Tuesday, December 27, 2011

.perempuan.



perempuan,
sudah sejak azali lagi sisinya selalu rumit,
sukar difahami sukar dimengerti.
tampak lembut namun hatinya keras,
degil sekeras egonya si lelaki.

perempuan,
kalau dia benar sayang sampai mati dia mahu kau jadi bayang,
dia butakan mata setakat salah kata,
dia abaikan saja jika kau carik hati dia,
sebab bagi dia bila kau dia cinta, apa saja dia sanggup terima,
kau remuk kau pijak kau baling hati dia, dia akan senyum sahaja,
sebab apa? sebab dia cinta.

tapi perempuan,
sekali hati dia terdetik "aku penat" itu tanda kau hilang bayang,
sekali dia sudah mahu berhenti, setakat rindu kau takkan mampu buat dia berpaling.

perempuan,
bila dia ada tak banyak yang dia pinta,
hargai dia, cintai dia, jaga dia selagi dia ada depan mata,
sebab bila cinta kau sempurna, kau akan buat 24 jam dia bernyawa.


No comments: