Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Tuesday, March 05, 2013

.cari dan terima.

Bila dah lama hidup berdua, berpasangan sedikit demi sedikit soalan 'betul ke dia ni untuk aku?' mesti akan kerap masuk dalam otak. Lagi-lagi bila waktu emosi PMS, segala kemusykilan bersarang dalam kepala. Aku dan dia juga begitu.

Kemudian tertanya lagi, kalau dia bukan untuk kita kenapa kita ditemukan, kenapa mesti wujud keserasian pada awalnya? Kenapa segala kelemahan muncul bila kita dah rasa dia kita yang punya.

Bergaduh, bercekau, meragukan, meragui semuanya muncul. Syaitan dok bisik tepi telinga masuk dalam kepala 'eh tinggalkan saja dia'. Semak, bising.

Duduk, tarik nafas dalam-dalam dan fikir. Bahagia itu kan kita sendiri yang cipta, kita sendiri yang bina. Jadi kalau mau bahagia, kita kena usaha. Sama seperti konsep Mr.Right. Mana ada manusia sempurna yang tiada satu pon cacat celanya. Kalau baik budinya, kurang segi harta. Kalau mewah hartanya, kurang ilmunya. Kita perlu belajar dan cintai segala kelebihan dan kekurangan dia. Segalanya tentang dia.

Dan mungkin, selepas itu kita akan lebih bahagia.


Friday, September 14, 2012

.pelangi hati.


ramalan cuaca kata,
hujan di Kuala Lumpur sepanjang hari,
cerah di barat sana,
dan mungkin panas terik di selatan dunia.

ramalan hati kata?
cerah di segenap jiwa,
terbit pelangi tanda bahagia,
cuma mendung datang jengah kadang saja.

angin sepoi bahasa,
petanda selesa bila kau ada dalam jiwa,
jangan risau bila hujan tiba,
itu tanda kita pasangan biasa,
yang tetap mahu kekal sampai tua.

pelangi warna warni,
cantik tersusun ikut diri,
pinta kau jangan pergi,
jangan wujudkan hujan guruh di hati.

pelangi di hati,
mohon ia kekal sampai mati.

kekal di sini.


p/s : ini adalah sambungan atau cetusan rasa dari Hujan Hati :)




Monday, July 23, 2012

.exes can't be friends.



"exes can't be friends, not if the love was real"


Siapa setuju? Serius, bagi aku, aku memang takkan berkawan dengan ex-bf aku. yeah, takkan. memang aku takkan percaya perkara 'takpe, kita still kawan kan?'. damn no. aku sendiri pernah cakap dengan ex-bf aku 'i won't be friends with my ex-bf'. yeah, seriously.

kita memang tak boleh berkawan dengan bekas kekasih kita, tak boleh nak sekadar berkawan dengan orang yang pernah (atau masih) kita gila sayang cinta setengah mati. kita memang tak boleh nak berkawan dengan dia kalau kita memang betul-betul cintakan dia, sayangkan dia. Kalau masih boleh berkawan, sama ada perasaan cinta dulu tak pernah ada atau awak sebenarnya masih mengharap pada dia.

bagi aku sendiri, sebab utama kenapa kita tak boleh nak berkawan dengan ex kita, sebab sah-sah kita memang akan ada perasaan tu lagi, kita akan masih ada konflik jiwa dengan dia kalau kita terus berkawan. kau akan cemburu dia dah mula menunjukkan hint nak cari penganti kau, kau akan mula stalk hidup dia, mula rasa cemburu marah dalam hati tengok dia gembira jek takde kau di sisi. hell yeah.

dan bila kau atau dia mahu move on, seeing someone else, kalau anda berdua masih berkawan, nanti mula lah akan ada soalan-soalan 'siapa dia tu?', 'mana kenal?', akan ada rasa-rasa cemburu kepada pihak yang belom berjaya move on tu.

sebab tu bagi aku, lepas dah clash, baik putuskan hubungan tu, diam tak payah gatal nak contact, kalau tak keadaan akan jadi lebih complicated. contohnya, kau dah sedikit move on dan ada orang lain yang sukakan kau, tapi dalam masa yang sama kau sendiri masih contact dengan ex kau. confirm kau konon rasa serba salah lah, rasa taktau nak pilih mane satu lah, padahal sebelah pihak tu memang sah-sah la ex kan. bunguk.

bila bicara pasal soala cinta soal perasaan ni memang selalu jadi rumit kan walaupun sebenarnye benda tu simple jek. manusia punya hati yang berbagai-bagai, dan itu lagi merumitkan keadaan. manusia sendiri tak pasti apa yan dia mahu dalam hati kan.

secara jujurnya, bagi aku, aku sendiri takkan berkawan dengan 2 orang ex-bf aku, yeah, dorang tau siapa dorang. even aku dari form 3 dah menggatal ada bf, tapi sorry to say, bagi aku cinta monyet zaman sekolah tu aku tak anggap sebagai bercinta. sebab tu aku masih boleh berkawan dengan ex bf zaman sekolah. haha. aku sendiri rasa, aku betol bercinta sepanjang 24 tahun ni hanya 2 kali. yeah, pertama ex-bf dari form 6 sampai lah 1st year kat ukm. time tu im so in love. aku tak berkawan dengan lelaki lain pon. hidup aku cuma berkitar kat rumah, sekolah dan dia. yeah, 3 tahun. putus macam tu jek. salah aku, yeah, sah-sah salah aku. :) dan ex-bf kedua, rasa semua pon tahu, encik lebah, even setahun, dia mampu buat aku rasa bahagia, yang pasti, memang takkan berkawan dengan dua mahluk ni.

dengan skandal? haha. jujur lagi, aku tetap boleh berkawan dengan bekas skandal-skandal aku. haha. kenapa? ternyata sebab perasaan cinta tu tak ada. sayang je yang mampu ada. lagipon, tak ada ape-ape perjanjian kan. perlu ditekankan disini, jahat-jahat aku pon, aku tak reti nak pasang dua eh. serabot kepala kot kalau ada 2 orang yang nak dilayan. sebab tu aku sangat kagum dengan playgirl dan playboy di luar sana.

okay, kembali kepada topik, sebenarnya hak korang lah kan nak berkawan dengan ex ke tak. ada jek yang masih boleh berkawan dengan ex. tapi korang tak rase awkward ke? kena panggil nama formal dia balik lepas dah berapa lama kau panggil dia dengan nama manja korang. mungkin ada yang mampu lah bersikap profesional dalam benda macam ni, tapi bagi aku, aku memang tak boleh. haha. kesian aku.

Kagum dengan mereka yang masih mampu berkawan dengan ex. Lagi kalau jenis yang melepak sekali. Kau tak rasa akward ke tengok ex kau melepak bawak makwe lain, bergurau senda dengan makwe lain depan kau. Kalau ye pon cinta tu dah takde, masih akan rasa pelik.

Tak berkawan dengan ex tak bermaksud bermusuh. Tak. Cuma memilih untuk kembali ke kitaran pertama kembali iaitu strangers. Tak salah rasanya. Buatpe nak awkwardkan diri berkawan dengan ex. Lagi kalau dapat ex yang jenis memang ego besor atas kepala. Tak payah bodohkan diri sibuk nak berkawan dengan dia sedangkan dia yang buang kita. Jangan, Jangan bodohkan diri begitu sekali.

Masing-masing ada pendapat sendiri kan. Boleh memilih untuk terus berkawan dengan ex atau mahu jadi strangers kembali dengan ex. itu semua terletak di tangan anda.


Thursday, June 23, 2011

.manis euww euww dalam cinta.



Assalamualaikum..

hye ho huuuu..

macam biasalah kan, cerita pasal love euww euww ni ha. so kali ni aku nak sembang kosong plak pasal benda-benda sweet yang boleh dibuat atau memang suka dibuat bila bercinta. juga boleh diaplikasikan bila dah berumahtangga. macam aku, aku taknak lelaki romantik, aku nak lelaki yang sweet. so ape jek benda-benda sweet yang boleh dilakukan? mari kita bincangkan.

pertama, morning & night call or text. telefon la kalau ada kredit lebih dan text la kalau kredit tak cukup. bagi aku benda ni penting. tak bermesejan satu hari takpe, janji wish morning & night tu mesti ada. yelah, kononnya bukti celik mata jek dia yang kita ingat dan sebelum tidur dia lah yang kita fikir. lagipon, dapat morning call/text from the on and only is great things to start the day kan? senang jek hati nak mulakan hidup. bak kata sepupu aku, Ain - kalau dia tak dapat morning call ringtone tercipta untukmu pagi-pagi dia rasa tak semangat nak hidup. nak meleleh jek air mata bila takde orang kejut pagi-pagi. so sweet~

kedua, nyanyi lah sebarang lagu untuk pasangan anda. lagi best kalau korang ada lagu tema sendiri yang bila dengar jek memang tersenyum terbang-terbang ingat kat kekasih hati. boleh nyanyi depan-depan mahupon call. aku ingat lagi, waktu sekolah dulu, ada junior aku buat suara bf dia nyanyi jadi ringtone. awww~sweet. nyanyi tu record lah. simpan dalam henpon bila rindu boleh jadi bahan nak mengeluarkan air mata ye dak. tak kesah la suara kau sedap ke tak yang penting nyanyi ngan penuh rasa cinta.




ketiga, mungkin dah kedengaran janggal untuk zaman sekarang tapi sila lah menulis surat cinta kepada pasangan anda. yes! wajib. tak kesah la kau tulis buat kad lawa-lawa atau tulis kat buku sekolah jek ke. janji luahan perasaan kau kat dia. tulis "i love you" kat atas tisu then bagi kat dia jek pon dah sweet dah. kalau perempuan biasa rajin sikit kan nak buat lawa-lawa kad kaler-kaler tapi bagi lelaki kau boleh jek tulis kat test pad biasa jek ke ape. tak kesah. serius, sila lah bagi surat cinta kepada pasangan anda. gile, mau meraung menanges tersedu-sedu tau dapat surat cinta dari kekasih hati. sweet jek rasa. nak lagi double sweet kau siap pos lagi kat rumah. phew.

keempat, buat panggilan rindu, panggilan teringat. tepon dia pukul 3-4pagi semata-mata sebab rindu. tak salah sesekali kacau dia tidur. tak ke sweet kita tengah mamai angkat call tanya kenapa call dan dia jawab "rinduuuu~". haihh. takpon tau kan voice mesej tu? hah! main la menatang tu. hantor voice mesej gedik-gedik skit ke nyanyi2 sikit ke ape ke. seronok gak pe.

kelima, setiap orang ada bau masing-masing kan? dan bagi aku sangat sweet kalau bau tu special untuk kekasih hati jek. contohnya (biasanya perempuan) akan bertukar-tukar perfume kan? dan mestilah salah satu tu feberet bf korang kan? jadi pakailah perfume feberet bf anda tu bila ngan dia jek. time keluar dengan orang lain pakai perfume lain. aku amalkan perkara ini. lelaki biasanya perfume dia paling banyak pun 2 jek kan. so boleh gak kot amalkan benda ni.

keenam, bila birthday atau anniversary ke sila lah buat handmade card ye. buat sendiri. be creative. tak kesah la lawa ke tak, cantik ke tak tulisan, tunjukkan effort sikit lah kau nak meraikan hari istimewa korang or dia. sebab percaya atau tak, hadiah dari kekasih hati lah hadiah yang akan paling dinanti disayang dihargai walaupun setakat kad buatan tangan sendiri yang tertulis "selamat hari lahir sayang".

ketujuh, masih pasal kad. anda boleh cuba bagi love note. alaaaa tulis kat kertas kecik "i love you" ke hape ke yang sweet ueww euww ni. kalau boleh tiap kali date kau bagi. bagi dia simpan dalam bekas. cukup bulan cukup rindu boleh jadi bahan nak belek-belek kan. tinggalkan note tu kat tempat yang dia boleh nampak. kat dashboard kete dia ke, mana ke kan. tak kesah lah.

