Wednesday, December 19, 2012

.menulis.

Assalamualaikum.

Menulis? ya, itu salah satu kegemaran aku. Cara aku meluahkan perasaan, cara aku melepaskan emosi bila kata-kata aku tak mahu didengari. Serius, menulis dapat buat aku puas.

Cuma bila ditanya kenapa dah lama tak menulis di blog? Jawapan yang sangat senang bagi aku : aku fed up, aku bosan dah dengan dunia blog yang copy paste. faham tak perasaan bila kita penat-penat menulis, penat perah otak (okay sebenarnya takde lah penat sebab kebanyakkan post aku adalah spontan), tapi still, aku dah tulis engkau senang-senang nak copy paste kan. Dan masih ada beberapa entry aku yang aku simpan buat jeruk di draft, ya masih dengan alasan yang sama.

Jadi disebabkan perkara yang sedemikian maka aku pon beralih kepada cara tradisional kembali. Aku mula menulis di buku yang kengkonon orang sebut boleh jadikan zine. Aku tulis, aku luahkan perasaan, aku susun aksara bagi tampak sempurna keadaannya, dan yea, aku masih puas.

Tapi apa yang tidak seronoknya? Bila kau dapat kongsikan rasa, idea dalam kepala bersama yang lain. Ya, mungkin tak semua akan bersetuju dengan idea kau, tapi sekurang-kurangnya apa yang kau dapat adalah respon. Bagaimana orang bertindak balas dengan pendapat, buah fikiran engkau.

Jadi bila ditanya adakah aku akan berhenti menulis? Sudah pastinya jawapannya TIDAK. masakan aku mahu berhenti buat perkara yang aku suka kan?

Jangan berhenti buat perkara yang mampu buat kamu rasa bahagia.

:)


No comments: