Thursday, August 04, 2011

.teh o ais.


teh o ais dua!
ah menu mudah untuk buka selera,
supaya senang buka cerita.

cakap-cakap, cerita-cerita,
tak perlu ramai tak perlu berlima berlapan,
cukup kita berdua bercerita adat dunia,
ah itu pon sudah sampai merah mata.

filem, fesyen, ragam manusia?
ah kau senaraikan apa sahaja itu lah topik kami berdua,
tak perlu master tak perlu phd eh pendapat kami boleh pakai apa.

ah sudah cukup kenangan itu semua.
kadang-kadang aku rasa kau dan aku adalah individu yang sama,
bezanya dalam jantina yang berbeza.
sebab itu lah kita tak boleh bersama walaupun dah puas cuba.

jangan risau,
kau tetap kegemaran aku oh teh o ais.


:)


2 comments:

tyka dins said...

mamak style :) teh o ais kurang manis satu !!! :)

Fatin Razali said...

@tyka :
teh o beng so! :D