Saturday, May 14, 2011

.review : KONGSI.







Aku rasa satu Malaysia tau ni cerita apa kan? dengan promotion dia yang agak meluas, maka ramai lah yang teruja dengan filem ni. Aku baru berkesempatan tengok filem ni malam tadi. Tapi sebelum nak tengok tu memang dah ramai lah yang cakap-cakap "tak payah tengok, tak best, sucks, ending tergantung, and whatsoever". So kat situ aku dengan kawan-kawan aku dah sedikit down, tapi takpe, kita tengok je lah dulu, lain orang lain cara dia kan. dan selepas tengok, sumpah aku nak jerit "FUCK YOU" kepada yang cakap kongsi tak best.

Bagi aku Kongsi filem yang seronok. aku penat gelak, aku tak sempat nak rasa bosan. Memang lah cerita tu sekejap je, satu jam 20 minit aku rasa. tapi tetap seronok bagi aku. Aku confirm, siapa yang cakap Kongsi tak best tu mesti dalam panggung buat keje lain. raba-raba pelok-pelok yelah sejuk kan dalam panggung tu yang tak sempat nak fahamkan cerita tu macam mana. dan apa yang susah na nak faham plot cerita? susah na nak paham kenapa itu kenapa ini? bagi aku satu jek masalah orang Malaysia ni, suka sangat complain.

mari kita bincangkan beberapa pertikaian pasal cerita ni.

1 - Plot/Sinopsis
- susah sangat ke nak faham kenapa sorang g Malaysia, sorang g India, sorang g Jepun? hadoi, Kempedu tu ketua kongsi gelap paling berpengaruh kat Thailand kononnya, so dia hantar budak-budak dia kat tempat tu untuk hura-harakan kongsi gelap kat negara yang dihantar tu. dan itu menjawab persoalan kenapa Temulak tu bunuh budak-budak geng kongsi gelap 1 M'sia tu. Geng 1 M'sia tu (Pak Maliki, Jimmy & Victor) tu leader kongsi gelap paling berpengaruh, kau sendiri tengok lah sampai polis pon kenal macam tu. dan kau cakap kenapa Temulak pegi M'sia? sebab ada Sharif bin Sahrifuddin tu. Dia berdendam dengan si Sharif tu sebab tak bagi dia menang masa lawan tomoi dan sebab dia kalah lah dia kena jadi hamba Kempedu sampai mati.

mana dia dapat kete biru lawa tu? hadoiyai, kalau dia boleh bunuh orang tetak orang, setakat curik kete ape ade hal kan? kenapa dua waja tu dilayak sampai habis dan evo tu relax takde calar? come on, bajet filem M'sia tak begitu tinggi untuk memusnahkan sebiji evo tu begitu sahaja. satu balai polis hanya dibekalkan sebijik jek evo tu. plus, time kejor-kejor kan waja yang kat depan kan? kat situ dia nak tunjukkan yang kete M'sia tetap the best. paham?

2 - Camera Study
- bagi aku satu kelemahan cerita ni cuma dekat camera. itu jek. aku perhatikan camera akan fokus kepada orang yang bercakap sahaja dan banyak shoot yang kabur. itu Farid Kamil je lah boleh jawab kenapa kan. dia banyak gunakan shoot MCU (medium close-up) untuk scene bercakap dan wideshoot lah untuk action kan.

3 - ending tergantung
- apanya yang tergantung pon aku tak paham. ending macam mana yang korang nak? we talking about movie, movie mesti ada mesej. biasalah, mesej tipikal orang jahat mesti kena tangkap juga. so same goes to this movie. Temulak yang hebat tu last-last kena tengkap jugak. hah, apenye lagi yang tergantung? kenapa polis nak tangkap dia? gila kau dia dah bunuh berapa orang dah tu nak biorkan jek lah?

4 - aksi lawan-lawan, kejar-kejar
- biasalah, cerita pon pasal kongsi gelap kan? fushoo lah mesti nak ada part berlawan part berkejar part bertumbuk. satu fakta yang korang harus tau, semua aksi stunt dalam cerita tu pelakon buat sendiri okay. part tergantung-gantung apa semua tu. korang ingat ramai ke pelakon Malaysia yang nak buat stunt sendiri? dan pelakon Kongsi memang wajar ditabik. tau nak mengutuk si polis Olla tu boobs bergoyang time kejor Temulak, bodoh je kau. Perempuan mana yang berlari boobs tak bergoyang? pfttt~

5 - skrip
- skrip cerita ni bagi aku mantap. tak perlu ayat belit-belit sangat lah ntok pahamkan apa yang dia cuba nak sampaikan.

6 - watak perwatakan
- bagi aku watak-watak dalam tu menonjol. Temulak tu tak payah nak cerita lah kan. watak Sharif bin Sharifuddin (fizo) bagi aku tak annoying. selalu kan kalau watak-watak polis muda ni mesti annoying kan? plus, watak isteri Sharif bin Sharifuddin (Fida) tu menonjol kot walaupun sekejap jek. watak Mikail (azad) sangat funny! ahli kongsi gelap yang gelabah. haha. watak Olla, Yati dan Boboy pon menonjol. Boboy dia punya pengenalan watak agak menarik, baju set pink dengan bunga jadi sanggul. haha



dah. ape lagi yang korang tak paham lagi? meh aku terangkan.

sumpah aku tak faham kenapa nak cakap tak best, tu lah orang Malaysia, tau complain jek. cube suruh kau buat filem, kite tengok macam mana. dan lagi satu, masalah yang aku nampak bila orang yang taktau pape pasal macam mana proses buat filem nak complain pasal filem. nak complain pasal kenapa camera shaking kenapa tu kenapa ni. dan kau patut tau buat satu produksi ni bukan benda yang mudah, lagi-lagi dengan bajet yang rendah.

aku bagi 9.5/10 ntok kongsi.
ada pape masalah?


ktanxbye


9 comments:

~SYAZ~ said...

erm~
ni yg makin membuak2 hati melonjak2 perasaan ni nak tengok cite kongsi..
tulah! syaz perasan, ramai jugak yg bagi komen negatif lepas tengok cerita ni..
sebab lain orang lain taste nye..
yg penting esok syaz nak pergi tengok cerita tu..
weee~~ ^_^

Fatin Razali said...

syaz :
heee~ g al tengok eh then nilai sendiri k. then bagitau lah best ke tak. :)

HDS voice said...

perghhh thank god ko bwt review nih...
ak dah cam agak terpengaruh gak r ngan org yg kate kongsi cam harammm..
(ok. ak sedikit bingai disitu~)
pangkah gile org yg suke menilai filem melayu mcm tuh..
(tp rasenya mostly org melayu yg mcm tu kn??)
heshhLa...
fine. ak nk g tgk kongsi..

Fatin Razali said...

HDS :
haha. kau tengok lah dulu, then bagitau kat aku best ke tak k.

miaishika said...

takde chance lagi nk tgok~~Huhu.....bakal ketinggalan la nk tgok cite ni~Huhu

Fatin Razali said...

ecah :
bz keje lah tu. takpe, kanga de mase g la tengok.

Syafiq said...

and i guess u are good at making movie?suke2 ko je nak carut kat org yg x setuju dgn ko?

wawa zainida said...

hahahah..bagus!!!
siap boleh citer sal pembikinan filem ag...budak media laa katakan..

Semanto said...

hehe...cakap Fuck U tu tak tahan tu...it's like everyone else stupid and i'm damm good in making movie review...haha...