kelapan, mungkin kedengaran agak bangang tapi simpan lah sampah-sampah kecil yang ada kaitan dengan korang berdua. simpan tiket wayang, sampul choclate yang dia pernah bagi, tiket bas yang pernah naik sama-sama, sampul chewing gum yang dia hulur. everything. kau simpan dalam satu bekas, cukup masa kau dah boleh tunjuk kat dia tengok sama-sama.

kesembilan, snap lah silly photo berdua then cuci/print out. amek la gambar muka-muka bangang or bajet cute. bukan gambar muka normal. comel jek taw buat macam ni. cuci then boleh letak kat purse ke, framekan ke kan. cantum banyak-banyak. haihh. sweet.




okay, setakat ni tu jek aku mampu fikir. bertuah la badan kalau dapat kekasih hati yang sweet. entah la, bila dapat cinta hati yang sweet ni, bila dia buat perangai, nak marah lama-lama pun tak mampu. sebab kau akan fikir ingat balik pasal benda-benda sweet yang dia pernah buat untuk korang. mungkin ada sesetengah orang yang fikir benda-benda kat atas ni rutin atau benda-benda kecil. tapi rutin boleh jadi bosan kalau tak pandai nak manipulasi dan benda kecik boleh jadi punca gembira atau sedih. kan?

jadi selamat menjadi manis okay kawan-kawan. lemaskan dia dengan perlakuan sweet korang, bukan dengan perangai macam gampang korang. ktanxbye.

:)


Friday, June 17, 2011

.erti bahagia.





entah kenapa, kalau awak ada semua benda saya rasa bahagia.
entah kenapa, kalau awak mesej saya timbul rasa suka.
entah kenapa, kalau dengar suara awak saya rasa hilang duka.
entah kenapa, kalau awak jauh automatik rasa hilang nyawa.
entah kenapa, kalau tengok awak saya rasa awak yang saya cinta.


awak tahu kenapa?
jangan tanya saya, saya sudah kata entah kenapa.

saya rasa bahagia, rasa suka, rasa duka
awak buat saya rasa semua.

tak peduli kenapa,
tak perlu tanya sebab apa,
jika ada yang bertanya pada saya apa itu erti bahagia,
saya akan jawab "lihat dia" sambil tangan tuju ke arah sana,
ke arah awak yang sedang berdiri setia.
ke arah awak yang saya cinta.

dan awak ingat lagi kata-kata saya?
kalau awak mampu buat saya bahagia, saya rasa awak lah jodoh saya.







Wednesday, June 01, 2011

.aku yang bodoh.

rasa ini terus menghantui aku,
rasa yang aku simpan untuk engkau.
entah kenapa hanya kamu yang aku gila,
sedangkan ada yang lebih baik di luar sana.

aku yang bodoh,
aku yang buta,
aku yang akalnya sudah lesap ke mana,
aku yang terus memilih jalan seksa,
kerana memilih untuk terus bersama engkau.

engkau si ego,
engkau si raja,
engkau tak pernah tunjukkan rasa cinta,
cinta engkau hanya di mulut sahaja bukan di hati,
dan entah mengapa,
aku hanya membiarkannya,
ternyata memang aku yang bodoh.

aku yang bodoh,
kekal setia jadi bayang engkau,
kekal melutut terdiam jadi hamba cinta,
berharap satu hari kau akan berkata,
"sayang, hanya kau yang aku cinta".
tenyata itu hanya impian manusia bodoh.

dan impian bodoh ini terus menggila,
berharap mahu terbang dengan si ego seperti engkau ke langit cinta,
berangan berpegangan tangan dengan engkau hingga tua,
ah aku yang bodoh.

dan aku rela jadi manusia bodoh,
tahu mengapa?
kerana impian-impian bodoh itu yang buat aku rasa bahagia,
kerana kekal setia dengan si ego yang buat aku rasa bernyawa,
kerana aku pinta rasa cinta ini akan kekal sampai tua.
kerana ini satu-satunya impian gila.



aku memang bodoh bukan?




Tuesday, May 31, 2011

.24jam saya bernyawa.

awak,
awak tau tak awak buat saya bahagia?
awak buat saya senyum penuh muka,
buat saya terbang ke langit cinta.
awak buat saya saya lupa kewujudan lelaki lain di luar sana.
awak buat saya rasa hanya saya perempuan dalam dunia.

awak,
awak tau tak awak lagi manis dari gula?
awak bunuh saya dengan ragam sweet awak semua.
awak buat siang hari saya indah belaka,
buat malam saya penuh dengan gelak ketawa.

awak,
awak nak tak hidup dengan saya?
jadi tua sama-sama,
belek kedut-kedut muka berdua,
besarkan anak-anak jadi orang berguna.
jadi pasangan tua paling sempoi romantik manis gula.

awak,
pegang tangan saya selamanya boleh?
simpan jaga kunci hati saya sampai habis nyawa,
kekal berdua sampai akhir nafas kita.

awak,
saya tak mampu janji kita akan bahagia sentiasa,
tak mampu beri keseronokan dunia,
tapi kalau awak mahu saya, mahu jaga saya,
saya janji, siang malam saya untuk kita.

awak,
cukup awak tahu awak perlu ada,
untuk lengkapkan 24 jam saya,
untuk buat saya rasa bernyawa.


:)


Friday, May 27, 2011

.moving on is suicide.

Assalamualaikum..

ehem hai hui huuu..

aku ada terbaca quotes kat twitter ni. maklom lah, memang suka baca quotes kan. konon untuk inspirasi padahl ntok copy paste kat facebook bila dah takde idea nak buat status gapo. baiklah, quotes tersebut berbunyi begini.

"To fall in love is very easy, Staying in love is the challenge, Letting go is the hardest part and moving on is suicide"

Moving on is suicide. sangat setuju kot. pftttt~ tapi zaman sekarang aku tengok budak-budak skang baru 2-3 minggu break off ewah kau dah dapat bf/gf baru. untonglah you. cepat sangat move on. entah sempat kau kenal maksud cinta ke tak kan.

so kat sini konon-kononnya kat sini aku nak bercakap pasal tips move on. entah boleh pakai ke tak aku pon taktau kan. sebab memang ramai sangat skang aku jumpa orang-orang yang memang susah gila nak move on, termasuk diri aku sendiri. Masalahnya, you have no idea how im trying too move on, it just so hard. so fucking hard. HAHA. so marilah kita berkongsi tips bagaimana nak mengerakkan diri.

First, pergilah berkawan. kenal dengan lagi ramai orang. bergaul dengan sekeliling. kenal lagi ramai manusia-manusia hebat kat luar sana. cukuplah setakat 2-3 bulan kau duduk diam kat rumah sebab sedih, its time to move on. kau pergila gathering blogger ke (euwwwwwwww) kat g lah #tweetup kengkawan kat twitter ke. tak kesah la, janji pergilah luaskan pergaulan. Bukan niat untuk cari pengganti baru tapi untuk buka mata kau yang masih ramai lagi orang kat luar sana yang mungkin bakal jadi jodoh kau. siapa tahu kan?





Second, tolong berhenti bandingkan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan yang ada potensi yang nak jadi future love kau dengan ex kau. please stop. aku rasa part ni paling penting kot. kalau kau dok bandingkan memang sampai ke sudah lah kau takkan dapat move on. ni idak, kau do sibuk "alaaa..dia tak hensem macam ex aku", "cara dia makan selekeh ah, tak macam ex aku, sopan jek aku tengok", segala bendalah kau nak bandingkan. ewah baik kau bercinta dengan diri sendiri jek kalau macam tu. tapi kalau kau bandingan untuk dapat yang better dari ex kau, itu mungkin tak mengapa rasanya. yelah, mungkin pengalaman sedikit merubah pandangan kita kan?

Third, berhentilah bercerita pasal ex kau tu dekat orang lain, dekat orang yang ada potensi nak jadi future bf/gf. berhenti mengimbau kembali kenangan sweet haramjadah apa semua tu. orang lain pon mua dah dengar cerita pasal kau dengan ex kau tu. plus, kalau kau bercerita pasal ex kau dekat orang yang potensi na jadi future bf/gf tu sedikit sebanyak dia akan fed up dan lama-kelamaan niat dia nak jadikan au bf/gf berkurangan. haaa..kan dah rugi sorang kat situ.




fourth, jangan anggap mempunyai kekasih hati atau bayang itu satu keperluan wajib kejadah. bila kau anggap macam tu, kau akan stress asyik fikir apasal lah putus, apasal putus sambil lagu putus oleh melda ahmad menjadi soundtrack hati kau berulang kali. kau akan stress bila kau tak dapat terima hakikat kau single skang. chill lah. cuba kau fikir kebaikan hidup single dan nikmatinya sementara kau alaminya ni. bila kau dah rasa kebaikan & keburukan hidup single sedikit sebanyak lepas kau dapat new relationship kau akan lebih menghargai beliau. trust me.

lima, living well is the best revenge lepas break off. pergi lah berseronok ke hape ke. buat benda yang kau tak dapat nak buat time kau ada bayang. pergi bercuti ke daki gunung ke hape ke kan. kalau time ada bf/gf dia asyik soh melepak ngan kawan-kawan dia jek, so ni lah masanya kau lepak ngan kawan-kawan kau tanpa halangan. pergi ladies party tanpa ada bf di sisi, oh indah rasanya tu. HAHA

enam, sebenarnya cara yang paling penting adalah tetapkan hati kau sendiri. yakinkan hati kau yang dia bukan jodoh kau, ada someone di luar sana yang memang dah diciptakan untuk kau. tapi biasalah, dia main nyorok-nyorok ke sesat sekejap. kau cuma perlu yakinkan hati dan tetapkan rasa. yakin dengan janji tuhan. tak perlu lah bersedih lama-lama. cukuplah 2-3 bulan jek.


enam jek cukuplah kan? otak aku pon bukan hebat sangat nak bagi banyak-banyak. bagi aku sebenarnya benda ni senang nak cakap tapi susah nak buat. sangat susah. betol lah ayat moving on is damn suicide. so kalau kau ada kawan-kawan yang tak dapat nak move on lagi, tolong dia. bukan dengan cara buruk-burukkan ex dia, tapi dengan cara bukak mata dia. suruh lihat hidup dunia luar yang lain selain dari hidup dia dengan ex dia tu. siapa tahu, kau mungkin jadi penyelamat hidup dia kan. HAHA. dan kepada yang tak dapat atau tengah move on. marilah kita sama-sama berusaha. chaiyok-chaiyok.





till then, tc. :)



Sunday, April 17, 2011

.senarai idaman.


Assalamualaikum..

hye hui..

"ciri-ciri lelaki/perempuan idaman itu hanya senarai semata. bila kau dah JATUH CINTA, semua senarai tu kau dah lupa. yang kau ingat cuma rasa BAHAGIA"

okay, beberapa hari yang lepas aku terfikir benda ni. selepas meletakkannye sebagai status di facebook (bapak poyo tu pon nak bagitau ke), ramai gak yang bersetuju dengan perkara ni.




serius, aku sendiri rasa perkara ni. sebelum ada bf, zaman hidup single lah kononnya, kita akan ada satu senarai di mana bakal bf/gf kita tu mesti ada ciri-ciri dalam senarai tu. panjang pendek senarai tu bergantung la pada tuan empunya badan kan. makin cerewet makin lah panjang senarai kau tu. tapi bagi aku, nak panjang senarai pon tak kesah. nak pilih bf/gf kot, niat nak kekal lama, so takpe la cerewet sikit kan.

tapi sedar atau tidak, bila dah jatuh cinta, bila kau dah jumpa seseorang yang buat kau rasa bunga-bunga, senarai kau tu kau dah buang jauh-jauh. kau dah tak ingat pon senarai kau tu. kau dah kesah dia tu macam mana, yang kau kesah dia mampu buat kau happy senyum sambil tido tiap malam.

senarai yang kau buat tu, kau hanya akan jadikan garis panduan semasa mencari atau memilih pasangan. yelah, takde la bf/gf kau tu lari jaoh sangat dari taste kau kan. bila kau da sayang, dah cinta, semua senarai tu dah tak penting lagi dah.

aku sendiri, melalui pengalaman lepas, aku selalu teringin nak bf yang pandai main gitar sebab bior boleh mainkan lagi untuk aku tiap malam (so ntah-ape-ape), nak bf yang tak merokok sebab ayah aku tak merokok, nak bf yang tinggi sebab aku nak ketinggian bakal anak-anak aku terjamin memandang aku ni tak berape nak tinggi dan nak bf yang funny, ada sense of humor. tapi last-last aku dapat bf (kini ex-bf) yang tak pandai langsong main gitar, yang merokok bersungguh-sungguh. nasib baik lah dia tinggi and kelakar. dan dia lah yang aku sayang nak mati. haha. pelik sungguh kan manusia ni? buat senarai dan sendiri yang langgar senarai tu.

senarai adam idaman dan hawa impian ni sepatutnya tidak menghalang kita dari mencari cinta yang sejati. aku percaya, masih wujud cinta sejati kat luar sana. Allah dah ciptakan semua benda dalam dunia ni berpasangan. jadi tak perlu risau lah. anda boleh teruskan senarai tersebut, cuma bila sampai satu saat, senarai itu hanya senarai, bukan lagi kepentingan dalam hubungan antara dua manusia.




jadi kawan-kawan, kalau dah dapat bf/gf yang menepati senarai, cepat ucap ALHAMDULILLAH dan bagi yang masih mencari, GOOD LUCK dan selamat bercinta.

till then, take care. :)

p/s : kepada semua budak UKM, good luck exam. kirim salam kat dectar and kat dtams eh. haha


:)

Thursday, April 07, 2011

.cinta gula kapas.







kamu,
kamu cinta gula kapas saya.

kamu manis bila bicara,buat saya rasa bahagia.
kamu cair kan ego saya.
kamu larut meresap dalam jiwa saya.
kamu tinggalkan rasa manis dalam hati saya.

kamu ingat lagi?
waktu kamu belikan saya gula kapas?
ya, saya ibarat budak kecil minta gula kapas.
dan kamu dengan kacaknya patah balik belikan gula kapas.

hakikatnya,
kamu lagi sweet, kalah gula kapas.

terima kasih kamu.
:)


Wednesday, March 02, 2011

.you deserve better.wth.




.you deserve better.
.you deserve someone better.


.WTH.


No one can actually say that you deserve someone better because that best person that you deserve is always the person of your choice.




Sumpah aku benci atau agak meluat bila orang cakap 'come on la babe, move on, you deserve someone better'. serius. tak main-main. bukan aku ni perempuan yang tak boleh terima hakikat kenyataan dunia ini memang menyakitkan. aku dah lama sedar hakikat tu. tapi entah kenapa, sisi diri aku tak benarkan tak bersetuju bila orang sewenang-wenangnya boleh berkata 'you deserve someone better'. waima dia keluarga, kawan baik kita atau kawan tak baik kita.

yes, aku tahu, dorang cakap dengan niat yang baik, nak tengok orang tu senyum, taknak sedih-sedih lagi. tapi nak buat macam mana, dah itu pilihan dia. tak semua orang beruntung dapat bf/gf yang sempurna di mata kau dan di mata dunia. cukup tahu pasangannya itu sempurna di mata dia, then anda patut senyum je. :)

Macam mana anda tahu apa yang terbaik untuk dia? takkan ada siapa tahu. ya, mungkin benar, pilihan hatinya itu agak gampang-macam celaka-rasa nak sepak bagi mati but who cares? selagi mamat/minah tu lah yang mampu buat dia bahagia, mampu buat dia senyum, jadi anda patut bersetuju.

mungkin anda pening pikir kenapa la dia bersusah payah terus dengan mamat/minah yang sah-sah selalu koyak-rabakkan hati dia. hanya dia je tahu apa rasa bila dengan pasangan dia tu. plus bagi aku, kadang-kadang ada perkara dalam dunia ini yang tak perlukan alasan. kita ikut kata hati kita, dan terus ikut. memang betul, kadang-kadang ikut hati ni mati. tapi apa salah, jika jalan mati tu yang mampu buat kita rasa puas, rasa berharga, then buat je lah.

lagi satu, hal ni sebenarnya bergantung pada citarasa seseorang. dah dia memang minat type yang macam tu, nak wak gano, hadap je lah kan. dah itu yang mampu buat dia happy. plus, dia yang hadap pasangan dia tu siang malam pagi petang. so mungkin dia nampak something yang orang lain tak nampak. dia paham dia yang orang lain tak paham dia.

jadi kawan-kawan, apa kata kita tukor pengolahan kata-kata, elakkan cakap 'you deserve someone better' dengan ayat yang mungkin realistik tetapi lebih manis didengar. *dem. aku tak dapat nak pikir nak ganti dengan ayat apa. tak kesah lah. pandai-pandai kau lah.



.ni boipren aku.
ada sesiapa nak kata aku deserve someone better?


bye. -.-'

:)

p/s : dem. siaran aku dicepatkan. racist! -.-'

Tuesday, February 08, 2011

.pulangkan balik hati saya.

awak,
awak kata awak sayang saya..
tapi kenapa awak pijak-pijak hati saya?
kenapa awak tikam-tikam jiwa saya?
kenapa awak bunuh cinta saya?

awak,
awak kata awak nak jaga saya,
tapi awak berkepit dengan dia,
awak pegang peluk hati dia,
awak belai manjakan jiwa dia..

awak,
awak kata saya yang selamanya,
tapi kenapa awak seminit pon tak betah dengan saya?
kenapa sesaat pon tak ada untuk saya?
sehari pon tak ada nak temani saya?

awak,
awak kata awak saya yang punya,
tapi awak marah bila saya nak bermanja,
awak mengamuk bila saya tegur satu dua kata,
awak maki bila saya buat awak kecewa..

awak,
awak kata tulung rusuk awak ada pada saya,
tapi awak buat saya macam bukan siapa-siapa,
awak ingat saya bila awak hampa,
awak cari saya bila hanya awak berduka.

awak,
pulangkan balik hati saya.

Sunday, February 06, 2011

.manusia bodoh.

"bukan senang nak jumpa orang yang sayang kita, sabar dengan perangai kita, dan ada dengan kita. bila dah ada tu hargai lah, sebab sekali dah terlepas susah nak dapat balik" - fatinrazali,2011



berdasarkan ayat pepatah di atas jelas lah topik post pada kali ini ye. tak tau lah kenapa lately ini aku terdengar cerita, mendengar cerita tentang manusia-manusia bodoh yang tak tahu bersyukur. bersyukur kali ni merujuk dalam konsep percintaan. hubungan antara seorang lelaki dan perempuan. pengkid aku tak campur *tiba-tiba.

Tak tau lah mana silapnya, manusia-manusia bodoh ni meninggalkan manusia yang tulus cintanya tu. meninggalkan manusia yang pada pandangan manusia lain sangat sempurna cintanya. tak cukup lagi ke?apa agaknya yang manusia bodoh tu nak?

contoh, ini kisah benar. (sorry kepada tuan punya badan sebab jadikan anda contoh). Si Lelaki ni ada Si Perempuan yang hubungan mereka dah jejak 2 tahun lebih. Hubungan tu perlahan-lahan berantakan, apa puncanya mereka saja yang tahu. Lelaki ni tak kisah nak korban kan masa, rendahkan ego dia, sedikit air mata dan bonus, wang juga. Kasih dan sayang dia cukup penuh, full tank untuk si perempuan. tapi si perempuan boleh buat hal, minta mereka jadi kawan atas alasan nak fokus study. -.-' Ya Allah, kau nak lelaki yang macam mana lagi? nak yang sembah kau 24 jam ke? Kau sedar tak ni tahun 2011, sangat susah nak jumpa lelaki yang sayang kat kita okay! sangat amat susah.

kenapa la manusia-manusia ni kan?sumpah aku tak faham. apa lagi yang mereka cari?

kalau dah jumpa orang sayang kat kita, cintakan kita. sabar dengan perangai kita, terima baik buruk kita, ada dengan kita bila kita perlukan dia, tolong lah hargai. tolong lah. ingat senang ke yang nak dapat orang yang mampu korbankan masa, tenaga, air mata, ego diri, dan bonus, wang utnuk kita?kalau senang,mungkin semua orang takkan faham apa maksud bahagia atau derita. :')

apa yang anda mahu?nak cari yang serasi 100%?memang 67tahun lah baru kau dapat pasangan. serasi tu bullshit belaka. serasi tu tak akan ada kalau kita tak cipta. nak serasi? so anda dengan dia kena sama-sama give and take. nak bahagia? so anda dengan dia kena percaya, jujur, setia segala rukun negara apa semua tu. nak yang sempurna?sempurna tu perkara sial celaka. kalau dia mampu buat anda rasa bahagia, bila bahu dia yang tetap anda mahu pinjam walaupun dia yang buat anda menangis, maka dia dah cukup sempurna untuk anda. bila dia mampu kenal diri anda, faham siapa anda, lebih dari keluarga anda, jadi jangan lepaskan dia. :)

kehadapan manusia yang tulus cintanya, anda yang pilih jalan cerita cinta anda macam tu, jadi sabarlah. tak rugi jadi manusia sabar ni. macam aku cakap 'dah sayang,hadap je lah'. kau boleh pilih stay atau pergi. kalau stay atas nama sayang, jadi bertahan la selagi mampu. kalau anda pergi atas nama sayang, tak salah pilihan anda. mencintai tak bermakna memiliki kan?cukup melihat dia gembira, dan jika dia lebih gembira dengan ketiadaan anda, anda kena terima. :') insya-Allah, kalau betul dia milik anda, kalau betul sudah tertulis jodoh anda berdua, tak akan kemana dia. cepat atau lambat pasti akan bersama. tapi jika bukan jodoh, buat lah macam mana sekali pon, bomoh pung pang pung pang sekali pun, tetap tak dapat jugak.

kehadapan manusia bodoh, sila setting balik hati dan perasaan anda. anda mampu mengubahnya. bye.

Tuesday, February 01, 2011

.awak,kenapa?.


awak,
kenapa awak suka buat saya senyum?
lenguh kejang otot pipi saya awak buat,
lagi melampau awak buat saya gelak,
gelak ketawa sampai keluar air mata.

awak,
kenapa awak suka buat hati saya bunga-bunga?
saya rasa macam nak terbang je,
macam orang pertama kali jatuh cinta,
awak ada kan nak sambut saya?

awak,
kenapa awak selalu ada dengan saya?
awak ikut je saya sibuk nak tahu saya buat apa,
awak tak ada kerja ke selain ambil tahu pasal saya?
eh tapi tak apa, saya suka.

awak,
kenapa awak suka kacau saya?
awak usik cari gaduh dengan saya tiap masa,
saya geram tak dapat nak balas balik,
ah awak jahat tapi saya tahu awak gurau je.

awak,
kenapa?

kenapa eh saya rasa bahagia bila awak ada?
syhhh...
:)


Tuesday, January 11, 2011

.dump.

hye guys! :)

well. w'pon tajuk post macam perli diri aku, but hey siapa kisah kan? im okay sekarang, not so okay but okay lah. :)

end of 2010 ramai couple-couple agung, couple yang sweet, yang kita tengok sepadan je mereka break off. serius ramai. masing-masing ada alasan sendiri kan. and as for us (me & encik lebah of course) reason tu biarlah kami sendiri simpan. and im okay with that reason. :)

okay, enough with us, no more us lagipun kan? :)

bila bercakap pasal break off ni, korang mesti kerap dengar alasan yang tipikal, yang rasa macam nak tikam-tikam je beliau sebab bagi alasan macam tu kan. antaranya ialah :

  • tak ada jodoh.
  • dia terlalu baik untuk saya.
  • kami tak serasi.
  • orang ketiga.
mari kita ulas reason-reason ini :

  1. Tak ada jodoh - well, yang ini memang tak boleh cakap apa kan. nak komen lebih-lebih pon tak boleh. kita dah usaha, tapi kalauu bukan kehendak Allah s.w.t yang dia tu jodoh kita, memang tak boleh nak buat apa la kan.
  2. dia terlalu baik untuk saya. - okay. alasan ni lah yang paling bullshit sekali. cuba cakap dengan aku manusia bodoh mana yang tak mahu pasangannya itu baik dan sempurna budinya. meh cakap ngan aku, kalau ada memang mintak dijotos kepalanya! orang sekarang punya la susah nak carik pasangan yang baik, dia boleh selamba putuskan dan bagi alasan macam tu. buset je.
  3. kami tak serasi - serasi tak serasi itu boleh dipupuk kan. biasa lah, benda-benda macam ni memang ambil masa sikit, kena sabar lah. sebulan kenal memang okay, dah 5-6 bulan baru lah nampak perangai then perlahan-lahan kau akan okay dengan sikap dia. trust me. kalau nak cari yang serasi terus memang 15tahun la baru kau dapat jodoh kau kan.
  4. orang ketiga - yang ini alasan yang memang tak boleh dimaafkan. kalau dia ada orang ketiga, tinggalkan dia. dan nasihat kepada anda yang tiba-tiba ada orang ketiga. cth : Anda ialah si A yang bercinta dengan si B, tibe-tibe anda jatuh hati pada si C dan si C mahukan anda. nasihat saya, tinggalkan si B dan pergi ke si C. sebab kalau anda betul cintakan si B, anda takkan jatuh hati pada si C.

okay. itu alasan. as orang yang ditinggalkan ni, aku sedikit jelik mendengar perkataan atau nasihat-nasihat tersebut w'pon aku tau dorang ikhlas dan ambil berat tentang aku. antaranya ialah :

  • kalau ada jodoh tak kemana.
  • you deserve better.
  • family dan kawan-kawan kan ada.
  • kamu kan kuat.
  • masih ramai lagi org yang sayang dan mahukan kamu.
celaka je semua tu weyh. how lah orang lain boleh cakap im deserve someone better?ini hidup aku, aku tahu apa yang terbaik untuk aku. dan one more thing, keluarga, kawan dan bf/gf takkan sama peranannya di sisi hati seseorang itu. percayalah.

sudah, berhenti emo fatin. so kepada mereka yang ditinggalkan, mari teruskan hidup. kepada mereka yang meninggalkan, harap tiada perasaan menyesal di hati anda dan kepada mereka yang masih bersama, semoga bahagia.

:)

Wednesday, October 27, 2010

.tips bercinta.

tiba-tiba aku jadi Dr.Love pulak. well,even pengalaman bercinta aku takde la hebat mana but still boleh pakai kot kan?so jom lah baca tips nak kekal bercinta dari paten razali. :)

  1. Berterus-terang dan elakkan cakap berbelit-belit (khususnya kepada kaum perempuan). Si dia sah-sah tak reti baca fikiran anda,jadi cakap je terus terang ye. lelaki memang tak suka perempuan cakap belit-belit sebab dorang cepat fed-up okay. tapi kalau sampai tahap kau merajok pon kau nak kene bagitau, yang itu dibenarkan bagi tembakan tepat 45 darjah ke kepalanya. melampau lah tu kan sampai merajok pon kene bagitau.
  2. Komunikasi itu penting. seriously, apa-apa pun jadi komunikasi dengan cara yang betul, masa yang sesuai. Pasangan yang kurang berkomunikasi biasanya potensi nak dilanda masalah tu tinggi okay. Kan sekarang zaman moden, tak dapat jumpa boleh call, tak dapat call boleh sms, takde henpon boleh surat ke ape ke. janji contact. at least sehari 1sms or 30scnd call okay.
  3. Kalau ada masalah dengan bf/gf elakkan mengadu kat lelaki/perempuan lain.serius! elakkan. bagi hint pon jangan. biasa lah, bila kita ada masalah dengan bf/gf mula lah orang lain tiba-tiba caring semacam. memang la konon macam nak bagi nasihat, padahal nak masuk line. Kalau tak nak hubungan anda berakhir, elakkan perkara ini.serius! (okay,memang serius)
  4. Kadang-kadang kita tak perlu dengar cakap-cakap orang ramai. Jika anda percaya bf/gf anda, cintakan dia, jadi anda lebih kenal dia siapa dia bagaimana. biarlah orang lain cakap bf/gf anda itu ini, selagi ada rasa percaya pada dia, stay lah dengan dia. :)
  5. Jika anda betul-betul mencintai pasangan anda, tak kira lah sukar macam mana pun keadaan anda berdua, jangan putus asa. yup, kadang-kadang memang penat tak larat hape lah tapi pikir untuk jangka masa panjang. ini baru couple,tak kan gaduh sikit nak putus. then dah kawen macam mana?talak ada 3 jek ye. :)
  6. buang ego anda. lelaki sah-sah ego memang tinggi, yang perempuan tu tak payah la sibok-sibok nak ego gak. kena ada toleransi kan?kalau dah 2-2 ego sape nak pakai nuovo pulak? (okay.merepek). salah seorang kene lah beralah kalau nak tahan lama.
  7. sila buang prinsip 'belum dapat sayang bagai nak rak,dah dapat buat dono jek'. biasa lelaki yang amalkan prinsip neh. bajet kau dah ada orang yang sayang/cinta kat kau, kau boleh riak bangga lah?layan la dia macam mana kau layan masa awal-awal bercinta okay. tak mustahil dia boleh tinggalkan kau bila-bila masa je.
  8. hargai pasangan anda. serius. jangan menyesal tak sudah. kita tak tahu kan ajal kita sampai bila mana, so hargai apa yang ada depan mata. jangan bila dia dah tak ada baru nak menyesal nanges-nanges. masa tu memang tak guna dah.
  9. tak salah berubah demi pasangan anda. okay, memang la kena be yourself. konon kena terima seadanya. tapi kalau 2-2 keras kepala, macam mana nak bahagia kan?someone kena gak beralah.
  10. ingat bf/gf anda belum lagi suami/isteri anda. jadi yang perempuan tak payah nak gedik-gedik mintak itu ini, nak makan itu ini kat bf kau eh. bajet macam bf kau kaya nak mati (okay,kalau memang kaya takpe). yang lelaki pulak tak payah la nak suroh itu ini, pukul sepak gf kau. anak orang tu weyh. dah kawen nanti, kalau dia buat silap, nak belasah,belasah la. (tapi still ada limit).
  11. tengah gaduh macam mana pun tapi bila depan orang sila la jaga maruah pasangan anda. jangan nak maki-maki marah dia depan orang. tak baik tau. cool je, agak-agak tak boleh cool diam je okay. nak bergadoh berperang bila tengah berdua je okay?
  12. yang ini khas untuk perempuan. tak salah kalau anda keluarkan duit time dating. madah la kan asyik bf kau je kene belanje. tak salah kau yang bayar duit tiket wayang bila dia dah belanja makan. jangan kedekut sangat cik kak. tapi ingat, untuk perempuan, jika 1st date anda yang kene keluarkan duit, sila tinggalkan lelaki itu secepat mungkin.
  13. bergaduh macam mana pun jangan lah guna ayat kesat. nak marah,marah la tapi tak payah la guna perkataan yang bukan-bukan ye. then tak payah la tukor nama panggilan tiba-tiba. dari 'saya-awak' cakap 'kau-aku'.
  14. ada masalah dengan ex gf/ex bf dia?well, just ingat perkara ini.jika dia benar-benar mencintai anda, dia takkan cari ex gf/ex bf dia. kalau dia masih contact dengan ex dia, tu maksudnya dia belum mencintai anda. dia sekadar sayangkan anda. :)
  15. tolong lekatkan dalam kepala hotak anda yang bf/gf anda pun ada kawan-kawan or life sendiri. so tak payah nak mengamok bila dia nak keluar dengan member. dia pun ada hobi or xtvt sendiri yang dia nak buat. berkepit 24 jam ngan anda kadang-kadang rimas gak.
yang terakhir :
  • jika anda sudah ada orang lain, sudah tidak mahu dia dalam hidup ada,lebih baik anda berterus terang daripada anda menipu dia. sekurang-kurangnya dia menangis seminggu jek then boleh move on daripada dia stay dengan anda tetapi dia ditipu hidup-hidup.

