Tuesday, December 27, 2011

.racun dunia.


dunia beginilah rencamnya,
siapa lagi kuat suaranya akan di atas sana,
siapa lagi cerah warna kulitnya akan kaya,
siapa lagi berharta akan jadi raja,
ironinya memang akan begitu.

otak yang bijak takkan dapat membantu,
takkan dapat buat kau disanjung,
otak penipu, yang itu yang kau perlu.
belit putar sana sini nah selesa kau disitu.
kejujuran tidak lagi perlu.
dunia tak mahu orang jujur,
dunia perlu orang bijak menipu.

diherdik dicaci maki itu makanan harian,
dihentam dipijak ditolak ah itu kebiasaan.
kau penat duduk bawah?
maka jana otak jadi penipu.
atur strategi satu persatu.
nah tiba-tiba saja duni mahu jilat najis kau itu.


No comments: