Friday, September 14, 2012

.pelangi hati.


ramalan cuaca kata,
hujan di Kuala Lumpur sepanjang hari,
cerah di barat sana,
dan mungkin panas terik di selatan dunia.

ramalan hati kata?
cerah di segenap jiwa,
terbit pelangi tanda bahagia,
cuma mendung datang jengah kadang saja.

angin sepoi bahasa,
petanda selesa bila kau ada dalam jiwa,
jangan risau bila hujan tiba,
itu tanda kita pasangan biasa,
yang tetap mahu kekal sampai tua.

pelangi warna warni,
cantik tersusun ikut diri,
pinta kau jangan pergi,
jangan wujudkan hujan guruh di hati.

pelangi di hati,
mohon ia kekal sampai mati.

kekal di sini.


p/s : ini adalah sambungan atau cetusan rasa dari Hujan Hati :)




No comments: