Monday, October 15, 2012

.sinonim.



duduk termenung fikir, fikir perkataan apa yang sinonim dengan kamu. tenung tembus ke dalam. fikir, mahu cari yang sesuai. ah aku tak mahu ianya kedengaran sungguh tipikal, tapi sungguh hanya perkataan BAHAGIA dan SEMPURNA yang dapat gambarkan kamu.

Kesabaran kamu, begitu tinggi. Setinggi sayang kamu pada aku. Tak pernah kamu penat melayan tiap karenah aku, tak pernah mengeluh dengan panas baran aku amarah aku. Tak pernah berhenti menyokong aku. Tak pernah gagal pinjamkan bahu saat aku perlu. Tak pernah biar aku rasa aku ni tiada siapa. Dengan kamu segalanya begitu sempurna.

Kamu manusia, ada cacat celanya. Tapi dengan kelebihan yang ada buat aku tutup mata. Persetankan cela, yang penting aku bahagia.

Aku tak mahu letak harapan setinggi langit atas sana. Tak mahu duduk selesa di awan, takut bila guruh petir datang aku jatuh. Sakit. Lalu aku simpan sedikit perasaan berjaga-jaga dalam diri.

Jangan risau sayang, mungkin aku kasar perlakuannya, tinggi egonya, namun hati ini tetap macam perempuan biasa. Kalaulah kamu dapat lihat bagaimana aku sayang kamu, cinta kamu, rindukan kamu.

Biar apa orang kata, asalkan kita berdua tahu apa yang kita rasa. Mohon bahagia ini kekal selamanya.

Amin.


No comments: