Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Saturday, August 08, 2015

.Penat.


Gerak kaki,
Susun atur langkah sendiri.
Fikir tari apa sesuai dengan diri.
Usaha gaya apa sesuai untuk berdua.

Kadang penat,
Bila berusaha sendiri untuk berdua.

Kadang penat,
Bila hanya kita yang terlalu beriya.

Kadang penat,
Bila rasa semua usaha nampaknya sia-sia.

Memang penat,
Bila asyik pendam rasa.

Tuesday, August 27, 2013

.Sang Kipas Raja.

Hilang.

Aku tak tahu mana perasaan itu hilang. Teruja yang dulu sudah lama terbang.

Semak, serabut. Bila Dewi Sempurna sibuk ketuk sibuk kerah hamba. Bila Dewi Sempurna ayatnya tak sama macam perilakunya. Depan diam belakang sibuk mengata aku tak berusaha. Soalan, apa lagi yang aku boleh bantu jika kau memilih menguna teknologi walaupon aku di depan kau terkaku. Jawab.

Sang Kipas Raja tambah lagi emosi di dada. Sibuk tayang pada dunia dia lah pekerja paling mulia paling kemas hasil tanganya. Hakikatnya, hamba-hamba yang lain tahu itu wayang cuma. Kau teruskanlah bodohkan Si Raja.

Cukup masa, cukup derita aku terbang tinggalkan sangkar petak ini.

Tak mampu tahan cekalkan rasa.

Hati dah lama mati.


Tuesday, July 30, 2013

.Susah.



  • It's hard to forget someone who gave you so much to remember.



Thursday, May 16, 2013

.Semak.


Serabut tahu? Bila yang beri arahan lebih dari satu. Bila yang maki hamun bukan yang itu.

Sedih. Bila kau sedaya upaya cuba apa yang terbaik, apa yang termampu kau lakukan, namun masih dipandang lemah.

Semak. Bila lalang-lang, bila tukang kipas mula bagi pandangan mula tunjuk kepala tunjuk siapa lagi terer. teruskan, aku tak pandai mengipas.

Wednesday, December 19, 2012

.menulis.

Assalamualaikum.

Menulis? ya, itu salah satu kegemaran aku. Cara aku meluahkan perasaan, cara aku melepaskan emosi bila kata-kata aku tak mahu didengari. Serius, menulis dapat buat aku puas.

Cuma bila ditanya kenapa dah lama tak menulis di blog? Jawapan yang sangat senang bagi aku : aku fed up, aku bosan dah dengan dunia blog yang copy paste. faham tak perasaan bila kita penat-penat menulis, penat perah otak (okay sebenarnya takde lah penat sebab kebanyakkan post aku adalah spontan), tapi still, aku dah tulis engkau senang-senang nak copy paste kan. Dan masih ada beberapa entry aku yang aku simpan buat jeruk di draft, ya masih dengan alasan yang sama.

Jadi disebabkan perkara yang sedemikian maka aku pon beralih kepada cara tradisional kembali. Aku mula menulis di buku yang kengkonon orang sebut boleh jadikan zine. Aku tulis, aku luahkan perasaan, aku susun aksara bagi tampak sempurna keadaannya, dan yea, aku masih puas.

Tapi apa yang tidak seronoknya? Bila kau dapat kongsikan rasa, idea dalam kepala bersama yang lain. Ya, mungkin tak semua akan bersetuju dengan idea kau, tapi sekurang-kurangnya apa yang kau dapat adalah respon. Bagaimana orang bertindak balas dengan pendapat, buah fikiran engkau.

Jadi bila ditanya adakah aku akan berhenti menulis? Sudah pastinya jawapannya TIDAK. masakan aku mahu berhenti buat perkara yang aku suka kan?

Jangan berhenti buat perkara yang mampu buat kamu rasa bahagia.

:)


Friday, September 21, 2012

.blerghhhhhh.



TWITFAMOUS?
twitfamous my ass.
sibuk kerja femes sana sini.


TROLLER?
fuck you.
troll sana troll sini macam dia tuhan kami.


ATTENTION SEEKER?
bodoh.
tak pernah cukup satu dua drama.

TWITTERJAYA?
entah.
keseronokan dulu dah lama hilang.


.ingat, dulu awak pon pernah duduk bawah.


hahahaha
LOLOLOLOLOL
gelak sana gelak sini,
kutuk sana kutuk sini,
umpat sana umpat sini.
cehh macam diri tu dah habis berseni.

mengutuk mengata orang memang hobi,
macam dia tu persis tuhan ilahi,
hello sedar lah diri,
awak tu pon lebih kurang macam kami.

sibuk mengutuk troll orang,
konon perangai semorang macam gampang,
dah awak tu sempurna 5 tak tinggal sembahyang?

cuma ambil masa renung diri,
kenapa perlu menyibuk hal orang lain?
kenapa  buat kerja tambahan tetibe jadi hakim?
hidup ni turun naik atas bawah.
kalau awak di atas bersyukurlah,
bukan pergi dongak tinggikan hidung.

ingat, dulu awak pon pernah duduk bawah.


