Monday, July 23, 2012

.perempuan dan perkahwinan.

Assalamualaikum.

Entah kenapa lately ni aku asyik ditiup dikecohkan dengan isu perkahwinan. Mungkin sebab aku dah grad, dah kerja, umur pun dah 24, apa lagi yang mahu di tunggu kan. Emak pon dah dok membebel bila lagi aku nak bawak balik calon.

Perkahwinan. Entah, sungguh kalau dalam hal diri aku rasa tiada masalah langsung untuk berkahwin. Alhamdulillah aku boleh memasak, mengurus isi rumah, jaga budak kecik, apa lagi yang diperlukan? Mungkin kematangan diri? Insya-Allah kematangan ini sendiri akan datang dengan rasa tanggungjawab bila kita mahu berkahwin.

Soal calon? Jika dulu asal waktu balik kampong jek mak cakap pasal kahwin, aku mula tunjuk tanda protes. Kini, bila aku yakin aku dah jumpa calon yang tepat, mungkin isu ini makin realistik. Cumanya, nasib tak menyebelahi kami. Nak kawen bukan seposen dua ye dak.

Aku bukan mahu berbicara isu peribadi aku dan perkahwinan. Apa yang ingin aku bicarakan di sini adalah perempuan dan perkahwinan. Zaman sekarang wujud dua jenis perempuan dalam hal perkahwinan ni. pertama, wanita bekerjaya yang baginya perkahwinan itu hanya sesuatu yang menyusahkan. Kedua, perempuan yang gatal mereyam nak berkahwin.

Berbicara mengenai isu pertama, ya wanita bekerjaya yang hanya menganggap perkahwinan itu sesuatu yang menyusahkan. Baginya apa motif berkahwin punya suami punya anak sedangkan dia sudah mempunyai kerjaya yang mampu memberikan dia segala. Soal kesunyian bukan lagi satu masalah bila duit mampu menutup kesunyian tersebut. Bagi perempuan sebegini perkahwinan hanya akan membataskan masanya dan pergerakan dirinya dalam membina kerjaya. Mohon dijauhkan umat islam dalam hal ini. Nabi tak mengaku umat jika kita menidakkan perlunya perkahwinan.

Isu kedua dimana perempuan yang gatal mereyam tak sabar nak berkahwin. Berkahwin ini bukan sekadar kau dah cukup duit kau dah boleh kawen. bukan. ya, kau punya kerjaya, pendidikan yang setara, tapi cuba belek diri dalam hal rumah tangga. Pandai memasak? Pandai mengurus isi rumah? Pandai menjaga bayi? Mampu urus hidup orang lain?

Siapa kata memasak itu tak penting dalam perkahwinan? Lama mana suami mampu bertahan makan luar, upah orang gaji untuk memasak. Setahun paling lama tiga tahun. Selepas itu suami mula muak dan mulalah kes 'makan luar'. Bila berlaku kes sebegitu pihak lelaki yang disalahkan curang. Tak pandai memasak tidak mengapa, tapi usaha nak belajar tu mesti ada. Bukan sibuk nak kahwin tapi bila emak memasak kau tu masih sibuk bergolek kat sofa tengok tv. hello, ada akal guna boleh tak? Si perempuan juga sekurang-kurang sudah mampu nak uruskan hal rumah dan mampu jaga suami. Walaupon dah bercinta bertahun konon dah kenal dia takkan sama dengan duduk serumah. Bila dah duduk serumah baru kita betul kenal perangai dia macam mana. Siang malam kita hadap muka dia jek. Awak rasa awak mampu buat? Selain tu, bila nak berkahwin ni sekurang-kurangnya dah mampu kawal emosi sendiri. Kahwin ni bukan macam couple, asal merajuk jek awak mintak putus. Talak ada 3 jek cik kak. Kalau emosi sendiri pon tak boleh kawal, macam mana nak hadap egonya si suami nanti. Syurga kita pon dah berpindah ke tapak kaki suami. Bila berkahwin juga kita dah kena sedar keutamaan kita bukan lagi keluarga kita, tetapi suami. Bila suami kata tiap kali raya balik kampung dia, kita perlu turutkan. Bukan merajuk dan balik kampung sendiri. Kita perlu sedar di mana kedudukan kita.

Perkahwinan bukan sekadar dah cukup duit atau tidak. Ia lebih daripada itu. Jadi kalau anda dah sanggup gatal nak kahwin, dah jumpa calon sesuai, maka siapkan lah diri dengan cabaran selepas perkahwinan pula. Moga ia menjadi satu-sayunya perkahwinan dalam hidup anda. Amin.


No comments: