sesuatu yang luar biasa...

bujal X said...

awak.

mode jiwang ye~~he~~

perchlorate said...

wauu, dah ada boyfriend baru ke apa neh ? :)

Fina Sophie said...

fatin, bleh tak sy amik puisi ni dan of course saya akan letak link blog awak ni. this is so sweet.. can't help. i love this so much. boleh?

here's my blog : http://sophiesm.com

Fatin Razali said...

inspiration :
errrrrr.....aaaaaa....

bujal :
hahaha. entah lah awak. saya main taip jek.

perchlotrate :
heh..mane ade la awak. takperlu kan bf nak buat benda macam ni. ;)

fina :
hahaha. boleh. thanks coz love it. i appriciate it. :)