okay.tu je lah yang terpikir kat otak aku. :)

Saturday, September 18, 2010

.saya mungkin,tapi.

saya mungkin degil keras kepala,
tapi saya mudah mendengar kata.

saya mungkin cakap lepas semua,
tap saya jujur tak simpan rahsia.

saya mungkin tak cantik rupa,
tapi cinta saya lebih besar dari saiz One Utama.

saya mungkin kulit kasar buruk di mata,
tapi hati saya halus cair bila awak berkata-kata.

saya mungkin hati tisu mudah menangis tidak semena,
tapi saya penyabar untuk awak seorang sahaja.

saya mungkin budak biasa sahaja,
tapi saya mampu buat awak rasa sungguh istimewa.

saya mungkin cacat otak bak kata mereka,
tapi saya sayang awak tanpa cela.

:'|

Monday, August 16, 2010

.jika saya seorang lelaki.

jika saya seorang lelaki,
saya akan melayan cik kekasih dengan penuh rasa sayang tanpa jemu.

jika saya seorang lelaki,
saya akan membuat hati cik kekasih lemas dengan tingkah laku sweet saya.

jika saya seorang lelaki,
saya akan buat cik kekasih penat ketawa mendengar lawak jenaka saya.

jika saya seorang lelaki,
saya ingin bawa cik kekasih berbulan madu di hujung dunia.

jika saya seorang lelaki,
saya akan memimpin tangan cik kekasih walau ketika dia marahkan saya.

jika saya seorang lelaki,
saya akan peluk cik kekasih tika dia menangis hiba.

jika saya seorang lelaki,
saya akan duduk diam sebelah cik kekasih ketika dia berkata 'tinggalkan saya sendirian!'

jika saya seorang lelaki,
saya mahu buat satu dunia kagum dengan cinta saya pada cik kekasih.

jika saya seorang lelaki,
saya ingin membuat cik kekasih selalu tersenyum fikirkan saya.

jika saya seorang lelaki,
saya tidak lahi mahu berjalan sendirian kerana saya ada cik kekasih.

jika saya seorang lelaki,
saya akan jujur apada adanya pada cik kekasih.

jika saya seorang lelaki,
saya akan buat cik kekasih selamat di samping saya.

jika saya seorang lelaki,
saya akan cinta cik kekasih sampai saya mati.

dan sedihnya,
saya seorang perempuan.

Monday, July 12, 2010

.150 juta putus.

Kita sering bertengkar

Bertekak memikirkan siapa yang benar

Bergaduh angkara siapa punya onar

Hingga kepala ku naik nanar

Tapi percayalah sayang,

Kasih ku tak kan pudar

Malah ia makin mekar

Kerana kau buat rasa ini sungguh benar.

Jadi biarlah 150 juta kata putus ku ucapkan,

Jangan sekali aku kau lepaskan,

Kerna kita sama tahu apa isi dalam,

Apa rasa yang buat kita bertahan.

Hingga mampu melawan bisikan syaitan.

Jadi sayang,

Terus peluk aku,

Terus pegang aku,

Kerna aku milik kamu.

Biar 150 juta putus,

Aku masih milik kamu.

Satu dunia sudah tahu.


:)



Friday, June 18, 2010

.and its raining.


tak tahu kenapa.
tapi aku suka kan nya.
apa?
hujan.

bau hujan buat aku rasa tenang.
buat aku rasa mahu jatuh cinta.
buat aku rasa mahu berlari dalam hujan.
biarkan diri dibasahi air dari langit itu.

impian gila aku?
mahu dicumbui ditengah hujan.
memang tidak akan tercapai.

tapi impian gila lain.
yang mungkin tercapai.
berjalan berpegangan tangan dengan si dia di dalam hujan.

oh hujan.



p/s : - tiap kali hujan, status fb aq mesti bunyik 'it's raining.kiss me in the rain please'. :)