Showing posts with label sedih sob-sob. Show all posts
Showing posts with label sedih sob-sob. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

.Sang Kipas Raja.

Hilang.

Aku tak tahu mana perasaan itu hilang. Teruja yang dulu sudah lama terbang.

Semak, serabut. Bila Dewi Sempurna sibuk ketuk sibuk kerah hamba. Bila Dewi Sempurna ayatnya tak sama macam perilakunya. Depan diam belakang sibuk mengata aku tak berusaha. Soalan, apa lagi yang aku boleh bantu jika kau memilih menguna teknologi walaupon aku di depan kau terkaku. Jawab.

Sang Kipas Raja tambah lagi emosi di dada. Sibuk tayang pada dunia dia lah pekerja paling mulia paling kemas hasil tanganya. Hakikatnya, hamba-hamba yang lain tahu itu wayang cuma. Kau teruskanlah bodohkan Si Raja.

Cukup masa, cukup derita aku terbang tinggalkan sangkar petak ini.

Tak mampu tahan cekalkan rasa.

Hati dah lama mati.


Tuesday, October 11, 2011

.lagu sedih.







satu saat,
pernah tak kau terfikir kenapa wujudnya lagu sedih?
ah kadang terfikir untuk menambah lagi rasa celaka.
kadang juga terasa untuk tambah derita.

satu saat yang lain.
kau akan terfikir yang lagu sedih juga ada gunanya,
untuk kau memahami rasanya pabila jatuh.
untuk buat rasa mahu bangkit.




Wednesday, August 03, 2011

Wednesday, June 01, 2011

.aku yang bodoh.

rasa ini terus menghantui aku,
rasa yang aku simpan untuk engkau.
entah kenapa hanya kamu yang aku gila,
sedangkan ada yang lebih baik di luar sana.

aku yang bodoh,
aku yang buta,
aku yang akalnya sudah lesap ke mana,
aku yang terus memilih jalan seksa,
kerana memilih untuk terus bersama engkau.

engkau si ego,
engkau si raja,
engkau tak pernah tunjukkan rasa cinta,
cinta engkau hanya di mulut sahaja bukan di hati,
dan entah mengapa,
aku hanya membiarkannya,
ternyata memang aku yang bodoh.

aku yang bodoh,
kekal setia jadi bayang engkau,
kekal melutut terdiam jadi hamba cinta,
berharap satu hari kau akan berkata,
"sayang, hanya kau yang aku cinta".
tenyata itu hanya impian manusia bodoh.

dan impian bodoh ini terus menggila,
berharap mahu terbang dengan si ego seperti engkau ke langit cinta,
berangan berpegangan tangan dengan engkau hingga tua,
ah aku yang bodoh.

dan aku rela jadi manusia bodoh,
tahu mengapa?
kerana impian-impian bodoh itu yang buat aku rasa bahagia,
kerana kekal setia dengan si ego yang buat aku rasa bernyawa,
kerana aku pinta rasa cinta ini akan kekal sampai tua.
kerana ini satu-satunya impian gila.



aku memang bodoh bukan?




Thursday, May 26, 2011

.betapa.





betapa aku berharap kamu ada di sisi aku,
bergurau senda seperti selalu,
kau rangkul pinggangku dan pinjamkan bahu kamu.

betapa aku berharap kamu terus sayang aku,
terus pandang aku terus kekalkan aku dalam hati kamu,
beri sedikit ruang dalam hidup kamu untuk aku.

betapa aku berharap kamu aku yang punya,
sumpah tak banyak yang aku pinta,
aku cuma mahu kamu jadi milik aku,
tak pinta untuk selamanya,
tapi sekurang-kurang hingga aku kehabisan nyawa.




Saturday, May 14, 2011

.maharani terbaik.








Selama mana pon dia membebel, stress macam mana pon kita kena bebel, kita tetap akan rasa emak jugak yang terbaik kan? Emak memang ternyata ada 6th sense, naluri keibuan dia yang kita tak payah cakap banyak pon dia akan paham.

Aku selalu terfikir, aku memang bukan anak yang baik. Maksud aku yang memang tak payah buat emak ayah risau dah. Setakat ni aku rasa benda yang aku buat emak aku bersyukur sikit dapat anak macam aku bila aku dapat tawaran masuk u. tapi bak kata mak aku "dulu time anak masok u orang dah buat kenduri, zaman sekarang tunggu anak confirm grad baru boleh buat kenduri". HAHA. plus, dengan aku anak yang paling makan banyak kos. -.-' haihhh. bukan tak cuba dah jimat, sehabis baik dah cuba.

Aku bersyukur dapat emak dan juga ayah yang berfikiran jauh kehadapan. memang dari kecil sampai sekarang ternyata didikan emak dan ayah aku memang sedikit berbeza. Emak aku seorang guru sekolah menengah. Even mak aku cikgu tapi dia tak sibuk-sibuk tanya tiap kali balik sekolah ada kerja rumah tak, cehck ada kerja rumah ke tak, paksa belajar. memang tak pernah. okay, ada pernah mak aku konon paksa ktorang adek-beradek duduk kat ruang tamu belajor, tapi haram, sebulan jek tahan lepas tu takde dah. dan mungkin sebab tu hampir semua adek beradek aku cara belajar cuma fokus bila dalam kelas (aku dan angah yang pasti).

dan contoh lain, sekarang. waktu aku belum mula praktikal lagi mak aku dah suruh stay terus kat sini (KL) maksudnya tak payah balik rumah. cari kerja kat sini dan belajar hidup susah senang. aku sedikit bangga, yelah sebab hampir keseluruhan kawan-kawan aku mak ayah dorang abes praktikal dah suruh balik dah. dan sumpah, hidup bujang memang susah. -.-'

apa yang paling seronok tentang mak aku, cara dia melayan kami adek beradek macam kawan (kecuali bila timing dia membebel). mak sangat seronok bila ajak berborak dan bergossip. haha. aku mungkin bukan anak yang baik sebab aku bukan jenis selalu tepon mak aku. masalahnya kalau aku tepon, tak sempat bagi salam soalan cepumas dia terus bagi "hah,nape?duit dah habis?". aku bukan jenis yang selalu balik rumah (last balik raya cina, padahal johor je pong).

haih. nak cerita pasal emak memang sampai kesudah lah kan? entah lah, cuma satu hari aku betol-betol berharap dapat buat mak aku sejok perot mengandungkan aku.


ktanxbye



.masalah tipikal.









rindu tau?
:(



Tuesday, March 15, 2011

.hujan hati.

ramalan cuaca kata,
hujan hampir di seluruh negara.
tsunami di Jepun.
cerah mungkin di barat sana.

ramalan hati kata?
hujan hampir di segenap hati.
tsunami di dalam jiwa yang hampir tiada.
cerah mungkin di hati mereka yang bahagia.

guruh berdentum, kilat memancar,
hati rasa sakit rasa pedih rasa sayu,
lihat bunga dan kumbang jalan bersama.
lihat gambar di sudut bilik sana.
gambar kita pernah tersenyum bahagia.

ah..gambar itu tiada apa makna.
tapi memori itu,
memori itu yang buat rasa duka,
rasa mahu jerit makikan dunia,
kenapa aku kenapa kita.

hujan di hati,
biar ia cepat berlalu pergi.

pergi.


.

Monday, March 07, 2011

.adrenalin.

adrenalin membuak-buak,
berlari laju tatkala lihat wajah kamu,
teruja melompat rasa dengar suara kamu.

rasa mati hidup semula,
lepas tidur siang yang lama,
rasa lega semula seakan dapat nyawa kedua.

indah rasa itu,
rasa sempurna bila ada dengan kamu.
rasa yang mampu buat aku berdiri kaku,
tapi masih mampu senyum macam dulu.

aku gelak, aku senyum, aku ketawa,
untuk apa? untuk sembunyi getar dalam dada,
untuk kaburi mata dunia mata mereka,
tutup hakikat bahawa ada sebak dalam dada.

kamu,
jaga diri elok-elok.

aku,
berusaha lepaskan harapan itu.

:)

Saturday, February 12, 2011

.tengah malam.


tengah malam,
aku termenung terbaring diam,
fikir memori yang sangat mendalam,
teringat detik manis bersama kau sang adam,
mengeluh meratap harap ia tak terpadam.

tengah malam,
aku tersenyum sendirian,
wajah kau berlegar di fikiran,
lengkap sempurna semua gambaran,
waktu indah dahulu tanpa gangguan.

tengah malam,
aku mula menangis mula merintih,
aku tahan aku pendam segala peristiwa sedih,
kau hanya masa lalu yang mula beralih,
memilih berlalu pergi tanpa sebarang dalih,
dan tinggalkan aku, buat aku sedih.

tengah malam,
aku berharap masih ada esok pagi,
berharap aku mampu menghadap sinar mentari,
berharap ada lagi ruang untuk cinta di hati,
berharap aku mampu lagi rasa bahagia di kemudian hari.

tengah malam,
aku masih lagi terdiam.