Thursday, June 30, 2011

.puisi cinta.





mereka tanya bagaimana aku hasilkan puisi cinta?
adakah aku punya cinta baru lupakan yang lama?
haha. aku hanya mampu tertawa.
kau terlalu mudah meneka.


tak perlu ada kekasih hati untuk taip puisi cinta.
tak perlu ada pengalaman berjuta mahu dikongsi sama.
apa yang kau perlu hanyalah rasa.
rasa apa? rasa cinta.


rasa cinta terhadap si dia.
rasa cinta yang buat kau senyum cecah telinga.
rasa cinta yang buat kau orang paling bahagia dalam dunia.
rasa cinta yang buat kau hidup selama-lamanya.


ya. kau hanya perlu rasa.




2 comments:

Amiey White said...

Indeed . amiey juga begitu menulis persis perempuan jalang tapi salah ke kita melacurkan diri dalam penulisan .
hanya meletakkan perasaan di dalam kehidupan mereka bukan nya meletakkan diri.

setuju dengan ini . :)

Fatin Razali said...

aimey :
ayat anda indah sehingga saya membacanya berulang kali.

betul. kadang2 hidup ni jadi sukar semata-mata terlalu fikirkan "nanti apa orang kata" kan? #sigh