Tuesday, December 27, 2011

.urusan dunia.


#termenung

#senyum sendiri

aku masih lagi perempuan biasa. yang kadang kala sudah muak dengan perangai durjana arjuna. ya muak, rasa mahu dimaki diabaikan saja. penat sudah hati dirosak dikacau bentuknya. tampak saja ada garis bahagia di muka tapi di hati mampu kau teka? tak. tak akan. memang kau takkan mampu teka. bukan mudah untuk ditebak rasanya.

lelaki patut sedar perempuan ini tidak serumit mana. asalkan kau tahu langkah0langkah jaga hati dia nah hidup kau akan aman sentosa. ini tidak, kau lelaki 24 jam jenuh kau tatang ego besar atas kepala? untuk apa? buktikan kau hebat kau raja? kami perempuan sudah lama tahu hakikat itu. kau raja dan kami pemaisurinya. jangan lupa.

#senyum sinis

jadi dengar sini kaum adam budiman, apa kata kita mudahkan sahaja urusan dunia kita? kita dicipta untuk saling melengkap. kau faham aku, aku faham kau. hormat bezanya kita, hargai apa yang sama. yakin dan tidak bercabang antara kita berdua. aku percaya jika ini yang kita amalkan nescaya romeo akan tetap memuja juliet, Cinta akan terus kekal dengan Rangga dan kau akan terus ada di sisi aku.


No comments: