Sunday, May 15, 2011

.single bukan sinonim dengan loser.


Assalamualaikum..

Hye Hoi Hui..

ko tengok kanan, kau pusing belakang, kau tengok depan, kau cuba kira berapa ramai manusia yang berstatus single di sekeliling kau? yup, jumlahnya memang sedikit berbanding dengan jumlah manusia yang berpasang-pasangan berkasih sayang bagai tu. entah kenapa, aku tengok zaman sekarang ni ramai sangat manusia (perempuan terutamanya) yang terasa sangat loser, terasa forever alone bila berstatuskan single.


ye, aku paham, kau mesti terfikir, berjuta-juta manusia kat muka bumi Allah ni dan aku masih single? oh damn no. tak perlu kot rasa macam tu. tak perlu desprate sangatlah nak berboifren girlfren ni. jangan sebab orang lain ada bf/gf kau pon nak jugak. apa kata kau nikmati dulu zaman single kau tu dengan cuci-cuci mata buat pemerhatian jodoh macam mana kau nak dan dalam masa yang sama perbaiki diri tu sendiri supaya ada orang yang berminat nak jadikan kau tu jodoh dia.



untuk yang baru lepas break off, dan paling bullshit bila tengok ex kau dah move on dan dapat penganti sedangkan kau masih stuck hari-hari pikir kenapa clash. mesti kau rasa nak carik penganti gak kan? hadoi. lupakan je lah niat tu. apa kata kau nikmati lah hidup single tu, kau perbaiki diri, tengok kat mana silap sampai boleh terputusnya hubungan cinta kau.

aku faham, alasan kau sunyi, alasan kau nak seseorang. so come on lah, single kan? jadi kau bebas untuk berkawan. time ni lah kau boleh nak sebey-sebey mamat mana sesuai jadi imam solat kau, perempuan mana sesuai jadi ibu kepada anak-anak kau kan. sejak bila pulak ada peraturan kalau single tak boleh nak flirt around kan? mingle around, luaskan pergaulan. kenal lagi ramai orang.

tak salah jadi single, memang bukan satu kesalahan pon. manusia sekeliling yang anggap tu satu kesalahan. macam berdosa besor sangat bila tak ada bf/gf. "hah,ape?kau single. tipu lah tu". hello, come on. aku tak malu jadi single dan aku tak malu nak mengaku kalau aku ada bf. abaikan jek kata-kata orang sekeliling yang konon anggap menjadi seorang yang single ni satu kesalahan yang harus dipandang berat.

dan bagi aku memang kau sendiri sesuai jadi single kalau kau sendiri masih tak mau ada komitment, kau masih selesa bergerak ke sana ke sini seorang. plus, aku rasa kau memang patut jadi single kalau emosi kau sendiri pon kau tak dapat nak kawal. siapa cakap ada bf/gf ni senang? tanggungjawab tu tetap ada, komitment tu memang perlu, so kalau kau sendiri tak bersedia untuk benda-benda tu jadi berhenti complain kenapa kau single. bagi aku better jadi single dari kau couple sebulan dua dah putus sebab konon tak serasi apa jadah haram semua tu. simpan hati anda tu untuk orang yang layak. simpan cinta anda itu untuk manusia yang memang tahu cara menghargainya.

lagipon, Allah memang dah ciptakan segala benda kat muka bumi Dia ni berpasang-pasangan. Sudu ada Garfu, Meja ada Kerusi, Langit ada Bumi, jadi insya-Allah Kau ada Dia. cepat atau lambat jodoh kau pasti akan tiba. mana tau orang yang tak disangka-sangkakan? Jangan pertikaikan janji Allah. berdoalah agar kau dapat Jodoh yang baik, berdoalah semoga jodoh itu berkekalan jugak.





jadi, tak perlu lah nak touching emo sangat kalau kau single. relax sudah.


ktanxbye.

3 comments:

Mayhem said...

wat dehel...ini mmg terbaek, yeah..
gempak giler ayat2 motivate org yg single.... :D

Syisyi said...

Betul betul!
Im single.but happy

Suka ayat ni:
Its better to be single yet inspired
than to be in a relationship yet confused.

shedevil said...

omaiii. terbaik! aku kini juga sudah single :D

rase a bit like a loser n forever alone but bl bc ayat2 ko yg memotibasikan ni, jadik cool dah :)

haha. tanx!