Sunday, July 25, 2010

.happy birthday twinny.

Maaf. Walaupun beliau bergelar kembar aku, namun tarikh lahir beliau terpaksa dipercepatkan atas alasan beliau sudah terlalu lama dalam perut. Maka secara rasminya pada 26 Julai 1988 lahir lah seorang bayi yang sedang-sedang comelnya di bumi Malaysia ini. Diberi nama Mazne Binti Aznan atau nama laman sosial, Ais Kacang beliau kini telah berjaya hidup selama 22 tahun dengan jayanya.



Sudah 1 tahun 6 bulan dan 2 minggu beliau bergelar kawan baik saya. Dan dinaik tarafkan sebagai kembar atas alasan yang tertentu. Kami mempunyai kimia bak kata Melda Ahmad. Berikut adalah fakta mengenai kami.
  • sering dianggap sebagai pelajar sekolah.
  • sering dianggap sebagai adik beradik di mana saya kakak dan dia adik.
  • mempunyai banyak persamaan padahal ade perbezaan.
  • sering terfikirkan benda yang sama tanpa perlu banyak kata.
  • sering tahu antara satu sama lain apa yang kami mahu, fikir dan rasa.
  • sering terkeluarkan perkataan yang sama dari mulut pada waktu yang sama.sampai skang aku fikir macam mana dia tiru.haha
  • tak pernah panggil nama formal masing-masing.rase pelik bile dia panggil saya fatin and rase nak gelak bila panggil dia mazne.
Berikut adalah serba sedikit rahsia Mazne Aznan atau Ais Kacang yang saya ingin bongkarkan. Sila salin.haha.
  • sangat lurus orangnya.sangat amat lurus.tipu sikit, buat muke yakin confirm dia percaya!try la buat.
  • sangat kuat makan.
  • tak makan or minum bende yang ade susu.
  • sebelum makan beliau akan ambil masa 5minit untuk mengasingkan sayur yang ada dalam makanannya.
Okeh.Cukup lah empat jek. Banyak-banyak kang nanti aku kene hempuk dengan beliau.

Berikut pula adalah ucapan sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 22.
  • Selamat Hari Lahir yunk.
  • dah 22 dah, sila berperangai normal.haha.
  • Thanks for being my fantastic twinny.
  • Kawan sampai mati.seriously.
Jika anda terjumpa beliau di fakulti esok maka jerit kuat-kuat 'kau dah tua!' then buat muka tak bersalah.

okeh.tamat.


3 comments:

Unknown said...

mekaseh ouh... tharu neh.. ngeee~

diriku said...

ada kembar ke?

fendi_scropio said...

salam//nasib baik aku lambat ag- fendi aje