Monday, July 30, 2012

.syukur punya dia.


#senyum

Duduk berdua tenung mata dia. Dalam hati berkata, syukur punya dia. Dia yang memang aku cinta. Dia yang aku mahu habiskan masa sampai habis nyawa. Ya, orang kata kalau tengah angau memang begitu rasanya. Nampak yang baik sahaja depan mata. Tapi yang ini, aku pasti, angau yang ini masih lagi jejak kaki ke bumi berpegang pada realiti. Bukan angau yang ikut mimpi.

Jika dulu bila bicara tentang perkahwinan pantas saja aku nafikan aku cebikkan. kini dengan dia, betapa aku berharap masa cepat berlalu dan jodoh dan rezeki menyebelahi kami.

Dia mungkin nampak biasa di mata mereka. Di mata aku, di hati aku, sungguh istimewa kedudukan dia. Kesabaran dia melayani tiap panas baran, tiap cerewet, tiap emosi aku sungguh mengkagumkan. Dia buat aku rasa aku tak layak bersama dia. Dia buat aku tak mahu lepaskan dia.

#seka air mata

Ya, aku memang bukan jenis kekasih yang akan beritahu 'aku cinta kau' tiap hari tiap saat. tapi kau sendiri harus tahu apa dalam hati aku, apa mahu aku. Jangan pernah penat dengan aku, kerana aku takkan pernah penat cintai kamu. Tiap kali tenung muka kamu, buat aku yakin kau yang aku mahu. Kau yang akan jaga aku, pimpin aku, bimbing aku.

Maafkan aku, aku memang bukan kekasih yang terbaik. Emosi tak menentu, tidak selembut sebaik perempuan di luar sana, perangai tak tentu hala. Maafkan aku. Terima kasih sebab terima aku seadanya, tak pernah cuba sedetik sekali pon untuk ubah apa yang ada. Kau buat aku gembira jadi aku.

#terdiam

Mata kamu, senyum kamu, gaya kamu, pelukan kamu, segalanya tentang kamu akan selalu jadi kegemaran aku. 

Terima kasih sayang. Syukur saya ada kamu. Sayang kamu tahu.

:')






2 comments:

aenmatderis said...

this is cute!

waa...semoga rezeki dan jodoh menyebelahi kalian.amin.

master jedi said...

uwekkkkk... pui.. pui