Wednesday, August 15, 2012

.semua pon tak kena.


segala benda semua tak kena,
buat ini kena kata,
buat itu kena kutuk,
buat begitu dibantah,
buat begini dikata salah.

entah yang macam mana yang sempurna,
mata manusia mana pernah nak kena.
segala benda ada saja kurangnya,
tak pada dia, pada dia yang lain.
serba salah jadinya.

jadi diri sendiri dikata annoying,
jadi orang lain dikata hipokrit,
meh bagi 1001 : cara mahu hidup,
mengutuk mengata macam kau sempurna.


Wednesday, April 18, 2012

.bahagia celaru.

semak, serabut,
keliru, celaru,
bahagia, gembira,
suka, ketawa.

semua tu aku rasa dalam satu masa,
nak kata apa?
ya, hampir jadi gila.

kiri kanan depan belakang,
ada saja yang tak kena,
mundar mandir huyung hayang,
tetap hati mereka aku fikirkan.

celaka benar,
benci sungguh aku dengan keadaan ini,
takdir seolah permainkan aku,
seolah uji aku pilih mana satu.

babi,
siapa suka jadi celaka?
siapa suka bahagia sementara.

pergi mati,
aku malas nak fikir.


Friday, November 18, 2011

.manusia macam biasa.

manusia,
macam biasa.

terlalu mudah meneka.
terlalu mudah buat kesimpulan sendiri.
terlalu mudah percaya sebelah pihak.

apakah terlalu sukar untuk bertanya?
apakah sukar fikir panjang?

ah aku lupa,
kau manusia,
macam biasa terlalu mudah jadi celaka.



Tuesday, October 25, 2011

.rasa-rasa.








rasa suka tiap kali berdua,
rasa bahagia kau ada depan mata,
rasa cemburu itu,
rasa rindu bertalu-talu,
rasa sedih bila jarak berbatu,
dan pelbagai rasa lain yang tak mampu aku tipu.


semua campuran rasa itu buat aku makin pasti,
ya sudah wujud rasa sayang untuk YOU.

:)


.terima kasih.






terima kasih,
terima kasih buat saya kembali rasa bunga-bunga,
terima kasih buat saya rasa ada rama-rama terbang dalam perut,
terima kasih buat saya rasa istimewa,
terima kasih buat saya tak berhenti senyum macam orang gila.


thanks YOU
:)


Wednesday, August 03, 2011

Saturday, July 02, 2011

.control C.


Assalamualaikum..

hye hoi hui..

mula-mula izinkan aku mencarut di dalam entry ini. ya, memang aku pernah cakap mencarut takkan buat kita nampak cool dan mencarut takkan menyelesaikan apa-apa masalah. tetapi mencarut saat ini dapat memuaskan hati yang amarah. ewah.

tengah syok dok online, dapat mesej kat inbox facebook dari rakan maya. beliau bagitau entry aku di copy paste. ewah. aku ingatkan dah habes dah zaman copy paste. ada lagi rupanya. seorang blogger yang aku tak sempat nak berkenalan telah gigih tekan control c dan control v di blognya. setakat ni 2 entry sahaja.

ya. memang bukan hebat mana pun tulisan taipan aku. aku hanya penulis picisan yang meluahkan rasa emosi jiwa melalui blog kesayangan aku ini. bullshit, bukan bermakna aku ini glamour bila entry ak di copy paste. bukan. bukan itu yang aku cuba maksudkan.

aku takde lah marah sangat beliau copy paste ayat aku. at least aku tahu ada yang menghargai hasil tulisan aku. ye dak? alah. aku buat thesis pon aku copy paste. bezanya, aku reti letak credit atas hasil tulisan beliau. susah sangat ke nak bagi kredit pada penulis asal? susah sangat ke? haiyo. bukan aku nak sangat kau linkkan ke blog aku. bukan aku nak sangat kau paparkan nama aku kat blog kau yang amek masa 2 minit nak loading tu. bukan ye.

tak tahu apa maksud memberi kredit? meh aku tunjukkan.

contohnya kau telah mengcopy ayat PERGI MATI SAMA KAU! ini dan kau harus lah letak kredit yang sebegini.


PERGI MATI SAMA KAU! - FR
atau
PERGI MATI SAMA KAU! -FatinRazali
atau
PERGI MATI SAMA KAU! - fatinrazali.blogspot.com


susah sangat ke? tak susah rasanya. kan? kecuali kau tahap pemalas nak mati lah kan. atau sebenarnya kalau kau baru tahu apa maksud memberi kredit lah kan. paling biadap bila kau dah copy paste, lepas tu ewah bangga jek cakap itu kau yang taip. babi jek. malu la sikit weh. tak salah biarkan blog kau bersarang takde entry baru sebab takde idea daripada copy paste dan mengaku itu kau punya.

memang dari zaman sekolah kita dah biasa meniru kan? tak siap keje sekolah tiru kawan punya. tak siap asgment pinjam kawan punya. bezanya, tiru lah dengan bijak.

sudahlah. malas nak emosi lebih-lebih. bak sebilangan manusia kata "bajet kau femes sangat la paten yang kau nak emosi?". susah nak fahamkan orang yang tak faham bahasa ni kan? ktanxbye.





btw, bercakap mengenai copy paste, mungkin korang patot baca entry plagiat itu keji, syaitan! dari lensa rosak.

bye!


