Monday, July 23, 2012

.exes can't be friends.



"exes can't be friends, not if the love was real"


Siapa setuju? Serius, bagi aku, aku memang takkan berkawan dengan ex-bf aku. yeah, takkan. memang aku takkan percaya perkara 'takpe, kita still kawan kan?'. damn no. aku sendiri pernah cakap dengan ex-bf aku 'i won't be friends with my ex-bf'. yeah, seriously.

kita memang tak boleh berkawan dengan bekas kekasih kita, tak boleh nak sekadar berkawan dengan orang yang pernah (atau masih) kita gila sayang cinta setengah mati. kita memang tak boleh nak berkawan dengan dia kalau kita memang betul-betul cintakan dia, sayangkan dia. Kalau masih boleh berkawan, sama ada perasaan cinta dulu tak pernah ada atau awak sebenarnya masih mengharap pada dia.

bagi aku sendiri, sebab utama kenapa kita tak boleh nak berkawan dengan ex kita, sebab sah-sah kita memang akan ada perasaan tu lagi, kita akan masih ada konflik jiwa dengan dia kalau kita terus berkawan. kau akan cemburu dia dah mula menunjukkan hint nak cari penganti kau, kau akan mula stalk hidup dia, mula rasa cemburu marah dalam hati tengok dia gembira jek takde kau di sisi. hell yeah.

dan bila kau atau dia mahu move on, seeing someone else, kalau anda berdua masih berkawan, nanti mula lah akan ada soalan-soalan 'siapa dia tu?', 'mana kenal?', akan ada rasa-rasa cemburu kepada pihak yang belom berjaya move on tu.

sebab tu bagi aku, lepas dah clash, baik putuskan hubungan tu, diam tak payah gatal nak contact, kalau tak keadaan akan jadi lebih complicated. contohnya, kau dah sedikit move on dan ada orang lain yang sukakan kau, tapi dalam masa yang sama kau sendiri masih contact dengan ex kau. confirm kau konon rasa serba salah lah, rasa taktau nak pilih mane satu lah, padahal sebelah pihak tu memang sah-sah la ex kan. bunguk.

bila bicara pasal soala cinta soal perasaan ni memang selalu jadi rumit kan walaupun sebenarnye benda tu simple jek. manusia punya hati yang berbagai-bagai, dan itu lagi merumitkan keadaan. manusia sendiri tak pasti apa yan dia mahu dalam hati kan.

secara jujurnya, bagi aku, aku sendiri takkan berkawan dengan 2 orang ex-bf aku, yeah, dorang tau siapa dorang. even aku dari form 3 dah menggatal ada bf, tapi sorry to say, bagi aku cinta monyet zaman sekolah tu aku tak anggap sebagai bercinta. sebab tu aku masih boleh berkawan dengan ex bf zaman sekolah. haha. aku sendiri rasa, aku betol bercinta sepanjang 24 tahun ni hanya 2 kali. yeah, pertama ex-bf dari form 6 sampai lah 1st year kat ukm. time tu im so in love. aku tak berkawan dengan lelaki lain pon. hidup aku cuma berkitar kat rumah, sekolah dan dia. yeah, 3 tahun. putus macam tu jek. salah aku, yeah, sah-sah salah aku. :) dan ex-bf kedua, rasa semua pon tahu, encik lebah, even setahun, dia mampu buat aku rasa bahagia, yang pasti, memang takkan berkawan dengan dua mahluk ni.

dengan skandal? haha. jujur lagi, aku tetap boleh berkawan dengan bekas skandal-skandal aku. haha. kenapa? ternyata sebab perasaan cinta tu tak ada. sayang je yang mampu ada. lagipon, tak ada ape-ape perjanjian kan. perlu ditekankan disini, jahat-jahat aku pon, aku tak reti nak pasang dua eh. serabot kepala kot kalau ada 2 orang yang nak dilayan. sebab tu aku sangat kagum dengan playgirl dan playboy di luar sana.

okay, kembali kepada topik, sebenarnya hak korang lah kan nak berkawan dengan ex ke tak. ada jek yang masih boleh berkawan dengan ex. tapi korang tak rase awkward ke? kena panggil nama formal dia balik lepas dah berapa lama kau panggil dia dengan nama manja korang. mungkin ada yang mampu lah bersikap profesional dalam benda macam ni, tapi bagi aku, aku memang tak boleh. haha. kesian aku.

Kagum dengan mereka yang masih mampu berkawan dengan ex. Lagi kalau jenis yang melepak sekali. Kau tak rasa akward ke tengok ex kau melepak bawak makwe lain, bergurau senda dengan makwe lain depan kau. Kalau ye pon cinta tu dah takde, masih akan rasa pelik.

Tak berkawan dengan ex tak bermaksud bermusuh. Tak. Cuma memilih untuk kembali ke kitaran pertama kembali iaitu strangers. Tak salah rasanya. Buatpe nak awkwardkan diri berkawan dengan ex. Lagi kalau dapat ex yang jenis memang ego besor atas kepala. Tak payah bodohkan diri sibuk nak berkawan dengan dia sedangkan dia yang buang kita. Jangan, Jangan bodohkan diri begitu sekali.

Masing-masing ada pendapat sendiri kan. Boleh memilih untuk terus berkawan dengan ex atau mahu jadi strangers kembali dengan ex. itu semua terletak di tangan anda.


2 comments:

Monica said...

Hi views did you know there are spell to win love back from an ex. I have done it. I love reading about relationships and how to make them work, how to better the relationship, and how to keep the spark alive, even how to talk to them a certain way to get them to think a different way about the situation and you. If you need advice or want to win your ex back, try this: augusmimi789@gmail.com copy and message on the following (augusmimi789@gmail.com )It will change your mentality and get you what you want.

Unknown said...

Klau ex kta msih syang dn rindu