Monday, August 01, 2011

.tawar hati.


Assalamualaikum..

Dalam dunia ni kau akan menghadap pelbagai benda, pelbagai keadaan, pelbagai perasaan dan pelbagai ragam. setiap satunya akan mewujudkan menimbulkan satu tindak balas perasaan dalam diri. namun bila dah selalu berlaku apa yang terjadi? bagi aku, ia akan menimbulkan satu perasaan TAWAR HATI.

pernah tawar hati tak? rasa dah malas nak cakap apa-apa sebab dah muak nak hadap masalah yang sama setiap hari setiap kali setiap waktu. muak kan? sangat muak. mulut dah berat nak mengeluh nak maki si polan yang buat hati kita macam kad gores dan menang. sudah malas nak menangis beriya tanda protes kepada si polan. jadi apa yang kau lakukan? keraskan hati, angkat ego letak atas kepala dan tak pedulikan si polan. anggap dia bukan siapa-siapa padahal dalam hati kau memberontak.

ianya serupa bila kau makan chicken chop atau laksa johor tapi tawar. tak ada apa rasa walaupon setitik. begitu lah rasanya bila kau tawar hati. kau dah malas nak rasa apa-apa. kau hanya biarkan perasaan itu berlalu pergi. tidak, tawar hati tak bermaksud marah, tak bermaksud benci. tidak sama sekali. kau cuma tawar hati oh mungkin bersertakan perasaan kecil hati yang amat sangat.





tanya aku apa yang perlu dilakukan jika tawar hati? serupa ketika kau sedang makan dan masih berniat mahu makan. maka jika kau dapat chicken chop yang tawar? maka tambah lah sos lada hitam. dapat laksa johor yang tak umphh? tambah lah kuah ikan. begitu juga dengan hati kita. jika kau berniat mahu teruskan, maka tambahlah perasaan suka, sayang, gembira kembali. oh mungkin perasaan rindu juga dapat membantu. dan jika kau benar-benar sudah muak sudah penat, maka berehat lah. tenangkan sebentar hati itu.


dan aku masih percaya, kebahagiaan dan kegembiraan datang dan pergi. jadi jika kau sedang merasainya, sila hargai.


:)



2 comments:

tyka dins said...

aku hampir mati kalo bilang masalah. tapi sujud syukur kerna beri peluang walau derita bertambah2. aku redha .:)

Fatin Razali said...

@tyka :
redha menerima nasib yang mendatang. usaha sudah, tinggal tawakal saja.