Friday, June 03, 2011

.ekspoiltasi rasa.

kau ambil kesempatan,
kau curi masa,
kau cari peluang,
kau ekspoiltasi rasa jiwa hampa,
kau gunakan itu semua,
hanya semata untuk dapatkan dia.

gila,
tamak sungguh kau manusia,
sanggup rebut gaduh demi mahukan si dara,
lagak hebat si gagah selamatkan jiwa luka.

jijik,
sedangkan apa yang kau mahu hanya takhta,
takhta maharaja cinta dalam jiwa si dara,
mahu singgahsana selesa dalam jiwa cinta,
mahu dadik dada ada bayang ke sini ke sana.

tahniah,
engkau sudah berjaya,
si dara sudah serahkan segalanya,
beri jiwa beri cinta beri segala milik dia,
dan beri yakin konon engkau akan jaga.

kesian si dara,
tak sedar dia dieskpoiltasikan cintanya.



Friday, April 22, 2011

.take a note KID.



sila ambil perhatian,

aku dah 23.
diulangi 23 tahun.
(pasal muka & saiz badan belakang cerita)

jadi,
aku takkan ada perasaan pada budak bawah umur,
tak kesah la kau hensem macam mana sekalipon.

tak perlu la nak nasihat bagai okay.
tak perlu nak burukkan member sendiri.
sumpah kau sangat menjengkelkan.



p/s :
rasa macam nak tampal umur aku kat dahi.


-.-'

Monday, April 04, 2011

.bukan kau.





bukan kau.

bukan kau yang mengandung lahirkan aku,
bukan kau yang banting tulang sara hidup aku,
bukan kau yang jadi kawan susah payah aku,
bukan kau yang bayar duit sewa rumah aku,
bukan kau yang ambil berat sakit pening aku,
bukan kau yang belanja makan tengok movie aku,
bukan kau yang jadi kawan sebantal serumah aku,
bukan kau yang tahu serba serbi luar dalam aku.

jadi tolong diam dan berhenti menyalak.
dan tolong berhenti hakimi aku, berhenti kutuk kata hidup aku.

kau tak ada hidup sendiri ke?
kesian.

.

Tuesday, March 15, 2011

.hujan hati.

ramalan cuaca kata,
hujan hampir di seluruh negara.
tsunami di Jepun.
cerah mungkin di barat sana.

ramalan hati kata?
hujan hampir di segenap hati.
tsunami di dalam jiwa yang hampir tiada.
cerah mungkin di hati mereka yang bahagia.

guruh berdentum, kilat memancar,
hati rasa sakit rasa pedih rasa sayu,
lihat bunga dan kumbang jalan bersama.
lihat gambar di sudut bilik sana.
gambar kita pernah tersenyum bahagia.

ah..gambar itu tiada apa makna.
tapi memori itu,
memori itu yang buat rasa duka,
rasa mahu jerit makikan dunia,
kenapa aku kenapa kita.

hujan di hati,
biar ia cepat berlalu pergi.

pergi.


.

Saturday, March 12, 2011

.KAMU.




buatkan aku klon KAMU.
carikan aku klon KAMU.

kalau di dunia ini ada sepuluh KAMU,
ah sekurang-kurangnya dua KAMU,
aku tak hairan pon jika kamu pergi.
kerana aku tahu aku boleh dapat KAMU yang lain.

tapi masalahnya,
sebesar-besar alam semesta ini,
seluas-luas muka bumi ini,
hanya ada SATU KAMU.

dan yang satu itu lah yang memilih untuk pergi.
jadi bagaimana?



.

Wednesday, March 09, 2011

.bukan malaikat.

seriously,aku penat.
aku bukan malaikat.
yang sempurna setiap masa.
yang jaga tutur kata budi bahasa.

aku tak paham.
kenapa perlu hukum aku?
perlu hakimi aku?
sedangkan kau tak pernah cuba nak kenal aku.
atau dekati aku.

nak sangat kutuk aku?
nak sangat maki aku?
kenal aku dulu.
kenal siapa orang yang kau benci sangat ni.

then bila kau da kenal.
bila kau dah tahu warna sebenar aku.
silakan mengutuk mengata.
aku tak hairan.
sebab kau betul kenal.

apa perasaan kau?
jika hal ini jadi pada kau?
penat bukan?

sekali lagi.
aku bukan malaikat.
mungkin aku boleh hiraukan kata-kata kosong yang datang.
tapi bohong jika aku tak terasa.
sebab aku manusia.

kau,kamu,awak,dia,kamu semua.
tolonglah.aku penat.



.