Wednesday, February 08, 2012

.merajuk.

Assalamualaikum,

hye hey hui hoi.

okay dah lama tak menulis penulisan panjang. anggap saja aku sibuk menguruskan kerjaya. entah kenapa mahu menulis mengenai isu merajuk. alah, masalah biasa dalam rumah tangga kan. masalah yang memang dari dulu menjadi isu dua jantina. tak pernah ngam tak pernah padam.

Merajuk? sering saja dikaitkan dengan golongan perempuan. ya aku sendiri sebagai perempuan mengakuinya. nak buat macam mana, dah memang lumrahnya golongan perempuan terlalu mudah merajuk. kerap sangat ikut emosi, mana pernah nak pikir panjang. tau bila dah sentap terus merajuk. Persoalannya sekarang berapa lama merajuk tu, tahap kesukaran nak pujuk dan kegigihan seorangf boyfriend nak pujuk.

Wahai seorang girlfriend, kau jangan nak asyik merajuk jek. Sekarang ni zaman urban golongan lelaki dah makin bijak. Kalau zaman dulu yelah dia nak layankan jek, nak pujuk kita. Zaman sekarang jangan harap, dorang dah ada konsep sendiri. Konsep dorang "kalau makwe merajuk biarkan jek. penat merajuk dia datang cari kita balik". cisss. bullshit sangat. Rahsia kaum perempuan dah terkantoi di situ. Malang sekali bagi kita, sebab tiap kali merajuk kita sendiri yang akan stress. kita sendiri yang akan rindu dia. Mengada betul kaum perempuan ni. Tak paham betul aku.

Jadi sebagai kaum perempuan, jangan kerap sangat merajuk. Merajuk pada benda yang perlu sahaja. Lelaki ni tak berapa nak tajin nak pujuk, senang kata dorang akan buat tak paham jek bila kita merajuk. Tapi kesian gak lah kat dorang, kau ingat dia mesin pujuk kau ke? dorang pon reti penat jugak.

Aku sendiri sebagai perempuan yang kerap merajuk akui agak sukar nak tahan diri dari merajuk. Al-maklum lah kononnya hati tisu. Dapat pulak kekasih hati tak rajin nak pujuk, hah lima belas tahun lah tak bertegur. Cadangan aku, pujuk sahaja hati sendiri. Rindu dia kan? Jadi cari dia dan mintak maaf sahaja. memang lah kalau nak ikutkan salah dia, tapi biarkan jek. Biarkan dorang simpan ego dorang tu.

Tapi apa yang aku nak pesan kat sini, jangan merajuk lama-lama. Kalau bf/gf kau boleh merajuk lebih dari tiga hari itu bermakna ada yang tak kena dalam hubungan kamu berdua. Aku cadangkan baik tengok apa yang tak kena tu. Kalau benar sayang, kau takkan merajuk lama-lama atau kau takkan biarkan dia merajuk lama-lama. Kalau kau mampu bertenang jek tanpa rasa rindu tu aku cadangkan baik single jek lah.

Jadi kaum girlfriend sekalian,
KURANGKAN MERAJUK.

semoga berjaya. till then, take care :)


No comments: